.eg adalah domain peringkat tinggi kod negara (ccTLD) untuk Mesir. Sebarang entiti yang hendak mendaftar nama domain .eg hendaklah mempunyai seorang wakil tempatan atau domain itu terpaksa diletakkan di pelayan-pelayan DNS Mesir.

Domain peringkat kedua sunting

Terdapat lapan jenis domain peringkat kedua.

  • eun.eg: Rangkaian universiti Mesir.
  • edu.eg: Tapak pendidikan.
  • sci.eg: Tapak saintifik.
  • gov.eg: Tapak kerajaan
  • com.eg: Tapak komersial.
  • org.eg: Pertubuhan-pertubuhan Mesir.
  • net.eg: Rangkaian.
  • mil.eg: Tapak Tentera.

Pautan luar sunting