15Malaysia ialah projek filem pendek yang dilancarkan sempena Hari Kemerdekaan pada tahun 2009. Sebanyak 15 video yang dihasilkan oleh 15 orang sutradara baik yang ternama mahupun tidak di Malaysia untuk dipaparkan dalam inisiatif yang diterbit oleh Pete Teo dengan kerjasama Packet One Networks (P1), syarikat penyedia perkhidmatan WiMAX pertama di Malaysia.

Video-video yang ditampilkan oleh projek 15Malaysia bukan sahaja dibintangi oleh pelakon dan artis terkemuka, bahkan juga disertai ahli politik termasuk Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Khairy Jamaluddin, di samping juga warga biasa.

Am sunting

Menurut penerangan pihak penganjur 15Malaysia, semua 15 filem pendek yang disertakan dalam projek ini diselitkan isu-isu sosio-politik semasa, seperti isu rasuah, hubungan kaum, inflasi, perbankan Islam, ketakpedulian sosial, etika komersial, pedofilia, amaran kesihatan kerajaan dan lain-lain, kesemuanya berkisar tentang kehidupan harian rakyat Malaysia. Pengarah filem dipilih berdasarkan pengalaman dan pencapaian lalu masing-masing. Mengenai penglibatan ahli politik dalam projek ini, dinyatakan bahawa "memandangkan projek kami adalah filem mengenai Malaysia, kami berasa adalah bersesuaian untuk melibatkan wakil dari bidang politik," apapun pihak 15Malaysia menegaskan projek ini tidak bersifat politik dalam konteks politik parti.[1]

Kesemua 15 filem dimuat naik satu demi satu pada tarikh-tarikh keluaran (dinyatakan di bawah), di laman web rasmi 15Malaysia, laman sosial Ruums yang disediakan oleh P1, dan juga akaun RedbagMusic di YouTube. Dari laman web rasmi juga, penonton boleh memuat turun video-video terlibat secara percuma (Lihat Pautan luar).

Senarai filem sunting

# Tajuk Pelakon / Penampilan Pengarah Tarikh keluaran
1"Potong Saga"NameweeHo Yuhang17 Ogos 2009 (2009-08-17)
Filem jenaka tentang seorang pemuda Cina yang tersalah sangka bahawa dirinya perlu memeluk agama Islam dan mengamalkan cara Islam untuk membuka akaun bank Islam.[2]
2"Chocolate"Hon Kah Hoe, Sharifah AmaniYasmin Ahmad19 Ogos 2009 (2009-08-19)
Kisah seorang remaja Cina cuba mempertahankan kemesraannya dengan gadis Melayu walaupun ditegah ibunya yang merungut akan ketidakadilan sosial di negara, mengingatkan kita bahawa walaupun berlaku pelbagai pertembungan di Malaysia, hidup tetap diteruskan, biarpun bukan selalunya manis.[3]
3"The Tree"Datuk Haji Nik Aziz Nik MatAmir Muhammad21 Ogos 2009 (2009-08-21)
Tazkirah yang disampaikan dengan caranya yang tersendiri oleh pemimpin rohani yang paling berpengaruh di Malaysia, Nik Aziz tentang cara berniaga yang beretika menurut Islam.[4]
4"House"Varma Arasu, Sukania VenugopalLinus Chung24 Ogos 2009 (2009-08-24)
Seorang kanak-kanak India diejek di dalam kelas kerana mempamerkan model rumah idamannya yang tidak seberapa mewah berbanding rakan-rakan sekelasnya. Pada hari yang sama, rumah setinggan yang didiaminya bersama emak dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan.[5]
5"Halal"Adibah Noor, Chin MoiLiew Seng Tat26 Ogos 2009 (2009-08-26)
Setelah mengalami igauan yang amat dashyat, Adibah mengajar surinya Puan Ong cara menyembelih haiwan daging secara halal dengan cara yang gempak sekali.[6]
6"The Son"Tong Yeon Choy, Leong Kuan Meng,
Datuk Zaid Ibrahim
Desmond Ng28 Ogos 2009 (2009-08-28)
Seorang remaja Cina dibawa oleh bapanya ke balai polis kerana menjadi saksi kepada perbalahan berbaur perkauman yang mengakibatkan si mangsa yang berbangsa Melayu berada dalam keadaan koma.[7]
7"Lumpur"TBAKamal Sabran31 Ogos 2009 (2009-08-31)
Sebuah kisah moden, puitis dan ungkapan kata-kata indah yang mencerminkan Malaysia – masyarakatnya, tempat dan keindahan semangatnya.[8]
8"One Future"Tian Chua, Ida Nerina, Pete Teo (pencerita)Tan Chui Mui2 September 2009 (2009-09-02)
Bayangan zaman akan datang, dalam masyarakat yang menikmati "kehidupan yang sempurna", kecuali diharamkan dari bercakap.[9]
9"Slovak Sling"Harith Iskandar, Patrick Teoh, Wong Chee WaiWoo Ming Jin4 September 2009 (2009-09-04)
Seorang pengedar DVD cetak rompak memerhati perbualan seorang ahli politik merasuah seorang ahli politik lain, agar dia boleh meniru gelagat tersebut untuk melepaskan diri dari serbuan polis.[10]
10"Gerhana"Daphne Iking, Azman HassanJames Lee7 September 2009 (2009-09-07)
Sebuah kisah pertemuan pasangan yang bercinta secara rahsia di sebuah hotel mewah sedangkan berita TV dibacakan sebagai latarbelakang. Suatu kisah gelap yang menggambarkan kekurang-minatan dan ketidakupayaan di Malaysia.[11]
11"Meter"Khairy Jamaluddin, Jason Lo, Namewee, Amber ChiaBenji Lim dan Bahir Yeusuff9 September 2009 (2009-09-09)
Seorang pemandu teksi merengek tak henti-henti pasal keadaan bola sepak Malaysia, rakyat tidak memandang barat bahasa Inggeris, isu lompat parti…tanpa menyedari luahannya boleh menyinggung perasaan penumpangnya.[12]
12"Duit Kecil"Nam Ron, Ilya QastalanniJohan John11 September 2009 (2009-09-11)
Dalam sebuah rumah pelacuran, seorang pelanggan terburu-buru meminta duit kecil dari para pelacur agar senang naik teksi kelak, lambat-laun membincangkan masalah inflasi yang dialami rakyat Malaysia.[13]
13"Healthy Paranoia"Baki Zainal, Nick Dorian, Datuk Seri Liow Tiong LaiKhairil Bahar14 September 2009 (2009-09-14)
Seorang perunding perhubungan awam yang terlampau memberi nasihat kepada menteri kesihatan bagaimana untuk membanteras cara hidup yang tidak sihat di Malaysia.[14]
14"Lollipop!"Bront PalaraeNam Ron15 September 2009 (2009-09-15)
Kisah seorang pedofilia yang sedang bersiapkan diri untuk memulakan ‘pemburuannya’, bertaburan dengan perumpamaan dan cerpisan penggambaran senario politik Malaysia pada masa kini.[15]
15"Rojak!"TBAJordan dan Mussadique Suleiman16 September 2009 (2009-09-16)
Animasi CGI pendek yang mengisahkan seorang penjual rojak yang terlibat dalam rantaian bermacam-macam gejala sosio-politik Malaysia.[16]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting