Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa sunting

Mengikut tempat sunting

Yunani sunting

  • Thrasybulus mengetuai penentangan demokrasi terhadap kerajaan oligarki baru yang dikenali sebagai Tiga Puluh Penzalim yang pemenang Sparta mengenakan pada Athens. Beliau mengetuai sepasukan orang buangan yang menyerang Attica dan, dalam pertempuran yang berturut-turut, mula-mulanya menewaskan sebuah garison Sparta dan kemudian menewaskan angkatan-angkatan tentera kerajaan oligarki (yang termasuk angkatan tentera Lysander, jeneral Sparta) dalam Perang Munychia. Critias, ketua Tiga Puluh Penzalim, dibunuh dalam pertempuran.
  • Pertempuran Piraeus dilawan antara pasukan orang buangan Athens (yang telah menewaskan kerajaan Tiga Puluh Penzalim dan menduduki Piraeus) dengan seangkatan tentera Sparta yang dihantar untuk menempur dengannya. Dalam pertempuran itu, Sparta nyaris-nyaris ditewaskan oleh pasukan orang buangan, dengan kedua-dua belah pihak menanggung kerugian besar. Selepas pertempuran, Pausanias, raja Sparta, mengatur suatu penyelesaian antara kedua-dua pihak yang membenarkan penyatuan semula Athens dengan Piraeus, dan mengasaskan semula sebuah kerajaan demokrasi di Athens. Ahli-ahli oligariki Tiga Puluh Penzalim dibenarkan melarikan diri ke Eleusis.
  • Thrasybulus memulihkan institusi-institusi demokrasi kepada Athens dan memberikan pengampunan kepada semua orang, kecuali pelampau-pelampau oligarki. Beliau dibantu oleh Lysias, pemidato Athens, dalam mengemukakan alasan-alasan menentang oligarki.
  • Andocides, pemidato dan ahli politik Athens, yang telah dibabitkan dalam pencacatan arca dewa Herms pada hari sebelum ekspedisi Athens bertolak pada tahun 415 SM untuk menentang Sicily, kembali daripada buangan di bawah pengampunan umum.

China sunting

Mengikut topik sunting

Kesusasteraan sunting

  • Sebagai sebahagian rejim baru, Athens menerima reformasi ejaan, dan menerimaguna abjad Ionia yang termasuk huruf eta dan omega.

Kelahiran sunting

Kematian sunting