Abdullah ibn Abbas

`Abdullah ibn `Abbas (Arab: عبد الله ابن عباس; s. 619–687 Masihi / 3 SH - 68 Hijrah) ialah sepupu kepada Nabi Muhammad SAW yang dilahirkan sebagai anak kepada bapa saudara baginda, Abbas bin Abdul Muttalib serta isterinya, Lubabah binti Harith. Beliau juga merupakan ulama dalam bidang pemahaman Al-Quran.[7][8]

GelaranHibr-ul-Ummah
NamaAbdullah ibn Abbas
Arab: عبد الله ابن عباس
Lahir'Abdullah ibn al'-Abbas
c. 619M
Mekah, Hijaz[1]
Wafat68H/c. 687M
Taif, Semenanjung Arab
Nama lainAl-Hibr, (Doktor); Al-Bahr, (Laut)
EtnikOrang Arab
PekerjaanPakar dalam Tafsir, dengan minat dalam Al-Quran dan Sunah, Hadis dan Tafsir[1] pada Zaman Kegemilangan Islam
PasanganZahra bint Mishrah
Anak-anakAnak lelaki: Al-Abbas, Ali ibn Abdullah, Muhammad, Ubaydullah, Al-Fadl dan Saad Anak perempuan: Lubaba
IbuLubaba binti al-Harith
BapaAbbas bin Abdul Muttalib

Kehidupannya sunting

Berkat doa Rasulullah kepadanya, Abdullah menjadi seorang pemuda yang terpelajar dan bijak dalam kalangan para sahabat yang seusia dengannya. Petah berdebat dan berbicara.

Sumbangan sunting

Antara jasanya yang dikenang ialah Abdullah mampu meredakan keadaan umat Islam selepas Perang Siffin di mana segelintir tentera Islam yang berpihak kepada Ali bin Abi Thalib merasa tidak puas hati akan keputusan tahkim yang dijalankan antara Amru Al-Ash dengan Abu Musa Al-Asya'ari.

Berkat kecerdasan otak beliau, Abdullah berjaya mengamankan keadaan umat Islam, walaupun untuk seketika.

Beberapa orang keturunan beliau berusaha untuk membina sebuah kerajaan baru setelah Kerajaan Bani Ummaiyyah dilihat agak tersasar dari matlamatnya. Kemudian lahirlah sebuah kerajaan yang mengambil sempena namanya iaitu Daulah Bani Abbasiyyah.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c biography on the MSA West Compendium of Muslim Texts
  2. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-11. Dicapai pada 2006-09-28. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  3. ^ Jewish Encyclopedia [1]
  4. ^ Media Monitors Network, A Few Comments on Tafsir of the Quran, Habib Siddiqui October 2004
  5. ^ Mashahir, 99-Too; Ghaya, 1. 283; Abu Nuʿaym, II. 105-19; Kashif, I. 235; Ibn Marthad 41-3
  6. ^ usulgloss2 Diarkibkan November 15, 2006, di Wayback Machine
  7. ^ "'Abd Allah ibn al-'Abbas". Encyclopædia Britannica. 1 (ed. 15th). Chicago, Illinois: Encyclopædia Britannica, Inc. 2010. m/s. 16. ISBN 978-1-59339-837-8.
  8. ^ Ludwig W. Adamec (2009), Historical Dictionary of Islam, p.134. Scarecrow Press. ISBN 0810861615.