Abdul Taib Mahmud

Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh

Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud (21 Mei 1936 – 21 Februari 2024) ialah ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang ke-7 dari 2014 sehingga 2024. Beliau juga merupakan Ketua Menteri Sarawak ke-4 dari 1981 hingga 2014 serta mantan Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Negeri. [1] Taib juga adalah mantan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen Gabungan Parti Sarawak. Beliau berketurunan Melanau.

Allahyarham Tun Pehin Sri Haji

Abdul Taib Mahmud

DK (I) (Johor); DK (I) (Pahang); SMN, PSM; SBS (Sarawak); SUMW (WP); SPMJ (Johor); DP, DA (Sarawak); DGSM (Melaka); SSDK (Kedah); SSAP (Pahang); SSSA (Selangor); SPMT (Terengganu); SPDK (Sabah); DPPN (PP); DK (Brunei); KTWE (Thailand); KEPN (Indonesia); SPMB (Brunei); KOU (Korea); AO (Australia)
Abdul Taib pada 2016
Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-7
Digelar sebagai
Bapa Pemodenan Sarawak
Dalam jawatan
1 Mac 2014 – 26 Januari 2024
PremierAbang Johari Tun Openg (2022–2024)
Ketua MenteriAdenan Satem (2014–2017)
Abang Johari Tun Openg (2017–2022)
Didahului olehTun Abang Muhammad Salahuddin
Digantikan olehTun Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ketua Menteri Sarawak ke-4
Dalam jawatan
26 Mac 1981 – 28 Februari 2014
GabenorAbdul Rahman Ya'kub
Ahmad Zaidi Adruce
Abang Muhammad Salahuddin
TimbalanSim Kheng Hung (1975–1990)
Wong Soon Kai (1991–1996)
George Chan Hong Nam
(1996–2011)
Daniel Tajem Miri
(1981–1986)
Alfred Jabu Numpang (1975–2016)
Didahului olehAbdul Rahman Ya'kub
Digantikan olehAdenan Satem
Presiden
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak ke-2
Dalam jawatan
1981 – Februari 2014
Didahului olehJugah anak Barieng
Digantikan olehAdenan Satem
Anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak
untuk Balingian
Dalam jawatan
2001 – Februari 2014
Didahului olehAbdul Ajis Abdul Majeed
Digantikan olehYussibnosh Balo
Anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak
untuk Asajaya
Dalam jawatan
1991–2001
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehAbdul Karim Rahman Hamzah
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kota Samarahan
Dalam jawatan
1990 – Februari 2008
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehSulaiman Abdul Rahman Taib
Anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak
untuk Sebandi
Dalam jawatan
1981–1991
Didahului olehSharifah Mordiah Tuanku Fauzi
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Samarahan
Dalam jawatan
1971–1990
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Butiran peribadi
Lahir(1936-05-21)21 Mei 1936
Miri, Kerajaan Sarawak
(kini negeri Sarawak, Malaysia)
Meninggal dunia21 Februari 2024(2024-02-21) (umur 87)
Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat persemadianTanah Perkuburan Demak Jaya, Jalan Bako, Kuching, Sarawak
KewarganegaraanMalaysia
KerakyatanSarawak
Parti politik GPS-PBB (sejak 2018)
PBB (sehingga 2018)
PasanganLaila Taib (k. 1959; m. 2009)
Ragad Waleed Alkurdi (k. 2010–2024)
Anak-anakJamilah Hamidah Taib
Mahmud Abu Bekir Taib
Sulaiman Abdul Rahman Taib
Hanifah Hajar Taib
Kediaman1°34′39″N 110°22′36″E / 1.57750°N 110.37667°E / 1.57750; 110.37667
Demak Jaya, Jalan Bako, Kuching, Sarawak
Alma materUniversiti of Adelaide
PekerjaanAhli politik
Tandatangan

Taib secara tidak rasmi digelar Pak Uban. Dalam kalangan masyarakat Cina beliau dipanggil Bai Mao (白毛), dalam bahasa ingeris ialah "White Hair" yang bermakna "rambut putih". Nama julukan lain untuk beliau adalah "raja putih terakhir" atau "raja berambut putih", merujuk kepada keluarga Brooke British yang telah memerintah Sarawak sebagai Raja Putih pada kurun ke-19 dan ke-20. [2] Dengan memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak sejak 1981, beliau adalah Ketua Menteri / Menteri Besar paling lama berkhidmat di Malaysia. [3] Taib juga merupakan ahli parlimen kedua paling lama berkhidmat di Malaysia selepas Tengku Razaleigh Hamzah iaitu selama 38 tahun.[4][5]

Pada 12 Februari 2014, Taib menghantar surat perletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin berkuatkuasa 28 Februari, secara rasmi mengakhiri tempoh 33 tahun memegang jawatan itu. Beliau menamakan bekas adik iparnya, Tan Sri Datuk Patinggi Adenan Satem sebagai pengganti. [6] Pada masa yang sama, beliau akan menggantikan Abang Muhammad Salahuddin yang tamat tempoh perkhidmatannya juga pada 28 Februari. [7] Beliau mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri ke-7 pada 1 Mac 2014 di Bangunan DUN Sarawak selepas mendapat watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari sebelumnya. [8] Beliau menjadi rakyat Sarawak kedua (selepas bapa saudaranya, Tun Abdul Rahman Ya'kub) yang menjadi Yang di-Pertua Negeri selepas melepaskan jawatan Ketua Menteri Sarawak.

Kehidupan peribadi dan pendidikan sunting

Abdul Taib dilahirkan dalam keluarga miskin pada tahun 1936.[perlu rujukan] Taib mempunyai hubungan darah bangsawan dengan keluarga diraja di Brunei.[9] Bapa saudara Taib, Abdul Rahman Ya'kub menyara kehidupan Taib sejak Taib masih seorang budak laki-laki.[10] Taib memulakan persekolahannya di Sekolah Rendah St. Joseph di Miri dan seterusnya ke Sekolah Menengah St. Joseph di Kuching. Taib berazam untuk mengambil jurusan undang-undang selepas bapa saudaranya, Rahman Ya'kub memujuknya untuk belajar dalam bidang tersebut.[11] Pada tahun 1958, keputusan cemerlang yang dicapai oleh Taib dalam peperiksaan Senior Cambridge membolehkan Taib layak mendapat biasiswa Shell untuk melanjutkan pelajarannya ke Universiti Adelaide di Australia Selatan. Beliau berjaya mendapat ijazah pertama dalam bidang undang-undang pada tahun 1960. Taib Mahmud telah menulis dan menerbitkan beberapa buku Islam dan karya lain termasuk: "Nabi Muhammad dan Misinya, Islam dan Kegunaan Umat Manusia", "Kebebasan dalam pemikiran Islam", dan "Strategi yang sesuai untuk pembangunan negara semasa menghadapi kekurangan sumber".[12]

Pehin Sri Taib telah berkahwin dengan Puan Sri Laila Taib yang berketurunan Poland, meninggal dunia akibat barah pada 29 April 2009 selepas 50 tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu dikurniakan empat anak (Sulaiman, Mahmud Abu Bekir, Jamilah dan Hanifah Hajar) dan 15 cucu.[13][14] Allahyarhamah Laila Taib, telah dikebumikan di perkuburan Demak Jaya pada hari berikutnya.[15]

Pada 18 Disember 2010, beliau telah mengahwini seorang wanita Lubnan berusia lingkungan 30-an. Perkahwinan ini telah disempurnakan di dalam satu majlis akad nikah oleh Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin secara tertutup di Kuching. [16]

Anak lelaki Taib, iaitu Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib telah berkahwin dengan Anisa, iaitu anak perempuan kepada Timbalan ketua menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam.[17]

Anak perempuan Taib, Jamilah Taib dan suaminya Sean Murray turut terbabit dalam pembangunan hartanah di Ottawa, Kanada.[18]

Pada 11 Januari 2006, Allahyarhamah Hajah Hamidah Yakub, iaitu ibu kepada Taib Mahmud, telah meninggal dunia di Pusat pakar perubatan Normah semasa Taib dimasukkan ke dalam hospital di Singapura dan menjalankan pembedahan untuk menyingkirkan ketumbuhan yang disyaki merbahaya dalam saluran ususnya .[19]

Pada 3 Jun 2009, cucu perempuan Taib, Allahyarhamah Celestia Lulua Mahmud Abu Bekir, meninggal dunia dua hari selepas dia tergelincir ke dalam kolam renang di rumahnya sendiri kondominium Duta Nusantara di Kuala Lumpur. Celestia telah dibawa ke unit rawatan rapi Hospital Kuala Lumpur selepas dia tidak sedarkan diri dalam kemalangan tersebut. Dia dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.[20]

Pembangunan Dakwah dan Islam sunting

Taib Mahmud juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menaik tarafkan usaha dakwah Islam di negeri Sarawak. Ini termasuk mewujudkan madrasah, maahad tahfiz, pusat perubatan Islam dan juga rumah-rumah anak yatim di seluruh negeri Sarawak. Taib Mahmud juga telah menjadi pengasas dan pembina kepada beberapa pusat Islam di Korea Selatan.[21]

Kerjaya awal politik sunting

Selepas Taib balik ke Sarawak, beliau bekerja dalam Crown Council dari 1962 sehingga 1963. Beliau mengambil bahagian dalam Majlis perundangan negeri Sarawak pada 22 July 1963. Beliau dilantik menjadi Menteri Komunikasi dan Kerja Raya Negeri dari tahun 1963 hingga 1966 dan Menteri Pembangunan dan Perhutanan pada 1967. Beliau bertindak sebagai ketua menteri beberapa kali. Beliau merupakan naib-pengerusi bagi Parti Berjasa Sarawak pada 1964. Beliau menghadiri satu Seminar Antarabangsa Havard pada tahun yang sama. Taib dilantik sebagai Penolong Menteri Persekutuan bagi Perdagangan dan Industri dari 1968 hingga 1970. Beliau mewakili Parti Bumiputera Sarawak (BUMIPUTERA), salah satu parti komponen Perikatan Sarawak dalam pilihanraya Malaysia 1969. Semasa penerusan semula pilihanraya parlimen Sarawak pada 1970, Taib telah dipilih sebagai ahli parlimen Malaysia bagi kerusi Kota Samarahan. Beliau kemudiannya dilantik ke pelbagai portfolio termasuk Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (1970-1972) dan Menteri Sumber Semula Jadi (1972-1974). Pada tahun 1973, Taib menjadi timbalan presiden untuk PBB yang baru ditubuhkan sebelum menjadi parti presiden.[12] Abdul Rahman Ya'kub adalah mentor politik untuk Taib Mahmud selama 20 tahun.[10]

Pemegangan jawatan sebagai Ketua Menteri sunting

Selepas memenangi pilihanraya kecil Sebandi (sekarang Asajaya) pada tahun 1981, beliau telah dilantik sebagai Menteri Tanah dan Lombong Sarawak sebelum mengambil tempat bapa saudaranya, Abdul Rahman Ya'kub, sebagai Ketua Menteri Sarawak. Beliau mempertahankan kerusi Sebandi sehingga 1987 sebelum dipilih sebagai ADUN di kawasan Asajaya. Dalam pilihan raya Sarawak 2001, beliau tegas untuk bertanding di kawasan Balingian. Taib berkhidmat dalam pelbagai perbadanan awam dan secara sukarela serta mewakili kerajaan dalam pelbagai persidangan antarabangsa.[12]

Peristiwa Ming Court pada tahun 1987 sunting

Berdasarkan pada artikel Malaysiakini, ketidakpuasan terhadap kepimpinan Taib oleh sekumpulan ahli politik dalam PBB bermula apabila mereka menegaskan bahawa kepentingan bumiputera telah diabaikan oleh Taib. Mereka menganggap Taib Mahmud hanya memihak kepada golongan Cina dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sahaja. Golongan Dayak dalam Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dikatakan tidak puas hati apabila jawatan ketua menteri tidak diberikan kepada mereka selepas 17 tahun. Walau bagaimanapun, faktor utama yang menyebabkan pengolakan dalam PBDS adalah syak wasangka oleh ketua menteri Taib terhadap Leo Moggie, presiden kepada PBDS.[22] Menurut tesis kedoktoran yang ditulis oleh David Walter Brown, retak antara kelompok Taib dan kelompok bapa saudaranya, Rahman Ya'kub bertambah besar secara beransur-ansur apabila Rahman Ya'kub melepaskan jawatan ketua menteri setelah dipaksa oleh Tun Hussein Onn, perdana menteri Malaysia pada masa itu. Penyingkiran Rahman Ya'kub dari jawatan Yang di-Pertua Negeri pada 1985 oleh Taib diri sendiri telah menyebabkan Rahman melancarkan siri serangan terhadap Taib pada tahun 1987, yang dikenali ramai sebagai Peristiwa Ming Court.[23]

Rahman Ya'kub mengetuai sekumpulan ahli politik Sarawak yang kecewa dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan PBDS untuk berkumpul di Hotel Ming Court, Kuala Lumpur untuk meluluskan mosi hilang keyakinan terhadap kepimpinan Taib dengan mengumpulkan tandatangan ADUN pada surat. Daniel Tajem, bekas timbalan ketua menteri dan Leo Moggie merupakan perancang utama lain dalam peristiwa ini. Taib menyedari krisis politik tersebut dan dengan segera mengadakan pilihanraya negeri tergempar pada tahun 1987. Beliau tipis sedikit dalam pilihanraya tersebut.[24] Gabungan beliau memenangi 28 daripada 48 kerusi DUN dan menerima 8 orang lagi ADUN yang berpaling tadah dari PBDS. Ini mengurangkan kerusi yang dimiliki oleh PBDS daripada 15 ke 7 kerusi.[10][25] PBDS berada dalam pihak pembangkang sehingga ia diterima masuk ke dalam Barisan Nasional (BN) Sarawak pada tahun 1994. Konflik dalaman dalam PBDS dan SNAP telah menguntungkan pemerintahan Taib pada tahun-tahun berikutnya.[24]

Kemajuan dan pembangunan Sarawak sunting

Sejak 1981, Keluaran dalam negara kasar (KDNK) telah meningkat dari RM 6.5 ribu juta sehingga RM 19.7 ribu juta pada tahun 1995 dan bertambah sehingga anggaran berjumlah RM 29.9 billion pada tahun 1999. Pada tahun 1995, sebanyak 31.9% daripada penduduk Sarawak hidup dalam keadaan miskin dan 10% adalah golongan papa. Pada tahun 1997, bilangan kemiskinan turun sehingga 7.5% dan golongan papa telah turun sehingga 0.7%. Pada tahun 1980, hanya 31.8% daripada penduduk Sarawak mempunyai bekalan air tetapi pada tahun 1995, angka tersebut mencecah 85% daripada populasi Sarawak.[12] Penduduk Sarawak secara umumnya lebih terdidik berbanding pada masa dahulu. Kadar celik huruf telah naik dari 30% semasa kemerdekaan sehingga 95% pada hari ini.[26]

Melalui pelancongan dan pemuliharaan ekologi taman negara dan sistem gua, Sarawak telah menjadi tarikan pelancong pada peta dunia. Beliau juga membolehkan tapak-tapak warisan dunia di Sarawak ditempuhi melalui Lebuhraya Pan Borneo. Perindustrian juga berlaku dalam ekonomi Sarawak sejak kemerdekaan. Sektor industri, pembuatan, dan pelancongan diberikan perhatian khusus. Industri teknologi tinggi memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan dalam negeri. Hasil daripada polisi pembangunan Taib Mahmud, KDNK Sarawak telah melebihi purata nasional pada tahun 1995. Demi keseimbangan pembangunan bandar dan luar bandar, Taib Mahmud juga menggalakkan perancangan bandar, perancangan sumber asli, perlandangan, dan pembangunan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan juga mementingkan pembangunan lestari.[12] Sarawak adalah negeri pertama yang menjalankan e-kerajaan dengan sepenuhnya di Malaysia manakala Perpustakaan Negeri Sarawak merupakan e-perpustakaan yang pertama di Malaysia. Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang diperkenalkan oleh beliau dijangka akan mempelbagaikan ekonomi masa depan Sarawak.[26]

Pada Julai 2010, Taib diberikan "pencapaian sepanjang hayat" oleh Kongres Asia HRD untuk memperingati sumbangan beliau kepada pembangunan modal insan di Sarawak terutamanya dengan penubuhan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Taib menyatakan bahawa kerajaan beliau mensasarkan 50% penembusan internet dalam Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh.[27]

Beliau juga membawa kestabilan politik kepada Sarawak dengan memimpin koalisi BN Sarawak mencapai majoriti yang besar pada setiap kali pilihanraya negeri. Di bawah kepimpinan beliau, kerjasama ikhlas dan pekongsian kuasa antara pemimpin politik diwujudkan.[12] Beliau juga menghalang kemasukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ke dalam Sarawak. Kemasukkan UMNO ke Sabah sejak 1991 telah menyebabkan percanggahan pendapat antara UMNO dengan ahli politik dan penduduk tempatan kerana mereka berpendapat bahawa hak dan kepentingan mereka terhakis.[28]

Visi 2030 untuk Sarawak sunting

Semasa menyambut ulang tahun ke-28 sebagai ketua menteri Sarawak pada 26 Mac 2009 di Dewan Suarah Bintulu, Taib membayangkan Sarawak sebagai sebuah negeri yang paling kaya di Malaysia menjelang tahun 2030 ketika menyampaikan ucapan beliau. Pada masa depan, pekerja yang berkemahiran tinggi akan membantu dalam membangunkan Sarawak demi kebaikan pentadbiran ekonomi. Sarawak akan menjadi tempat yang akan memberi peluang kepada sesiapa yang ingin mencari kehidupan yang lebih baik.Gelombang kedua pembangunan akan dimulakan secepat mungkin.[29]

Antara langkah-langkah yang dicadangkan termasuk penubuhan institusi pengajian tinggi yang lebih banyak bagi mempelbagaikan ekonomi Sarawak kelak. Ini juga akan memastikan generasi muda mampu untuk mengeksploitasi sumber alam yang berkurangan saban hari dengan lebih efisien. Beliau juga merujuk kepada keperluan sinergi, kerjasama, dan semangat berpasukan antara pemimpin dan persefahaman penduduk Sarawak untuk melicinkan perancangan dan perjalanan yang dilakar oleh kerajaan negeri untuk manfaat rakyat.[29]

Rombakan kabinet Sarawak sunting

Taib mengumumkan rombakan kabinet beliau pada 8 November 2009. Rombakan kabinet tersebut disaksikan perubahan portfolio untuk beberapa kementerian manakala 6 muka baru dilantik sebagai timbalan menteri. Lima daripada enam yang dilantik mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhamad Salahuddin dalam dewan undangan negeri pada 21 November 2009. Timbalan menteri lain, iaitu Abdul Wahab Aziz, sedang berada dalam ziarah agama.[30] Barisan kabinet baru tersebut berkuatkuasa pada 1 Disember 2009.[30][31]

Taib yang mengekalkan portfolio Menteri Kewangan dan Perancangan dan Pengurusan Sumber mengatakan bahawa pengelolaan tersebut adalah untuk persediaan Sarawak terhadap polisi pembangunan dan pendekatan baru yang mungkin akan berlaku semasa Rancangan Malaysia Kesepuluh atau selepas pilihanraya negeri. Beliau juga memaklumkan bahawa dengan kemunculan SCORE, beliau akan menyusun semula Syarikat SESCO Berhad (SESCO) selepas satu atau dua tahun.[31]

Kontroversi sunting

Industri pembalakan sunting

Pembalakan yang terlampau banyak dalam Sarawak dan polisi perhutanan Sarawak telah mendapat perhatian dan kritikan antarabangsa sejak tahun 1987. Pelbagai kerajaan luar negeri dan pertubuhan antarabangsa telah memberikan protes terhadap peningkatan pengeluaran kayu balak dari Sarawak yang mengghairahkan. Ketidakstabilan politik bagi ketua menteri Taib Mahmud dari tahun 1986 hingga 1991 telah membolehkan beliau meningkatkan kadar pembalakan dalam Sarawak. Taib juga dikatakan telah menggunakan konsesi pembalakan untuk kekayaan peribadi dan keluarganya.[10]

Penglibatan Taib dan keluarganya dalam industri penebangan dinyatakan secara khusus dalam salah satu laporan yang diterbitkan oleh Forests Monitor. Mengikut laporan tersebut, ketua menteri mempunyai hak untuk menarik balik lesen pembalakan tetapi bantahan undang-undang tidak dapat diambil terhadap ketua menteri. Hal ini adalah untuk memastikan sesiapa yang berminat untuk membalak akan menunjukkan kesetiaan kepada ketua menteri. Laporan tersebut juga perhatikan bahawa pada umumnya, hubungan saling menguntungkan antara elit politik dan syarikat pembalakan selalu menyebabkan rasuah, penyogokan, dan pindahan harga, di mana butiran kewangan syarikat penebangan transnasional, termasuk syarikat penebangan Malaysia, sukar untuk dikesan.[32]

Pada tahun 2007, surat khabar Jepun The Japan Times melaporkan bahawa sembilan syarikat perkapalan Jepun, yang mengangkut kayu dari Sarawak, telah didakwa tidak melaporkan sebanyak 1.1 bilion yen pendapatan selama tujuh tahun. Laporan tersebut menyatakan bahawa wang tersebut dibayar sebagai rasuah kepada pegawai-pegawai Sarawak melalui agen Hong Kong yang berkaitan dengan keluarga Taib.[33] Taib, bagaimanapun, menafikan secara habis-habisan tuduhan The Japan Times dengan memberikan penjelasan sepanjang 10 muka surat dalam dewan undangan negeri. Beliau mengatakan bahawa beliau tidak mengetahui tentang rasuah yang diberikan kepada pegawai-pegawai Sarawak dan tindakan mengelakkan diri daripada melaporkan pendapatan dari pengeluaran kayu balak.[34]

Pada tahun 2008, surat khabar Indonesia Tribun Pontianak mendedahkan bahawa sekitar 30 kali penghantaran kayu balak haram dari Indonesia telah diimport ke Sarawak dan dieksport ke negara-negara lain setiap bulan. Ketua menteri Taib Mahmud dan Syarikat Hardwood Sdn Bhd, sebuah unit yang dimiliki sepenuhnya oleh agensi negeri, iaitu Koperasi Pembangunan Industri Kayu Sarawak (STIDC), dikaitkan dengan penipuan kayu balak ini.[35][36][37]

Pada tahun 2009, laporan tahunan 2008 ketua audit negara Malaysia melabelkan pengurusan hutan di Sarawak oleh kerajaan negeri sebagai tidak memuaskan. Namun, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan mempersoalkan keesahan laporan itu kerana beliau berpendapat bahawa jabatan ketua audit negara tidak memiliki kepakaran dalam pengurusan hutan.[38]

Akibat daripada industri pembalakan di bawah Taib, kurang dari 10% daripada hutan primer Sarawak ditinggalkan. Pembalakan telah berlaku di tanah-tanah pusaka kepunyaan masyarakat peribumi, meskipun terdapat petisyen lanjutan dan pengepungan jalan oleh mereka. Pengungkaian keras terhadap pengepungan jalan telah menyebabkan beberapa kematian dan pemaksaan ganas yang lazim oleh tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, dan penguatkuasa industri penebangan.[39][40]

Nepotisme sunting

Anak lelaki Taib, Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib, telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan bagi Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB) pada 23 Januari 1995. Beliau sekarang adalah Timbalan Pengerusi Kumpulan bagi CMSB.[41] Adik-beradik Abu Bekir Taib, iaitu Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib, Jamilah Hamidah Taib, Hanifah Hajar Taib dan ibunya, Allahyarhamah Laila Taib, merupakan pemilik saham besar dalam syarikat tersebut.[41] Sulaiman Abdul Rahman Taib menyertai jawatankuasa CMSB ketika abangnya, Abu Bekir Taib menjadi Pengarah Eksekutif Kumpulan bagi CMSB pada pertama kali. Sulaiman Abdul Rahman Taib adalah Pengerusi Kumpulan CMSB dari bulan Mei 2002 hingga Jun 2006, bekas Pengarah Bukan Eksekutif CMSB[42], dan bekas pengerusi Bank RHB.[43]

Dalam pilihanraya umum 2008, anak lelaki Taib, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib memenangi kerusi Kota Samarahan bagi parlimen Malaysia yang sebelumnya dipegang oleh ayahnya.[44] Beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Pelancongan dalam kabinet baru.[45] Sebelum ini, beliau tidak mempunyai pengalaman politik. Pada 14 Disember 2009, beliau meletakan jawatan timbalan menterinya atas alasan peribadi.[46]

Kakak/Adik perempuan Taib, Roziah Mahmud merupakan salah satu pengusaha yang paling berpengaruh di Sarawak dengan pemilikan hartanah dan perniagaan kayu balak yang luas. Selain itu, dia juga dilantik sebagai konsul kehormat bagi Republik Poland untuk Sarawak (Ini adalah disebabkan isteri Taib, iaitu Almarhumah Laila Taib berketurunan Poland).[perlu rujukan]

Abang/adik lelaki Taib, Mohd Tufail bin Mahmud merupakan pemilik bersama Kumpulan Sanyan, salah satu syarikat kayu balak yang terbesar di Sarawak. Pada tahun 2001, Kumpulan Sanyan telah berjaya menyempurnakan pembinaan 28 tingkat Wisma Sanyan di Sibu di mana kerajaan negeri mendapat 8 tingkat pejabat.[17]

Syarikat perkapalan Achi Jaya dimiliki Onn Mahmud dan keluarga terdekat dia. Onn Mahmud adalah adik/abang kepada Taib Mahmud. Syarikat Achi Jaya didakwa telah meneruskan permintaan bayaran daripada pembawa kayu balak Jepun untuk mengangkut kayu dari Sarawak walaupun bayaran tersebut sebenarnya rasuah seperti yang dinyatakan dalam skandal kayu balak 2007.[47]

Abang/adik lelaki Taib, Mohamad Arip bin Mahmud dilantik sebagai pengarah bagi Jaya Tiasa Holdings Berhad (dikawal oleh Kumpulan Rimbunan Hijau) pada 13 April 1995. Kakak/adik perempuan Taib juga merupakan salah seorang rakan kongsi keluarga Tiong.[48]

Sepupu Taib, Abdul Hamed Sepawi adalah pengerusi bagi Naim Holdings Berhad, Sarawak Energy Berhad,[49] dan Ta Ann Holdings Berhad. Dia juga pernah menyertai jawatankuasa Koperasi Pembangunan Industri Kayu Sarawak (STIDC) dan Sarawak Plantation Berhad.[50]

Abang ipar/adik ipar lelaki Taib, Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz Bin Dato Haji Husain telah dilantik oleh Taib Mahmud sebagai setiausaha negeri pada tahun 2000. Selepas bersara pada tahun 2006, beliau dilantik sebagai pengarah pengurus kumpulan bagi Sarawak Energy Berhad sejak tahun 2007.[51] Beliau juga memegang jawatan pengarah untuk Eksons Corporation Berhad, Mlabs Systems Berhad, Syarikat SESCO Berhad dan syarikat-syarikat lain.[52]

Taib Mahmud, menyangkal apa-apa kesalahan, memberitahu Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bahawa beliau tidak meminta sesiapa untuk memihak kepada anak-anak lelaki beliau dalam peruntukkan jawatan dalam CMSB dan syarikat-syarikat lain.[50] Beliau juga menegaskan bahawa keluarganya memperolehi wang dengan bekerja keras.[9]

Dominasi ekonomi sunting

Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB), syarikat yang dikawal oleh keluarga Taib, diberikan pelbagai kontrak-kontrak kerajaan termasuk penyelenggaraan jalan raya di Sarawak selama 15 tahun, pembinaan jalan, membekalkan bahan bumbung untuk unit rumah kos rendah, membina hospital, dan menaik taraf lapangan terbang. Syarikat tersebut juga hampir mencapai tahap monopoli penuh terhadap pembekalan konkrit di Sarawak. Pada tahun 2001, kerajaan persekutuan Malaysia telah membenarkan unit perbankan Kumpulan CMSB, Bank Utama, untuk mendapatkan Bank RHB supaya dijadikan salah satu daripada 10 bank teras di Malaysia.[17] Syarikat PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd, yang 51% dimiliki olen CMSB, telah menyempurnakan pembinaan Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada tahun 2009.[53] CMSB sekarang sedang melibatkan diri dalam satu usaha bersama dengan pengeluar aluminium terkemuka, Rio Tinto Alcan (RTA), untuk membangunkan pelebur aluminium di Similajau. Projek ini adalah sebahagian daripada Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).[54]

Tesis kedoktoran yang ditulis oleh pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Neilson Mersat, mendakwa bahawa kekayaan keluarga Taib kebanyakannya berasal dari kerajaan negeri Sarawak tanpa melalui tender. Keuntungan yang didapat telah dihantar ke luar negara untuk disembunyikan. [55] Seorang lagi pensyarah dari fakulti Sains Sosial di UNIMAS, Andrew Aeria, telah menulis satu tesis kedoktoran yang menyatakan bahawa penguasaan Bank Utama dan syarikat-syarikat lain oleh CMSB adalah satu contoh yang menunjukkan bahawa bisnes yang memberi keuntungan besar hanya memberi manfaat kepada sesetengah individu yang mempunyai hubungan baik. Penswastaan syarikat-syarikat yang dimiliki oleh kerajaan negeri boleh menyebabkan kekurangan punca pendapatan kerajaan dan seterusnya meningkatkan beban pembayar cukai.[18]

Pada tahun 2000, kabinet Sarawak telah meluluskan RM 551.02 juta kontrak kerajaan negeri supaya diberikan terus kepada Titanium Management Sdn. Bhd. Anak lelaki Taib, iaitu Mahmud Abu Bekir Taib, adalah salah seorang pemegang saham utama dalam kompeni tersebut. Kontrak tersebut membolehkan syarikat Titanium membaiki atau mengganti 384 jambatan lama dalam negeri tersebut dalam masa 7 tahun. Laporan ketua audit negara Malaysia 2006 telah menyatakan bahawa penjanjian dalam kontrak tersebut memihak kepada kontraktor. Kos kontrak tersebut meningkat sehingga 72% melebihi kos asal. Lawatan audit ke 12 projek jambatan mendapati reka bentuk jambatan-jambatan yang menyeberangi sungai yang sempit tidak mengikut keperluan sebenar dan tidak dibina secara ekonomik.[56][57]

Pada tahun 2008, kerajaan Sarawak bercadang untuk membina 12 empangan di Sarawak untuk memenuhi keperluan tenaga perindustrian pada masa hadapan. Empangan-empangan tersebut dijadualkan siap pada tahun 2020 walaupun projek tersebut perlu diluluskan oleh penilaian impak alam sekitar. Suatu memorandum kefahaman telah ditandatangani antara Sarawak Energy Berhad dan Koperasi Projek Three Gorges China bagi projek Empangan hidro elektrik Murum.[58][59] Sebanyak 51 empangan mungkin akan dibina pada tahun 2037. Projek hidro elektrik yang menimbulkan kontroversi tersebut telah mendapat kritikan hebat kerana berkemungkinan akan menyebabkan malapetaka dan perpindahan masyarakat peribumi. Para penentang projek ini juga menyatakan bahawa projek ini menggalakkan rasuah dan kronisme kerana CMSB dijangka akan mendapat manfaat secara tidak langusung dengan membekalkan bahan konkrit untuk pembinaan empangan dan pembinaan pelebur aluminium yang akan menghabiskan sebahagian besar daripada janaan elektrik.[60] Pada Mac 2009, program televisyen '101 East' telah disiarkan oleh Al Jazeera. Program tersebut membincangkan secara terperinci isu 12 empangan di Sarawak dan dominasi ekonomi oleh keluarga Taib. Menteri Kemajuan Tanah, Dato Sri Dr. James Masing, menerima jemputan wawancara tentang isu tersebut tetapi ketua menteri Pehin Sri Taib Mahmud menolak temu ramah tersebut.[56]

James Masing, dalam satu sesi temu bual dengan Al Jazeera English, mempertahankan bahawa kontrak kerajaan diberikan secara telus sama ada dalam bentuk tender terbuka atau tertutup. Beliau juga berkata bahawa kerajaan negeri memberikan kontrak berdasarkan rekod trek syarikat yang baik sebelumnya, bukan kerana dakwaan hubungan politik.[56]

Kekayaan sunting

Taib memiliki sebuah rumah besar di Demak Jaya yang memandang ke Sungai Sarawak. Berlandaskan foto-foto dalam surat berita dari Julai hingga ke Disember 2006 oleh Naim Cendera Holdings Bhd, ruang tamu Taib dihiaskan dengan set sofa bergaya Eropah yang berkualiti tinggi.[50] Taib dikatakan memakai jas berkancing dua baris dan memandu di Kuching dengan kereta Rolls-Royce beliau.[61] Almarhumah Laila Taib dan anak beliau merupakan pemegang saham majority bagi Sitehost Pty. Ltd., Australia, yang memiliki Hotel Hilton Adelaide, menurut Aliran Monthly, majalah reformis Malaysia.[18] Taib digambarkan sebagai "sangat yakin diri, suka menunjuk-nunjuk, dan mempunyai kesukaan terhadap benda yang mahal". Beliau juga dilaporkan membeli piano yang dahulunya milik mendiang pengelola hiburan Amerika, iaitu Liberace dengan harga 2 juta US dolar.[62] Beliau juga memakai cincin dengan permata merah yang berukuran sebiji walnut dan dikelilingi oleh belian kecil.[9]

Laporan Sarawak Report sunting

Sarawak Report melaporkan bahawa, Taib dipercayai telah membangunkan empayar hartanah di Kanada, iaitu Sakto Corporation yang bernilai beberapa ratus juta dolar, di bawah nama menantu lelaki beliau, iaitu Sean Murray. Syarikat ini diasaskan oleh abang/adik lelaki Taib iaitu Onn Mahmud, anak perempuan Taib iaitu Jamilah, dan Sean Murray.[63][64] Sean Murray dan anak perempuan Taib berjaya mendapatkan jabatan kerajaan Kanada bagi perniagaan hartanah mereka di Kanada. Dalam sidang ORC ia melaporkan ORC menyelia pencarian terbuka dan bersaing dan Sakto Corporation dipilih sebagai pemenang berdasarkan kemudahan termoden yang dibina dengan spesifikasi penggunaan tenaga dan persekitaran yang tinggi dan bangunan itu mesra alam dalam beberapa cara.[65] Sarawak Report juga mendakwa Sakti International Corporation di Amerika Syarikat juga dikendalikan oleh pasangan yang sama (Sean Murray dan Jamilah). Sakti memiliki bangunan Abraham Lincoln, yang menempatkan kemudahan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).[66][67] Keluarga Taib juga didakwa memiliki portfolio hartanah di London.[68]

Saman fitnah Malaysiakini sunting

Pada 14 November 2011, Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop menetapkan perbicaraan kes saman fitnah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud terhadap Malaysiakini pada 2007. Peguam Fahri Azzat hadir mewakili Mkini Dotcom dan Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan Diong Keng.Pada 2007, Abdul Taib memfailkan saman itu kerana Malaysiakini menyiarkan 12 artikel dari 6 April hingga 3 Mei 2007 berhubung pengumpulan wang secara tidak sah berjumlah RM32 juta melalui kegiatan yang bercanggah dengan undang-undang berhubung perniagaan balak di Sarawak dan boleh didakwa kerana melakukan jenayah.Peguam Yee Mei Ken yang mewakili Abdul Taib.Plaintif mendakwa artikel itu berdasarkan pernyataan peribadi beliau di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 14 Mei 2007 dan telah disiarkan secara penuh oleh akhbar The Borneo Post pada 15 Mei 2007.[69]

Kronologi pilihan raya sunting

Berikut merupakan kawasan pilihan raya yang pernah diwakili Abdul Taib Mahmud.

Tahun Kawasan yang diwakili
1970 Parlimen Samarahan
1974 Parlimen Samarahan
1978 Parlimen Samarahan
1981 DUN Sebandi (pilihan raya kecil)
1983 DUN Sebandi
1987 DUN Sebandi
1991 DUN Asajaya
1996 DUN Asajaya
2001 DUN Balingian
2006 DUN Balingian
2011 DUN Balingian

Garis masa sebagai Ahli Parlimen sunting

Garis masa sebagai Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun

Rohani Abdul KarimRohani Abdul KarimDouglas Uggah EmbasTan Kok WaiTan Kok WaiJoseph Pairin KitinganJoseph Pairin KitinganJoseph Pairin KitinganTan Seng GiawLeo Michael ToyadTan Seng GiawMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinRafidah AzizKarpal SinghKarpal SinghAbdul Kadir Sheikh FadzirAbdullah Ahmad BadawiNajib RazakNajib RazakRais YatimRais YatimSamy VelluLeo MoggieLeo MoggieSulaiman DaudLing Liong SikRazaleigh HamzahRazaleigh HamzahRazaleigh HamzahLim Kit SiangLim Kit SiangLim Kit SiangAbdul Taib MahmudAbdul Taib MahmudGhafar BabaGhafar BabaMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir Mohamad

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Ketua Menteri- N.51 Balingian". Dewan Undangan Negeri Sarawak. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-13. Dicapai pada 7 July 2010.
  2. ^ Huat, W.C. (3 April 2009). "The Last Rajah's Battlefield". The Nut Graph. Dicapai pada 5 July 2010.
  3. ^ "Abdul Taib says his successor as chief minister identified". Bernama. 17 March 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-16. Dicapai pada 5 July 2010.
  4. ^ "Taib Mahmud among longest-serving parliamentarians". Bernama. 13 March 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-20. Dicapai pada 5 July 2010.
  5. ^ "Ku Li now longest-serving MP". Bernama. 9 March 2008. Dicapai pada 5 July 2010.
  6. ^ "Taib to resign on February 28, Adenan Satem to take over as Sarawak chief minister". The Malaysian Insider. 12 Februari 2014. Dicapai pada 13 Februari 2014.
  7. ^ "Taib to receive credentials as Sarawak's Head of State Friday". =The Borneo Post. 25 Februari 2014. Dicapai pada 25 Februari 2014.
  8. ^ "Taib angkat sumpah Yang Dipertua Negeri Sarawak". HarakahDaily. 1 Mac 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-04. Dicapai pada 2 Mac 2014.
  9. ^ a b c Rentap, L. (2004)How About Auditing Bigger Fish Instead? Diarkibkan 2008-04-04 di Wayback Machine. Aliran Monthly. vol 24: 1-12. Dicapai pada 5 July 2010
  10. ^ a b c d Ross. M.L (2001). Dalam Timber booms and institutional breakdown in Southeast Asia. Cambridge University Press. p. 149-151, 153, 156. ISBN 0-521-79167-7. Google Book Search. Retrieved on December 1, 2009.
  11. ^ Ujang, A (11 January 2008). "Truly memorable 80th birthday". The Star (Malaysia). Dicapai pada 5 July 2010.
  12. ^ a b c d e f "Biodata Yang DiPertua". Parti Pesaka Bumiputera Bersatu. Dicapai pada 5 July 2010.
  13. ^ "BMF: Harta keluarga Taib di Malaysia saja RM4.6 bilion", Malaysiakini.com, 7 Disember 2011.
  14. ^ [http://www.malaysiakini.com/news/151134, Malaysiakini.com, "Isteri baru Taib Mahmud wanita Lubnan?", Malaysiakini.com, 18 Disember 2010.
  15. ^ "Chief Minister's Wife, Laila Taib Dies". Bernama. 29 April 2009. Dicapai pada 5 July 2010.
  16. ^ "Isteri baru Taib Mahmud wanita Lubnan?", Malaysiakini.com, 18 Disember 2010.
  17. ^ a b c Backman, M (15 May 2003). "Being well connected goes a long way for some in Malaysia". The Age. Dicapai pada 6 July 2010.
  18. ^ a b c "The Dam that Wouldn't Die". Asia Sentinel. 15 August 2007. Dicapai pada 5 July 2010.
  19. ^ "Abdullah Visits Abdul Taib Mahmud". Bernama. 11 February 2006. Dicapai pada 5 July 2010.
  20. ^ "Sarawak CM's Granddaughter Dies". Bernama. 3 June 2009. Dicapai pada 5 July 2010.
  21. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-26. Dicapai pada 2013-03-20.
  22. ^ "SPECIAL REPORT: The Ming Court Affair (Part 1 and 2)". Malaysiakini. 25 May 2006. Dicapai pada 7 July 2010.
  23. ^ Brown, David Walter (15 May 2008). "Why Governments Fail to Capture Economic Rent: The Unofficial Appropriation of Rain Forest Rent by Rulers in Insular Southeast Asia Between 1970 and 1999". Not published: 147. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-22. Dicapai pada 7 July 2010. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); Cite journal requires |journal= (bantuan)
  24. ^ a b Kesavapany. K (2004). Dalam Southeast Asian affairs 2004. Institute of Southeast Asian Studies. p. 163. ISBN 981-230-238-7. Google Book Search. Retrieved on November 17, 2009.
  25. ^ Murdoch, L (29 September 1991). "Borneo anti-logging party loses election". The Age. Dicapai pada 5 July 2010.
  26. ^ a b "A tribute to Rt. Hon Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud". Limkokwing University of Creative Technology. 27 April 2010. Dicapai pada 5 July 2010.
  27. ^ "Taib gets human capital award". New Straits Times. 10 July 2010. Dicapai pada 13 July 2010.
  28. ^ "Umno's entry to Sabah biggest mistake: Mansur". Daily Express (Sabah). 20 June 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 5 July 2010.
  29. ^ a b "Sarawak to become Malaysia's richest state by 2030: chief minister". Asia Pulse. 27 March 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-25. Dicapai pada 5 July 2010.
  30. ^ a b "Five New Assistant Ministers Sworn In". The Borneo Post. 22 November 2009. Dicapai pada 5 July 2010.
  31. ^ a b "Six new faces; three dropped". The Borneo Post. 9 November 2009. Dicapai pada 5 July 2010.
  32. ^ "Politics, Law and the Logging Industry". Forests Monitor. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-26. Dicapai pada 5 July 2010.
  33. ^ "Wood carriers allegedly hid 1.1 billion yen income". The Japan Times. 29 March 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-01. Dicapai pada 5 July 2010.
  34. ^ "Timber kickbacks scandal: Taib's 10-page clarification". Malaysiakini. 14 May 2007. Dicapai pada 5 July 2010.
  35. ^ "Malaysian logging scandal may delay trade negotiations with the E.U." Mongabay. 25 August 2008. Dicapai pada 5 July 2010.
  36. ^ "Sarawak Chief Minister implicated in yet another timber scam". Bruno Manser Fonds. 25 August 2008. Dicapai pada 5 July 2010.[pautan mati kekal]
  37. ^ Thien, T (23 August 2008). "Taib implicated in Indon Timber Scam" (PDF). Malaysiakini. Dicapai pada 5 July 2010.[pautan mati kekal]
  38. ^ Netto. A (30 November 2009). "MALAYSIA: State of Sarawak Forests: Gov't Agency Stands by Report". Inter Press Service. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-20. Dicapai pada 5 July 2010.
  39. ^ Kiew, A (20 April 2007). "The Borneo Project : Sarawak Penan Association: We Blockade to Stop Encroachments on Ancestral Lands". The Borneo Project. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-15. Dicapai pada 5 July 2010.
  40. ^ "Sarawak Police dismantle Penan blockade for the second time". Bruno Manser Fonds. 6 April 2007. Dicapai pada 5 July 2010.
  41. ^ a b "Cahya Mata Sarawak: Investor Relations, page 36 and 138 in 2008 Annual Report" (PDF). Cahya Mata Sarawak Berhad. 2009. Dicapai pada 6 July 2010.[pautan mati kekal]
  42. ^ "Cahya Mata Sarawak: Investor Relations, page 25 of 2007 Annual Report" (PDF). Cahya Mata Sarawak Berhad. 2008. Dicapai pada 6 July 2010.[pautan mati kekal]
  43. ^ "Sulaiman is RHB exec chairman". Business Times (Kuala Lumpur). 4 March 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 6 July 2010.
  44. ^ "Taib Mahmud not defending Kota Samarahan (updated)". The Star (Malaysia). 21 February 2008. Dicapai pada 6 July 2010.
  45. ^ "New ministers and deputy ministers". The Star (Malaysia). 19 March 2008. Dicapai pada 6 July 2010.
  46. ^ "Sulaiman's Resignation As Deputy Tourism Minister Effective From Monday : Najib". Bernama. 14 December 2009. Dicapai pada 6 July 2010.
  47. ^ Chan, T (14 November 2007). "In Malaysia, Sarawak Has a Cash Register on the Port". Asia Sentinel. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-10. Dicapai pada 6 July 2010.
  48. ^ "Company Profiles - Rimbunan Hijau Group". Forests Monitor. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-10. Dicapai pada 6 July 2010.
  49. ^ "Board of Directors for Sarawak Energy - Datuk Abdul Hamed bin Sepawi". Sarawak Energy Berhad. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-15. Dicapai pada 6 July 2010.
  50. ^ a b c Yoolim, L (24 August 2009). "Getting Rich in Malaysia Cronyism Capital Means Dayak Lose Home". Bloomberg L.P. Dicapai pada 6 July 2010.
  51. ^ "Board of Directors for Sarawak Energy Berhad - Abdul Aziz Husain". Sarawak Energy Berhad. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-15. Dicapai pada 6 July 2010.
  52. ^ "Board of Directors for Eksons Corporation Berhad". Eksons Corporation Berhad. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-04. Dicapai pada 6 July 2010.
  53. ^ "Building Works". Cahya Mata Sarawak Berhad. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-27. Dicapai pada 6 July 2010.
  54. ^ "Our Business: Similajau Development". Cahya Mata Sarawak Berhad. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-28. Dicapai pada 6 July 2010.
  55. ^ Mersat, Neilson Ilan , Politics and business in Sarawak (1963-2004) / ANU PhD Thesis, 2005
  56. ^ a b c "Fight the power". Al Jazeera English. 19 March 2009. Dicapai pada 6 July 2010.
  57. ^ "Aktiviti dan kajian khas kementerian/jabatan/agensi kerajaan negeri Sarawak (muka surat 66-74)" (PDF). Jabatan Audit Negara Malaysia. 9 August 2007. Dicapai pada 6 July 2010.[pautan mati kekal]
  58. ^ Hock, T.E., Cheah, R. (23 July 2008). "Sarawak to build 12 dams to meet future power needs". The Star (Malaysia). Dicapai pada 6 July 2010.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  59. ^ Husain, A.A. (28 October 2007). "ASEAN Chinese Power Plants in Malaysia – Present & Future Development" (PDF). Sarawak Energy Berhad. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2008-12-09. Dicapai pada 6 July 2010.
  60. ^ Moses, K. (3 September 2009). "Power, profit, and pollution: dams and the uncertain future of Sarawak". Mongabay. Dicapai pada 6 July 2010.
  61. ^ Sheridan, M (15 March 2009). "'Green' dams hasten rape of Borneo forests". The Sunday Times. UK. Dicapai pada 5 July 2010.
  62. ^ Backman, M (2005). In Inside knowledge: streetwise in Asia. Palgrave Macmillan. p. 136. ISBN 1-4039-4237-4. Google Book Search. Retrieved on 5 July 2010.
  63. ^ "Exclusive – Taibs' Foreign Property Portfolio". Sarawak Report. 15 June 2010. Dicapai pada 6 July 2010.
  64. ^ "Empayar hartanah keluarga Taib di Kanada?". Malaysiakini. 17 June 2010. Dicapai pada 6 July 2010.
  65. ^ "Taibs' Lucrative Links with Ontario Government". Sarawak Report. 18 June 2010. Dicapai pada 6 July 2010.
  66. ^ "Sakti/Sakto – Another Taib Exclusive". Sarawak Report. 1 July 2010. Dicapai pada 6 July 2010.
  67. ^ "Taib's property empire: FBI among tenants?". Malaysiakini. 2 July 2010. Dicapai pada 6 July 2010.
  68. ^ "Growing Scandal – The London Connection!". Sarawak Report. 11 July 2010. Dicapai pada 13 July 2010.
  69. ^ "Kes Taib Mahmud-Malaysiakini Januari depan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-16. Dicapai pada 2011-11-14.

Pautan luar sunting

Didahului oleh
Abdul Rahman Ya'kub
Ketua Menteri Sarawak
1981–2014
Diikuti oleh:
Adenan Satem
Didahului oleh
Abang Muhammad Salahuddin
Yang di-Pertua Negeri Sarawak
2014
Diikuti oleh:
penyandang