7-Eleven (Jawi: 7-ايليۏن) ialah sebuah francaisor, pelesen, dan pengendali rangkaian kedai serbaneka antarabangsa yang juga, sejak Mac 2007, menjadi rangkaian kedai terbesar dalam semua kategori setelah mengatasi McDonald's dengan 1,000 cawangan.[1] Kedai-kedainya terletak di 18 buah negara, dengan pasaran-pasaran terbesar di Jepun, Amerika Syarikat, Taiwan dan Thailand.

7-Eleven, Inc.
Jenis/bentuk sahanak syarikat tidak langusng Seven & I Holdings Company, pertubuhan yang bertapak di Jepun.
IndustriPeruncitan (Kedai serbaneka)
DitubuhkanOak Cliff, Texas, Amerika Syarikat (1927)
Ibu pejabatJepun 8-8 Nibancho, Chiyoda-ku, Tokyo, Jepun 102-8455
Amerika Syarikat One Arts Plaza, 1722 Routh Street, Suite 1000, Dallas, Texas, Amerika Syarikat 75201
Kawasan perkhidmatanJepun, Thailand, Korea Selatan, Hong Kong, Republik China di Taiwan, China, Filipina, Malaysia, Singapura, Vietnam, Kemboja, Makau, India, Denmark, Norway, Sweden, Amerika Syarikat, Kanada, Mexico Sunting ini di Wikidata
Tokoh pentingToshifumi Suzuki, Pengerusi
Joseph M. DePinto, Presiden/CEO
Masa Asakura, EVP/COO
KeluaranMinuman Slurpee®
Minuman Big Gulp®
Hasil$10.882 billion USD (2003)
Bilangan kakitangan31,500 (2004)
Syarikat indukJepun Seven & I Holdings Co., Ltd.
Tapak webwww.7-eleven.com
www.7andi.com
Facebook: 7ElevenMexico Twitter: 711SEJ Instagram: 7elevenmexico Youtube: Channel7eleven Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

7-Eleven ialah anak syarikat Seven & I Holdings Co. di Jepun.

antara tawaran-tawaran 7-Eleven termasuk produk label persendirian, termasuk Slurpee, iaitu minuman separa beku yang diperkenalkan pada pertengahan 1960-an, dan Big Gulp, iaitu minuman ringan yang diisi dalam cawan besar yang bersaiz antara 20 dan 64 auns bendalir.

Kedai-kedai 7-Eleven di Malaysia dimiliki oleh Convenience Shopping Sdn. Bhd. (CSSB) yang kini mengendali kira-kira 800 buah kedai di seluruh negara dan berancang untuk mengembang sehingga 1000 cawangan. 7-Eleven di Malaysia ditubuhkan pada 4 Jun 1984 oleh Berjaya Group Berhad.

Sejarah sunting

7-Eleven diasaskan pada tahun 1927 di Dallas, Texas, Amerika Syarikat, apabila seorang pekerja Southland Ice Company, Joe C. Thompson, mula menjual susu, telur dan roti dari sebuah dok ais.[2] Lokasi asalnya merupakan hadapan kedai yang diubahsuai di Southland Ice Company, sebuah kilang pembuatan ais. Sungguhpun adanya kedai runcit kecil dan perniagaan am di kawasan sekeliling, para pengurus kilang ais mendapati bahawa penjualan "barang serbaneka" seperti roti dan susu memang popular. Maka, terbukalah beberapa cawangan 7-Eleven di kawasan Dallas. Mula-mulanya, kedai-kedai ini dibuka dari 7 pagi hingga 11 malam, iaitu tempoh perniagaan yang agak panjang pada waktu itu, maka demikianlah nama kedai ini. Syarikat ini mula menggunakan nama 7-Eleven pada tahun 1946. Menjelang tahun 1952, 7-Eleven membuka kedainya yang ke-100.

Pada tahun 1962, 7-Eleven mula menguji penjadualan 24 jam di Austin, Texas.[3] Pada tahun 1963, kedai 24 jam dibuka di Las Vegas, Fort Worth dan Dallas.[4]

Pada zaman 1980an, syarikat ini mengalami masalah kewangan, menjual bahagian aisnya, dan telah diselamatkan daripada bankrup oleh Ito-Yokado, francaisnya yang terbesar. Pada tahun 1987, John Philp Thompson, CEO 7-Eleven, telah melengkapkan $5.2 bilion pembelian pengurusan syarikat yang bapanya menjadi pengasas.[5] Pembelian balik itu mengalami kesusahan daripada kejatuhan pasaran saham 1987 dan selepas kejatuhan untuk menaikkan hutang kewangan, syarikat te;ah menawarkan sebahagian daripada saham syarikat sebagai satu permulaan untuk melabur di dalam bon syarikat.[6][7]

Syarikat Jepun telah berjaya mendapat kawalan saham pada tahun 1991,[8] semasa Japanese asset bubble awal 1990an. Ito-Yokado membentuk Seven & I Holdings Co. dan 7-Eleven telah menjadi salah satu subsidiari pada tahun 2005. Pada tahun 2007, Seven & I Holdings telah mengumumkan yang mereka akan mengembangkan operasi di American, dengan penambahan 1,000 stor 7-Eleven di A.S.

7-Eleven di seluruh dunia sunting

Negara/
Wilayah
Tahun pembukaan
kedai pertama
Bilangan
kedai
Maklumat
lanjut
Amerika Syarikat 1968 514 [1] Diarkibkan 2007-09-26 di Wayback Machine
Kanada 1969 469 [2] Diarkibkan 2007-09-26 di Wayback Machine
Mexico 1971 675 [3] Diarkibkan 2007-09-26 di Wayback Machine
Jepun 1971 11,525 [4]
Australia 1977 368 [5] Diarkibkan 2007-09-26 di Wayback Machine
Sweden 1978 73 [6] Diarkibkan 2007-09-26 di Wayback Machine
Taiwan, Republik China 1980 4,385 [7]
Hong Kong, China 1981 747 [8] Diarkibkan 2007-09-21 di Wayback Machine
Macau, China 2005 26 [9] Diarkibkan 2007-09-21 di Wayback Machine
China (Shenzhen, Guangzhou) 1992 402 [10] Diarkibkan 2007-09-21 di Wayback Machine
Singapura 1983 345 [11] Diarkibkan 2007-09-26 di Wayback Machine
Filipina 1984 287
Malaysia 1984 1443 [12] Diarkibkan 2007-09-26 di Wayback Machine
Norway 1986 105
Puerto Rico, AS 1987 14
Korea Selatan 1989 1,421 [13] Diarkibkan 2012-01-16 di Wayback Machine
Thailand 1989 6,000 [14] Diarkibkan 2012-01-16 di Wayback Machine
Turki 1989 74
Denmark 1993 61 [15]
China (Beijing) 2004 50

Rujukan sunting

  1. ^ "7-Eleven world's largest chain store". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-17. Dicapai pada 2007-09-11.
  2. ^ 7-Eleven Fun Facts & Trivia Diarkibkan 2007-05-16 di Wayback Machine, 7-Eleven, 15 Mei 2007.
  3. ^ 24-Hour Convenience Stores - It Started in Austin Texas at 7-Eleven Diarkibkan 2007-02-28 di Wayback Machine, About.com. Dicapai pada 25 Februari 2007.
  4. ^ Open around the clock Diarkibkan 2007-01-29 di Wayback Machine, 7-Eleven. Dicapai pada 25 Februari 2007.
  5. ^ COMPANY NEWS; Southland Holders Approve Buyout. Associated Press, December 9, 1987.
  6. ^ Frank, Peter H.Southland Buyout Hits Snag. The New York Times, November 11, 1987
  7. ^ WAYNE, LESLIE. "Takeovers Revert to the Old Mode." New York Times, January 4, 1988
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan autogenerated1 tidak disediakan

Pautan luar sunting