Abdul Rahman Bakar

Dato' Sri Haji Abdul Rahman Bakar (lahir 30 Mei 1952 di Kampung Gelugor Kedai, Kuala Terengganu) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Senator selama dua penggal (2008-2014), mantan Timbalan Menteri Sumber Manusia (2004-2008) dan mantan Ahli Parlimen Marang selama dua penggal (1986-1990,2004-2008).

Dato' Sri Haji

Abdul Rahman Bakar

SSAP; DPMT; DMSM
Ahli Dewan Negara
Dalam jawatan
2008–2014
Perdana MenteriNajib Razak (2009-2014)
Abdullah Ahmad Badawi (2008-2009)
Timbalan Menteri Sumber Manusia
Dalam jawatan
2004–2008
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri Fong Chan Onn
Didahului oleh Abdul Latiff Ahmad
Digantikan oleh Noraini Ahmad
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Marang
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului oleh Abdul Hadi Awang
Digantikan oleh Abdul Hadi Awang
Majoriti163 (PRU-11)
Dalam jawatan
1986–1990
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan oleh Abdul Hadi Awang
Majoriti639 (PRU-7)
Butiran peribadi
Lahir30 Mei 1952
Kampung Gelugor Kedai, Kuala Terengganu
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Keluarga sunting

Beliau berumahtangga secara berpoligami dengan Datin Sri Hajjah Robiah binti Hitam serta Datin Sri Hajjah Noor Aziyah binti Abd Aziz. Hasil daripada perkahwinannya kepada kedua-dua orang wanita tersebut, beliau mempunyai 11 orang anak iaitu Eliana Siswana, Eliani Siswani, Ika Akalili, Dato' Hj Buani Atiqi, Ayuni Madarina, Fatin Sabila, Raz Azira, Nur Azra Qaisara, Nabil Haikal, Tariq Harziq dan Wazir Naufal

Pendidikan sunting

Abdul Rahman mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga merupakan Certified Doctor of Business Administration, Oxford University, UK.[perlu rujukan]

Kerjaya sunting

Beliau menjadi guru selepas tamat pengajian (1984-1986). Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara dan Pegawai Pembangunan Parlimen Marang. Beliau juga telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua sehingga 2014.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1987-1990). Kemudian beliau menjadi Timbalan Pengerusi Mara (1990-1995).

Beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Malaysia-Myanmar Chamber of Commerce dan Presiden Penggiat Kebudayaan Jawa Malaysia.

Sebelum ini beliau adalah Presiden Penggiat Kebudayaan Malaysia-Indonesia dan kini dikenali sebagai Malindo Business & Cultural Center (MBCC) Asia. Beliau pernah menjadi Pengerusi Golden Pharos Berhad.

Abdul Rahman Bakar juga kini merupakan Penaung Dewan Perniagaan Malaysia Global/ Malaysia Global Chamber of Commerce (MGCC).

Politik sunting

Beliau berhenti dari jawatan guru dan bertanding di Parlimen Marang, Terengganu pada 1986. Kemenangan beliau menyebabkan beliau diangkat sebagai 'giant killer' oleh YAB Tun Dr Mahathir (Perdana Menteri)[perlu rujukan] kerana berjaya mengalahkan Presiden PAS, Tan Sri Dato' Seri Abdul Hadi Awang dua kali iaitu 1986 dan 2004. Kejayaan beliau sebagai giant killer telah mencetuskan kebimbangan ramai ahli politik Terengganu. Oleh itu nama beliau sentiasa timbul dan tenggelam. Beliau tidak bertanding pada 1999, 2008, 2013 dan 2018. Pada 1986, Hadi Awang kalah di Marang tetapi menang di DUN Ru Rendang.


Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008, nama beliau tidak tersenarai sebagai calon. Menteri Besar Terengganu ketika itu ialah Tan Sri Dato' Seri Idris Jusoh, tokoh yang berjaya merampas kerajaan negeri Terengganu dari PAS pimpinan Abdul Hadi Awang. Pada hal ketika itu, Abdul Rahman Bakar, memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia dan merupakan Ketua UMNO Bahagian Marang. Setiausaha Politik MB Terengganu, Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohd Zubir terpilih sebagai calon BN/UMNO di Parlimen Marang tetapi tewas kepada Abdul Hadi Awang.[1]

Dalam Pilihanraya umum Malaysia 2013, nama beliau sekali lagi tidak tersenarai yang menyebabkan calon BN pada ketika itu iaitu Datuk Yahya Khatib telah tewas kepada Abdul Hadi Awang dan dalam Pilihanraya umum Malaysia 2018, Tuan Hj Mohammad Nor bin Endut terpilih menjadi calon Barisan Nasional yang merupakan pegawai khas kepada Abdul Rahman Bakar semasa menjadi Timbalan Menteri Sumber Manusia, namun tetap tewas kepada Abdul Hadi Awang (Presiden PAS).

Maka sehingga kini tiada lagi calon yang pernah berjaya menumpaskan Abdul Hadi Awang kecuali Dato' Sri Hj Abdul Rahman Bakar yang sehingga kini digelar sebagai "Giant Killer".

Politik UMNO sunting

Abdul Rahman Bakar ternyata menonjol sehingga dilantik sebagai Pengerusi Pengundi Luar dan NGO Badan Perhubungan Umno Terengganu (2011), Ketua UMNO Bahagian Marang (2004-2008), Ketua Pemuda UMNO Bahagian Marang (1986), Ketua Pemuda UMNO Terengganu (1987), Naib Ketua UMNO Bahagian Marang (1990), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang (1993), Pengerusi Biro Latihan Dan Perkaderan UMNO Terengganu (2000-2004), Ahli Majlis Tertinggi UMNO (2004-2007) dan AJK Biro Pendidikan UMNO Malaysia, AJK Biro Latihan dan Keahlian UMNO Malaysia. Abdul Rahman Bakar juga pernah menjadi Pengerusi Kelab Sahabat N87 Negeri Terengganu. Terkini Abdul Rahman Bakar telah dipilih memimpin dan menjadi Presiden Kelab Sahabat N87 Malaysia.

Sumbangan dan pengalaman sunting

Beliau pernah menjadi Penasihat PEKIDA Negeri Terengganu, Naib Pengerusi PEMADAM Malaysia, Ahli Lembaga Belia Daerah Marang dan Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP).[2]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting