Abdul Hamid Mohamad

Tun Abdul Hamid bin Mohamad (lahir 18 April 1942) merupakan mantan Ketua Hakim Negara Malaysia ke 12.


Abdul Hamid Mohamad

SSM; DUPN (PP); SPCM (Perak); DMPN (PP); DPCM (Perak); KMN; PJK (Perlis)
Ketua Hakim Negara Malaysia ke-5
Dalam jawatan
2 November 2007 – 18 Oktober 2008
Didahului olehAhmad Fairuz Abdul Halim
Digantikan olehZaki Azmi
Butiran peribadi
LahirAbdul Hamid bin Mohamad
(1942-04-18) 18 April 1942 (umur 82)
Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata, Kepala Batas, Pulau Pinang
PasanganToh Puan Hamidah Choong Abdullah
Anak-anak4
Alma materUniversiti Singapura
ProfesionPeguam

Biografi sunting

Abdul Hamid dilahirkan pada 18 April 1942 di Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata, Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Keladi dan pendidikan menengah di St. Xavier‘s Institution.

Abdul Hamid memperoleh ijazah perundangan dari Universiti Singapura pada 1969 dan menyertai perkhidmatan kehakiman dan perundangan sebagai majistret di Kangar, Perlis dan Tapah, Perak. Beliau pernah menyandang pelbagai jawatan seperti Penolong Pengarah Biro Bantuan Guaman, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi dan Ketua Pendakwaan Jabatan Peguam Negara.

Abdul Hamid dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Mei 1990 dan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dua tahun kemudian. Beliau menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 1 September 2000 dan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 1 Ogos 2003. Abdul Hamid dilantik menjadi Presiden Mahkamah Rayuan pada 5 September 2007, menggantikan Tan Sri Abdul Malek Ahmad yang meninggal dunia pada 1 Jun 2007. Beliau yang gemar memancing pernah memegang jawatan Presiden Persatuan Memancing Malaysia. Beliau berkahwin dengan Toh Puan Hamidah Choong Abdullah dan mempunyai empat anak.

Berusia 65 tahun pada waktu pelantikan, Abdul Hamid mempunyai masa yang singkat untuk berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara kerana mengikut perlembagaan, umur persaraan hakim ialah 66 tahun tetapi perkhidmatannya telah disambung selama enam bulan lagi atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong.[1]

Anugerah sunting

Kehormatan Malaysia sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Kenali Abdul Hamid, Zaki", Utusan Malaysia, 6 Disember 2007.[pautan mati kekal]
  2. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2008" (PDF).
  3. ^ "MB among those honoured by Perak Sultan". The Star. 18 April 2008. Dicapai pada 14 March 2020.
  4. ^ "Top awards for Wan Azizah, Abdul Hamid". The Star. 11 July 2008. Dicapai pada 14 March 2020.
Didahului oleh
Ahmad Fairuz Abdul Halim
Ketua Hakim Negara Malaysia
2007–2008
Diikuti oleh:
Zaki Azmi