Abdullah ibn Umar (Arab: عبدالله بن عمر بن الخطاب) adalah anak kepada sahabat Nabi yang terkenal juga Khulafa al-Rasyidin kedua iaitu Umar Al-Khattab. Beliau bersama Zaid ibn Thabit pernah ditolak permohonannya untuk berjuang di Perang Badar.

Jasa dan sumbangannya sunting

Beliau adalah seorang penghafaz hadith yang terkemuka selepas Abu Hurairah. Banyak hadith yang diriwayatkan daripada beliau.

Beliau juga lantang mengkritik kepimpinan kerajaan Bani Ummaiyyah ketika pemerintahan Abdul Malik bin Marwan

Kematiannya sunting

Abdullah mati akibat tikaman pisau beracun yang diarahkan oleh Hajjaj ibn Yusuf.