Abdullah Fahim

ulama Pulau Pinang

Abdullah Fahim atau nama penuh beliau Tuan Guru Haji Abdullah II bin Haji Ibrahim bin Ahmad bin Haji Abdullah I (1869 – 28 April 1961) merupakan seorang cendekiawan Islam dan juga ahli ahli falak kelahiran Pulau Pinang. Beliau merupakan datuk kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan bapa kepada Haji Ahmad Badawi Abdullah.[1]

Tuan Guru

Abdullah Fahim
عبدالله فهيم

-
0
0
0
Dalam jawatan
0–0
Didahului oleh0
Digantikan oleh0
Majoriti0
Islam di Pulau PinangMufti Pulau Pinang
Dalam jawatan
1951–1956
Didahului olehJawatan diperkenalkan
Digantikan olehTuan Guru Abdullah Ismail
Butiran peribadi
Lahir1869 (1869)
Pulau Pinang
Meninggal dunia28 April 1961(1961-04-28) (umur 91–92)
0
Tinggi0
Pasangan0
Anak-anak25
IbuHajjah binti Haji
BapaHaji Ibrahim II (Ibrahim Fahmy) bin Haji Ahmadd
KeluargaBani Hashim
Hubungan0
Kediaman0
Pekerjaanahli Ulama, ahli falak
Laman web rasmi-
0


Kehidupan sunting

Terdapat dua cerita tentang asal usul Abdullah Fahim. Ada yang berkata beliau dilahirkan di Kampung Sha'ab Ali yang terletak berhampiran dengan Masjidil Haram di Makkah pada tahun 1869. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa Abdullah Kampung Kubur Panjang, Kedah sebelum berpindah ke Makkah dengan bapanya Sheikh Ibrahim Tahir, seorang ustaz di Masjidil Haram. Di situlah beliau mendapat pendidikannya dalam bidang Islam.[2]

Apabila dewasa, beliau mengajar astronomi, usuluddin, ilmu al-Quran dan Hadith.

Tanah Melayu sunting

Apabila pulang ke Tanah Melayu pada 1916, Abdullah Fahim mengajar ilmu teologi Islam di rumahnya di Kepala Batas dan Pondok Tuan Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidik, Alor Setar. Beliau dijemput oleh Sultan Perak ketika itu iaitu Sultan Iskandar Shah untuk menjadi pengetua Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada 1931.

Perjuangan kemerdekaan sunting

Abdullah Fahim menjadi terkenal sebagai ulama masyhur di serantau pada masa itu. Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin Melayu lain sering mendapat nasihatnya dalam usaha mereka mendapat kemerdekaan. Beliaulah yang menasihati Tunku supaya bekerjasama dengan pemimpin kaum lain supaya penjajah British bersetuju memberi kemerdekaan.[1]

Pengiraan tarikh merdeka sunting

Tunku Abdul Rahman turut meminta nasihat beliau mengenai firasat tarikh yang sesuai dijadikan tanggal Tanah Melayu dapat mengisytiharkan kemerdekaannya. Maka, Abdullah Fahim mengira tarikhnya berdasarkan kemungkinan ternampaknya buruj Dacing selepas matahari terbenam di ufuk barat; di mana dacing dapat diertikan sebagi lambang keadilan. Berdasarkan pemerhatian ini, Abdullah Fahim menjangka bahawa tarikh paling mujarab kemerdekaan tanah Melayu adalah pada 31 Ogos 1957 tahun Masihi atau 6 Safar 1377 tahun Hijrah. Simulasi langit malam pada malam sebelumnya turut membuktikan pencerapan ini, terutamanya kelihatan bintang-bintang Kejora dan Musytari serta Bulan yang sejajar dalam laluan edaran buruj tersebut.[3]

Kematian sunting

Beliau kembali ke rahmatullah pada 28 April 1961 sewaktu berusia 92 tahun.

Rujukan sunting

Sumber utama sunting

  • Nor Azam Mat Noor (2010). Warisan Falak Syeikh Abdullah Fahim. Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.