323 SM

Tahun kalendar
Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa sunting

Mengikut tempat sunting

Empayar Yunani sunting

  • Dalam perjalanannya balik dari Ecbatana ke Babylon, Alexander Agung bertempur dan menumpaskan puak Kass.
  • 10 Jun - Alexander Agung mangkat, akibat demam di Babylon. Selepas sebuah pertikaian dengan infantri yang diketuai oleh Meleager, Perdiccas, jeneral pasukan askar berkuda, menjadi Pemangku Raja Empayar. Alexander IV, putera yang dilahirkan selepas kematian Alexander Agung, diisytiharkan sebagai raja Macedon serta raja bersama dengan bapa saudaranya, Philip III (abang tiri Alexander). Baginda menjadikan Ptolemy sebagai gabenor Mesir, Eumenes sebagai gabenor kedua-dua Cappadocia dan Paphlagonia, Antigonus sebagai gabenor Phrygia, dan Lysimachus sebagai gabenor Thrace, manakala Makedon diperintah oleh Antipater, pemangku rajanya yang lama, bersama-sama dengan Craterus, ketua pembantu Alexander Agung.
  • Ketika mendapat berita tentang kemangkatan Alexander, Athens dan kota-kota Yunani yang lain memberontak terhadap pemerintahan Macedon dalam apa yang kemudian dikenali sebagai Perang Lamia. Perang itu dinamai sedemikian kerana pengepungan yang berlanjutan terhadap Antipater, pemangku raja Macedon di Lamia, oleh tentera Athens dan sekutu-sekutunya yang merupakan tindakan ketenteraan yang utama dalam perang ini.

Kelahiran sunting

Kematian sunting