Éric Boullier (lahir 9 November 1973) ialah seorang jurutera kereta lumba dan seorang pengurus, yang kini merupakan ketua pasukan McLaren yang kini bertanding dalam Formula Satu.

Éric Boullier
Kelahiran
Éric René Boullier

9 November 1973
WarganegaraPerancis Perancis
PendidikanKejuruteraan ruang angkasa
Pusat pendidikanInstitut Polytechnique des Sciences Avancées
PekerjaanKetua pasukan McLaren
MajikanMcLaren
Terkenal keranaKetua pasukan McLaren
PendahuluMartin Whitmarsh

Kerjaya sunting

Beliau berkelulusan dari Institut polytechnique des sciences avancées[1]. Pada tahun 2002, beliau menjadi ketua jurutera untuk pasukan Racing Engineering Sepanyol, yang bertanggungjawab dalam program World Series by Nissan.[2]

Pada awal tahun 2003, beliau menyertai pasukan French DAMS untuk menjadi pengarah urusan dan teknikal, termasuk menjalankan operasi Pasukan A1 Perancis.[2]

Pada akhir tahun 2008, Boullier menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Gravity Sport Management, di mana beliau menguruskan pemandu muda termasuk Ho-Pin Tung, Adrien Tambay, Jérôme d'Ambrosio dan Christian Vietoris.[2]

Selepas musim 2009, pasukan Renault F1 dibeli oleh syarikat pelaburan Genii Capital. Salah satu tokoh terkemuka Genii, Gerard Lopez, yang merupakan penyokong utama Gravity Sport. Pada 5 Januari 2010, Boullier telah diumumkan sebagai ketua pasukan yang baru, walaupun tidak pernah bekerja dalam Formula Satu sebelum ini. Pasukan Renault F1 mendapat tempat kelima dalam Kejuaraan Pengeluar Dunia pada tahun 2010. Selepas Renault tidak lagi bersaing dalam Formula Satu, pasukan ini dinamakan sebagai Lotus Renault GP dan mendapat tempat kelima dalam Kejuaraan Pengeluar Dunia pada tahun 2011. Pada tahun 2012, Boullier kekal sebagai ketua pasukan tersebut, yang ditukarkan nama sekali lagi dan dinamakan sebagai Lotus F1 Team. Boullier juga merupakan Naib Pengerusi Persatuan Pasukan Formula Satu.[3] · [4]

Rujukan sunting

  1. ^ (Perancis)Éric Boullier nommé Team Principal du Renault F1 Team
  2. ^ a b c Noble, Jonathan (5 Januari 2010). "Profile: Renault's Eric Boullier". autosport.com. Haymarket Publishing. Dicapai pada 5 Januari 2010.
  3. ^ Eric Boullier dilantik naib pengerusi Persatuan Pasukan Formula Satu
  4. ^ (Perancis)Eric Boullier devient vice-président de la FOTA à la place de Stefano Domenicali Diarkibkan 2011-04-13 di Wayback Machine