Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa sunting

Mengikut tempat sunting

Empayar Parsi sunting

Yunani sunting

  • Apabila Raja Philip II dari Macedon menyerang Perinthus dan Byzantium, Raja Artaxerxes III dari Parsi menurunkan tenteranya untuk membantu kota-kota itu.
  • Philip II gagal mengepung Byzantium, dan terpaksa membalas serangan-serangan Scyth dekat muara Sungai Danube. Puteranya, Alexander menjadi pemangku raja semasa bapanya bertempur dengan tentera-tentera Byzantium dan Scyth.
  • Athens memberi Demosthenes ucapan terima kasih selepas kegagalan Philip untuk mengepung Byzantium.

Republik Rom sunting

  • Sebuah perutusan dihantar oleh Latium ke Senat Rom yang meminta pembentukan sebuah republik tunggal antara Republik Rom dengan Latium yang kedua-dua pihak dianggap sebagai sama. Oleh sebab Rom menganggap diri sebagai ketua Liga Latin, ia enggan memberi kesamaan politik atau membuka keahlian Senat Romnya kepada orang-orang Latin. Dengan cadangan Latium ditolak, Perang Latin bermula. Tentera Latium bertempur dengan tentera Campania, manakala Rom menyertai Samnium untuk menyerang tentera Latium. Hanya golongan Laurente di Latium dan golongan ekuit di Campania memihak Rom yang mendapat bantuan daripada orang-orang Paeligni.
  • Tentera Rom-Samnium di bawah konsul-konsul Decius Mus dan Titus Manlius Torquatus menyerang dan menewaskan Latium dan Campania dekat Gunung Vesuvius dalam Pertempuran Vesuvius.
  • Rom berjaya memisahkan Campania daripada perikatannya dengan Latium (melalui ketakutan mereka terhadap Samnium) dan memujuknya supaya mengikat perjanjian perdamaian yang berasingan. Tiga buah kota Campania, termasuk Capua dan Cumae, diberikan kewarganegaraan Rom dan oleh itu, kota-kota tersebut menjadi sebahagian negara Rom. Negara Rom kini terbentang sehingga Teluk Naples.

Sicily sunting

  • Hicetas, penzalim Leontini, semula lagi memujuk Carthage supaya menghantar sebuah angkatan tentera yang besar ke Sicily. Angkatan tentera tersebut mendarat di Lilybaeum. Timoleon dari Syracuse bertemu dengan angkatan Carthage yang besar itu dalam Pertempuran Crimissus di barat Sicily dan mencapai suatu kemenangan yang cemerlang, walaupun kemungkinan untuk menang tipis sekali. Bagaimanapun, tentera Carthage terus menduduki separuh barat Sicily, dengan sebuah perjanjian diikat yang mengehadkan tentera Carthage ke kawasan di sebelah barat Sungai Halycus (Platani).

Kelahiran sunting

Kematian sunting