Abdul Hamid Bador

pegawai polis Malaysia

YDH KPN Tan Sri Dato' Seri Panglima Abdul Hamid bin Bador (lahir 7 Ogos 1958)[1] ialah Ketua Polis Negara Malaysia yang ke-12.[2] Beliau sebelum ini pernah menjadi sebagai Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara dan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).[3][4][5][6][7][8]


Abdul Hamid Bador

PMN, PSM; SPTS (Perak); SSNS (NS); DPPN (PP); DPNS (NS); DIMP (Pahang); JMN
Ketua Polis Negara Malaysia Ke-12
Dalam jawatan
4 Mei 2019 – 3 Mei 2021
Dicalonkan olehTun Dr. Mahathir Mohamad
Dilantik olehAl-Sultan Abdullah
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri
Menteri
Timbalan
Didahului olehTan Sri Mohamad Fuzi Harun
Digantikan olehTan Sri Acryl Sani Abdullah Sani
Butiran peribadi
Lahir (1958-08-07) 7 Ogos 1958 (umur 65)
Kuala Lumpur, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganPuan Sri Nor Azrin Marzuki
DSP Puan Sri Fazreena Abdul Karim (k. 2022)
BapaKonstabel Bador Ijoh
Alma mater
PekerjaanPegawai polis

Kehidupan awal sunting

Abdul Hamid Bador dilahirkan pada 7 Ogos 1958, di Kuala Lumpur. Beliau ialah anak kepada seorang konstabel polis, Allahyarham Bador Ijoh, yang membesar dalam suasana kerap berpindah-randah.

Beliau bersama sembilan adik-beradik dan ibunya yang juga seorang suri rumah berketurunan Cina Malaysia, mendiami berek polis di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur; Balai Polis Serendah (Rawang); Balai Polis Jerantut (Pahang); Balai Polis Tampin (Negeri Sembilan).

Pendidikan sunting

Disebabkan tugas bapanya itu, Abdul Hamid terpaksa berpindah sekolah bermula dari Sekolah Rendah Inggeris (Sekolah Rendah Sinaran Budi) di Rawang, Selangor, pada 1965 sebelum menyambung darjah dua di Sekolah Rendah Inggeris (kini Sekolah Kebangsaan Jerantut) Jerantut, Pahang dari 1966 hingga 1970; Sekolah Menengah Sulaiman, Bentong, Pahang (1971-1976); Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, Negeri Sembilan pada 1977.

Kerjaya sunting

Selepas menamatkan persekolahan, Abdul Hamid kemudian bekerja sebagai pelayan dan penyambut tetamu di sebuah hotel di Kuala Lumpur, dari 1977 sehingga 1979.

Beliau mula menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Inspektor Pelatih, pada 4 November 1979 sebelum ditempatkan di Cawangan Khas Bukit Aman, bermula 1980 hinggalah 1996.

Pada 1999, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, sebelum kembali ke Cawangan Khas, Bukit Aman pada 2001, seterusnya dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas, Polis Kontinjen Kelantan pada 2005.

Setahun selepas itu, beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Cawangan Khas, Polis Kontinjen Sabah sebelum dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1, pada 2009.

Beliau kemudian ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri Malaysia pada 18 Ogos 2015 sebelum dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas, tidak lama selepas Pakatan Harapan (PH) mentadbir kerajaan.

Abdul Hamid mula mendapat perhatian pada 2015 apabila mendedahkan ada pihak tertentu menyembunyikan saksi utama dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain mendesak siasatan secara telus semasa menjawat jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman.

Beliau yang hampir 40 tahun berkhidmat dalam PDRM, pernah dianugerahkan Bintang Bhayankara Nararya, bintang kepahlawanan tertinggi daripada kerajaan Indonesia selepas membantu kerajaan dan pihak berkuasa Indonesia melumpuhkan kegiatan pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan elemen pengganas DAESH.

Beliau menamatkan kerja secara rasmi pada 3 Mei 2021 selaku ketua polis negara (IGP), dan digantikan oleh Acryl Sani Abdullah Sani pada hari seterusnya.[9] Sungguhpun begitu, amanat terakhirnya sarat dengan amaran dan kekecewaan. Dalam amanat itu, beliau memberi amaran terhadap masalah korupsi yang ketara dalam bidang politik negara serta campur tangan politik dalam kepolisan negara. Hal ini merujuk kepada dakwaan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin dalam pelantikan Acryl Sani selaku IGP baharu.[10] Selain itu, beliau juga mengkritik pelantikan ahli politik (Hamzah) selaku ketua Suruhanjaya Pasukan Polis, sebuah suruhanjaya di bawah Parlimen yang menguruskan pasukan polis.[11]

Darjah kebesaran, bintang dan pingat sunting

Anugerah antarabangsa sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "PDRM will meet PM on IPCMC". Bernama. The Borneo Post. 3 May 2019. Dicapai pada 3 May 2019.
  2. ^ "New IGP: I'm so honoured to be given the trust". The Star (Malaysia). 4 May 2019. Dicapai pada 4 May 2019.
  3. ^ "Abdul Hamid returns as SB director". Farik Zolkepli. The Star (Malaysia). 23 October 2018.
  4. ^ "Special Branch head Hamid Bador is acting DIGP". Syed Jaymal Zahiid. Malay Mail. 15 March 2019. Dicapai pada 6 April 2019.
  5. ^ "Abdul Hamid Bador is nation's No. 2 cop". Adrian David. New Straits Times. 15 March 2019. Dicapai pada 6 April 2019.
  6. ^ "SB Director Abdul Hamid Bador appointed acting Deputy IGP". Bernama. The Edge (Malaysia). 15 March 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-06. Dicapai pada 6 April 2019.
  7. ^ "Special Branch chief Abdul Hamid takes on deputy IGP role". Soo Wern Jun. Free Malaysia Today. 15 March 2019. Dicapai pada 6 April 2019.
  8. ^ "The cop in the centre of a storm". Malaysiakini. 14 March 2019. Dicapai pada 6 April 2019.
  9. ^ "Abdul Hamid: Saya tak berhasrat kekal lebih lama sebagai IGP". Malaysiakini. 2 Mei 2021. Dicapai pada 2 Mei 2021.
  10. ^ Jimadie Shah Othman (30 April 2021). "IGP hentam campur tangan menteri pada sidang media terakhir". Malaysiakini. Dicapai pada 2 Mei 2021.
  11. ^ Firdaus Azli (1 Mei 2021). "Fungsi Suruhanjaya Pasukan Polis mengikut Perlembagaan Persekutuan". astro Awani. Dicapai pada 2 Mei 2021.
  12. ^ a b c d e "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2021-05-02.
  13. ^ "CJ, AG Tommy Thomas, IGP among those awarded 'Tan Sri' in conjunction with Agong's birthday". Bernama. Malay Mail. 9 September 2019. Dicapai pada 9 September 2019.
  14. ^ "King confers 'Tun' title to Tengku Maimun, Arshad Ayub". Bernama. 17 August 2020. Dicapai pada 17 August 2020.
  15. ^ "Tengku Maimun, Dr Arshad Ayub dahului senarai penerima darjah kebesaran, pingat" (dalam bahasa Malay). Berita Harian. 17 August 2020. Dicapai pada 17 August 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ "Tengku Maimun, Arshad Ayub dahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Pingat sempena Keputeraan Agong". Bernama. 17 August 2020. Dicapai pada 17 August 2020.
  17. ^ "NS menteri besar heads list of state honours recipients". Bernama. Malaysiakini. 14 January 2019. Dicapai pada 14 January 2019.
  18. ^ "Sultan of Pahang's 77th birthday honours list". The Star (Malaysia). 24 October 2007. Dicapai pada 6 April 2019.
  19. ^ "Ketua Hakim Negara dahului penerima darjah kebesaran Pulau Pinang, esok". Muhammad Yusri Muzamir (dalam bahasa Malay). Berita Harian. 12 July 2019. Dicapai pada 13 July 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  20. ^ Ismail, Shaarani (1 November 2019). "254 penerima darjah, pingat sempena ulang tahun keputeraan Sultan Perak" (dalam bahasa Malay). Berita Harian. Dicapai pada 1 November 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  21. ^ "Agong dahului senarai penerima pingat sempena ulang tahun keputeraan Sultan Perak" (dalam bahasa Malay). Bernama. 1 November 2019. Dicapai pada 1 November 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  22. ^ "KPN terima anugerah Bintang Bhayangkara Utama Presiden Indonesia". Bernama. 30 Disember 2020. Dicapai pada 30 Disember 2020.
Lantikan polis
Didahului oleh
Mohamad Fuzi Harun
Ketua Polis Negara Malaysia
4 Mei 2019 - 3 Mei 2021
Diikuti oleh:
Acryl Sani Abdullah Sani