Abdul Rahman Talib

Dr (HC) Abdul Rahman Talib (1916 - 18 Oktober 1968) ialah seorang Menteri Malaysia yang telah berkhidmat dalam empat kementerian selama lapan tahun sejak kemerdekaan antara tahun 1957 dan 1965. Bagaimanapun, adalah dalam bidang pendidikan bahawa beliau mencapai kemasyhuran ketika beliau menerbitkan laporan yang dikenali sebagai Laporan Abdul Rahman Talib untuk memperbaiki sistem pendidikan Tanah Melayu dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

YBhg Dr (HC)

Abdul Rahman Talib

PPM (Perak) (Malaysia)
Menteri Pengangkutan
Dalam jawatan
1957–1959
Didahului olehH. S. Lee
Digantikan olehSardon Jubir
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kuantan, Pahang
Dalam jawatan
1957–1968
Didahului olehKonstituensi diwujudkan
Digantikan olehMohamed Taib
Butiran peribadi
Lahir1916
Temerloh, Pahang, Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Meninggal dunia18 Oktober 1968(1968-10-18) (umur 51–52)
Mesir Kaherah, Mesir
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Sekutu gabungan
politik lain
Parti Perikatan
PasanganRahmah Musa
Anak-anakFauzi Abdul Rahman
HubunganAhmad Farhan Fauzi (cucu)
PekerjaanGuru

Pada tahun 1962, Abdul Rahman dianugerahkan dengan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang oleh Universiti Malaya.

Kehidupan awal sunting

Dilahirkan di Temerloh Pahang, Abdul Rahman mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya dan kemudian melanjutkan pengajian di Kolej Latihan Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim, Perak. Beliau memulakan kerjayanya pada tahun 1940 sebagai seorang guru di Sekolah Abdullah, Kuantan dan lima tahun kemudian, pada tahun 1945, beliau dilantik menjadi Penolong Nazir Sekolah-sekolah Melayu Pahang. Pada tahun 1952, Abdul Rahman mengasaskan Jabatan Hal Ehwal Agama di Jabatan Pelajaran Pahang. Anak beliau ialah Ahli Politik Veteran Tempatan Dato' Sri Fauzi Abdul Rahman bekas Ahli Parlimen Kuantan 1990-1999 , Ahli Parlimen Indera Mahkota 2013-2018. Fauzi pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Di-Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Parlimen di dua Kementerian .

Politik sunting

Abdul Rahman sangat aktif dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan selain daripada itu, juga merupakan Ahli Bersekutu Majlis Kebangsaan. Pada tahun 1956, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Alam Semula Jadi dan Kerajaan Tempatan dan kemudian, dilantik menjadi menteri penuh dalam berbagai-bagai kementerian:

Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Kuantan, negeri Pahang (1958-1964).

Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

Laporan Abdul Rahman Talib sunting

Semasa menjadi Menteri Pelajaran, Abdul Rahman mengemukakan satu laporan yang mengandungi usul dan saranan yang penting untuk memperbaiki sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu. Laporan itu dikenali sebagai Laporan Abdul Rahman Talib.

Melalui laporan itu beliau mencadangkan supaya Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib selain Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mesti diajar dari darjah satu di semua jenis sekolah rendah dan syarat lulus dalam Bahasa Melayu bagi calon-calon ke sekolah menengah, dan pusat latihan guru. Cadangannya juga termasuk pemberian insentif kepada guru-guru supaya mendapat kelulusan yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Abdul Rahman bersara pada tahun 1965 dan meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada tahun 1968.

Pautan luar sunting