À la carte /ɑːləˈkɑːrt/[1] ialah frasa pinjaman bahasa Perancis yang bermaksud "mengikut menu", dan digunakan:

  • merujuk kepada menu barangan yang mempunyai harga dan dipesan secara berasingan dan tersendiri, iaitu, operasi biasa sesebuah restoran. Ini adalah berbeza dengan table d'hôte, di mana menu dengan tiada pilihan atau pilihan terhad yang dihidangkan pada harga tetap.
  • untuk memesan sesuatu itu sendiri daripada menu, sebagai contoh, stik tanpa kentang dan sayur-sayuran adalah stik à la carte
  • untuk menggambarkan model harga runcit di mana barangan atau perkhidmatan yang secara biasanya digabungkan bersama-sama boleh diasingkan, dengan anggapan memberikan pengguna lebih banyak pilihan pada kos yang lebih rendah. Contohnya termasuk penentuan harga penerbangan di mana minuman atau makanan ringan dalam penerbangan tidak percuma, pembelian muzik dalam talian di mana individu boleh dibeli trek lagu tunggal dan bukannya keseluruhan album, atau televisyen berbayar di mana individu boleh memesan saluran tertentu berbanding keseluruhan pakej saluran.

Frasa ini telah diterima ke dalam bahasa Inggeris pada 1826, yang lebih awal satu dekad berbanding penggunaan biasa perkataan pinjaman Perancis iaitu "menu".[2][3]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "À la carte". Oxford English Dictionary (ed. 3rd). Oxford University Press. September 2005. (Langganan atau keahlian perpustakaan awam UK diperlukan.)
  2. ^ Richard Bailey, Eating Words Diarkibkan 2008-05-25 di Wayback Machine, Michigan Today, 13 May 2008.
  3. ^ Menu, The American Heritage Dictionary of the English Language, 4th edition, Houghton Mifflin

Pautan luar sunting