Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng

Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketiga dan keenam

Allahyarham Tun Pehin Sri Abang Haji Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng (27 Ogos 1921 – 28 Januari 2022) ialah Yang di-Pertua Negeri Sarawak dari tahun 1975 hingga 1981 dan sekali lagi dari tahun 2001 hingga 2014. Beliau merupakan orang pertama untuk menjadi gabenor dua kali. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Abang Louis, oleh rakan-rakan lama dan kenalan beliau, terutamanya di negeri kelahirannya iaitu Sibu. Tempoh perkhidmatan beliau tamat secara rasmi pada 28 Februari 2014 dan digantikan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud, pada 1 Mac. Pada tahun 2021 beliau telah mencapai usia 100 tahun.


Abang Haji Muhammad Salahuddin Abang Barieng

SMN; SBS, DP (Sarawak); SPMP (Perlis); SPDK (Sabah); DUPN (Pulau Pinang); DUNM (Melaka); PCD (Sarawak)
Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-3 dan ke-6
Dalam jawatan
22 Februari 2001 – 28 Februari 2014
Ketua MenteriAbdul Taib Mahmud
Didahului olehAhmad Zaidi Adruce
Digantikan olehAbdul Taib Mahmud
Dalam jawatan
2 April 1975 – 2 April 1981
Ketua MenteriAbdul Rahman Ya'kub
Didahului olehTuanku Bujang Tuanku Othman
Digantikan olehAbdul Rahman Ya'kub
Butiran peribadi
Lahir(1921-08-27)27 Ogos 1921
Kampung Nangka, Sibu, Kerajaan Sarawak
Meninggal dunia28 Januari 2022(2022-01-28) (umur 100)
Pusat Pakar Perubatan Normah, Petra Jaya, Kuching, Sarawak, Malaysia
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Samariang, Kuching, Sarawak
PasanganToh Puan Hajjah Dayang Umi Kalthum (meninggal dunia)
Toh Puan Hajah Norkiah (meninggal dunia)
Anak-anak12
KediamanAstana, Kuching

Kehidupan awal sunting

Dilahirkan pada tahun 1921, Salahuddin, atau Abang Louis, adalah satu-satunya anak Abang Barieng bin Abang Anyut, seorang tokoh yang terkenal di Bahagian Ketiga (kini Bahagian Sibu).

Selepas pendudukan Jepun, beliau bekerja sebagai Inspektor Perbandaran sehingga 1947 di bawah pentadbiran kolonial British yang baru. Beliau terus berkhidmatan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Kerja Raya.

Kerjaya politik sunting

Beliau aktif dalam politik negeri, membantu untuk membentuk Barisan Pemuda Sarawak (BPS) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA). Salahuddin bertindak sebagai wakil masyarakat Melanau itu kepada Suruhanjaya Cobbold pada tahun-tahun sebelum pembentukan Malaysia.

Pada tahun 1963, beliau bertanding dan memenangi kerusi dalam pilihan raya negeri. Walau bagaimanapun, beliau meletak jawatan pada tahun 1968 dan kembali ke perkhidmatan awam. Beliau akhirnya menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

Kegabenoran sunting

Pada tahun 1975, beliau dilantik sebagai Gabenor Sarawak yang ketiga dan berkhidmat untuk satu penggal. Pada tahun 2000, beliau menjadi Pemangku Gabenor apabila Gabenor Ahmad Zaidi Adruce sedang sakit. Zaidi Adruce meninggal dunia pada Disember 2000, dan Salahuddin sekali gus dilantik semula kepada kegabenoran pada Februari 2001, dan berkhidmat sehingga 28 Februari 2014.

Meninggal dunia sunting

Beliau telah meninggal dunia pada usia 100 tahun pada 29 Januari 2022 lalu.[1]

Rujukan sunting