Aamir Khan (Urdu: عامر خان‎, Hindi: आमिर ख़ान dilahirkan dengan nama Aamir Hussain Khan pada 14 Mac 1965) adalah seorang pelakon filem, pengarah dan penerbit filem India.[1][2] Melalui kerjaya yang berjaya dalam filem-filem Hindi, Khan telah menubuhkan dirinya sebagai salah satu pelakon yang paling popular dan berpengaruh dalam industri perfileman India. Beliau adalah penerima pelbagai anugerah, termasuk empat Anugerah Filem Kebangsaan dan tujuh Anugerah Filmfare. Beliau telah diberi penghormatan oleh Kerajaan India dengan Shri Padma pada tahun 2003 dan Padma Bhushan pada tahun 2010.

Aamir Khan
आमिर ख़ान
عامر خان
Aamir Khan
Khan di acara NDTV pada 2012
Kelahiran (1965-03-14) 14 Mac 1965 (umur 59)
PekerjaanPelakon, penerbit dan pengarah filem, penulis skrip filem
Tahun aktif1973–1974, 1984, 1988–2001, 2005 – sekarang
PasanganKiran Rao (2005 - kini)
Reena Dutta (1987 - 2002)
Laman web rasmiwww.aamirkhan.com

Khan pertama kali muncul di skrin sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem arahan bapa saudaranya Nasir Hussain, Yaadon Ki Baaraat (1973). Peranan filem pertama beliau datang dengan filem eksperimen Holi (1984), dan beliau memulakan kerjaya sepenuh masa sebagai pelakom peranan utama dalam filem Qayamat Se Qayamat Tak (1988).Lakonan beliau dalam filem Raakh (1989) membolehkan beliau memenangi Anugerah Khas Juri untuk Anugerah Filem Nasional.Beliau menubuhkan dirinya sebagai pelakon utama pawagam Hindi pada 1990-an dengan muncul dalam beberapa filem komersial yang berjaya, termasuk drama romantis Dil (1990), Raja Hindustani (1996), yang mana beliau memenangi Anugerah Filmfare pertamanya untuk Pelakon Lelaki Terbaik, dan drama Sarfarosh (1999).

Pada tahun 2001, Khan memulakan sebuah syarikat produksi dengan filem Lagaan menjadi filem terbitan baliau yang pertama. Selain berlakon, Khan juga menjadi pengacara Televisyen untuk rancangan, Satyamev Jayate. Khan telah berkahwin dengan isteri pertamanya, Reena Dutta, selama lima belas tahun selepas itu beliau berkahwin dengan pengarah filem Kiran Rao. Beliau mempunyai tiga orang anak , dua dengan Dutta dan satu dengan Rao.

Latar belakang sunting

Khan dilahirkan pada 14 Mac 1965 di Mumbai kepada penerbit filem hindi, Tahir Hussain dan Zeenat Hussain. Beberapa saudara-mara beliau adalah ahli-ahli industri filem Hindi, termasuk arwah bapa saudaranya sebelah bapa, iaitu Nasir Hussain (penerbit dan pengarah). Khan adalah anak sulung daripada empat adik-beradik.Adik lelakinya, Faisal Khan juga merupakan seorang pelakon. Manakala, pelakon Imran Khan merupakan Anak saudaranya.

Khan berkahwin Reena Dutta dan mempunyai dua orang anak, anak lelaki yang bernama Junaid dan seorang anak perempuan, Ira. Reena terlibat secara ringkas dalam kerjaya Khan ketika dia bekerja sebagai penerbit untuk filem Lagaan. Pada bulan Disember 2002, Khan memfailkan perceraian, menamatkan perkahwinan 15 tahun. Reena mengambil hak penjagaan kedua-dua kanak-kanak.

Pada 28 Disember 2005, Khan berkahwin Kiran Rao yang telah menjadi penolong pengarah untuk Ashutosh Gowariker semasa penggambaran filem Lagaan.

Filemografi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Readers' Picks: Top Bollywood Actors". Rediff. 17 August 2006. Dicapai pada 26 January 2010.
  2. ^ "Powerlist: Top Bollywood Actors". Rediff. 8 August 2006. Dicapai pada 26 January 2010.

Pautan luar sunting