Öre ialah satu perseratus (1/100) bahagian unit mata-mata wang krona Sweden. Ejaan jamak dan ejaan mufradnya adalah sama sahaja dalam bentuk tak tentu, manakala ejaan untuk bentuk tentu mufrad ialah öret dan untuk bentuk tentu jamak ialah örena. Sejak 1991, duit syiling tunggal di bawah 1 SEK nilai nominalnya yang masih digunakan ialah duit syiling 50 öre (lihat rencana krona untuk maklumat lanjut). Pada 18 Disember 2008, Sweden mengumumkan pengesyoran kepada Kerajaan Sweden untuk menghentikan duit syiling öre yang terakhir secara berperingkat-peringkat sehingga 2010.[1] Menjelang 25 Mac 2009, duit syiliing itu tidak lagi ditempa.[2] Subbahagian krone Norway dan krone Denmark yang sepadan ialah øre.

50 Öre
Sweden
Nilai0.5 SEK
Jisim3.7 g
Diameter18.75 mm
Ketebalan1.80 mm
TepiKosong
Komposisi97% tembaga, 2.5% zink and 0.5% timah
Tahun pencetakan1992-2009
Nombor katalog-
Bahagian hadapan
Bahagian belakang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Semasa Zaman Pertengahan, öre merupakan unit mata wang Sweden yang sama dengan 1/8 mark, 3 örtugar dan baik 24, 36, atau 48 penningar (bergantung kepada kawasan geografi yang duit syiling itu digunakan). Ia digunakan sebagai unit perhitungan untuk mata wang yang telah digunakan sejak abad ke-11 tetapi tidak ditempa sehingga 1522. Duit syiling öre ini ditarik balik pada 1776 tetapi dikembalikan pada 1855 sebagai 1/100 riksdaler. Duit syiling riksdaler kemudian digantikan dengan krona pada 1873 (nilai satu riksdaler sama dengan nilai satu krona dalam pertukaran), tetapi öre dikekalkan sebagai nama untuk subbahagian mata wang tersebut. Nama öre itu berasal daripada perkataan Latin aureus (emas), nama duit syiling yang bernilai 25 denarius.

Lihat juga sunting

Nama duit-duit syiling yang lain yang berasal daripada emas yang digunakan pada suatu ketika:

Rujukan sunting

  1. ^ Riksbank urges Sweden to ditch 50 öre coin, The Local, December 18, 2008
  2. ^ 50-öringens öde avgörs i dag, DN.se, March 25, 2009