Carl Linnaeus: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
KLITE789 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 21:
| footnotes = Linnaeus menggunakan nama Carl von Linné setelah dikurniakan gelaran [[von]] dari [[Wangsa Kesatria Sweden|kebangsawanan]] pada tahun 1761. Beliau merupakan bapa kepada [[Carolus Linnaeus yang Muda]].
}}
'''Carl Linnaeus''' (dilatinkan sebagai '''Carolus Linnaeus''', gelaran [[Bangsawan Sweden|kebangsawanan]] {{Audio|sv-Carl_von_Linné.ogg| '''Carl von Linné''' }}, {{OldStyleDate|23 Mei|1707|12 Mei}} – 10 Januari 1778) ialah seorang ahli [[botani]], [[fizik]] dan [[zoologi]] berbangsa [[Sweden]] yang mendirikan asas kepada skim [[binomialtatanama nomenclaturebinomial]] moden. Beliau dikenali sebagai bapa kepada [[taksonomi alpha|taksonomi moden]], serta juga dianggap sebagai seorang perintis ilmu [[ekologi]] moden.
 
Linnaeus lahir di perkampungan [[Småland]], di kawasan selatan Sweden. Bapanya merupakan orang pertama sepanjang salasilah keluarganya yang menggunakan nama keluarga yang tetap; sebelum itu, nenek moyangnya menggunakan sistem penamaan [[patronimik]] bangsa-bangsa Skandinavia (serupa dengan nama Melayu). Bapanya menggunakan nama kelatinan Linnaeus bersempena pokok linden di halaman rumah keluarganya. Linnaeus menerima kebanyakan pendidikan tingginya di [[Universiti Uppsala]] dan mula mensyarah ilmu [[botani]] di situ pada tahun 1730. Beliau berdiam di luar negeri dari tahun 1735–1738, di mana beliau mengkaji dan juga menerbitkan edisi pertama ''[[Systema Naturae]]'' di Belanda. Sekembalinya di Sweden, beliau menjadi profesor botani di [[Uppsala]]. Pada 1740-an, beliau mengembara ke merata Sweden untuk mencari dan menggolongkan jenis tumbuhan dan haiwan. Pada 1750-an dan 60-an, beliau terus mengumpul dan menggolongkan haiwan, tumbuhan dan bahan galian, lalu menerbitkan beberapa jilid penyelidikan lagi. Ketika saat ajalnya, beliau dikenali di seluruh Eropah sebagai salah seorang ahli saintis yang tersohor ketika itu.