Aksara Uyghur Kuno

(Dilencongkan dari Abjad Uyghur Lama)

Abjad Uyghur Lama (Bahasa Cina: 回鹘文字母pinyin: Huíhúwén zìmǔ) telah digunakan untuk menulis bahasa Uyghur Lama, satu jenis bahasa Turki Lama yang dipertuturkan di Turfan dan Gansu yang menjadi leluhur |bahasa Yugur moden. Istilah "Uyghur Lama" yang digunakan bagi abjad ini mengelirukan disebabkan kerajaan Qocho menggunakan abjad Turki Lama dan hanya menerima pakai tulisan ini yang digunakan penduduk tempatan apabila mereka berhijrah ke Turfan selepas tahun 840.[1] Ia merupakan adaptasi abjad Sogdia yang digunakan dalam teks-teks Buddhisme, Manichaeisme dan Kristian bagi tahun 700 - 800 di Turpan. Manuskrip terakhir dikenali bertarikh kurun ke-18. Ini adalah prototaip bagi tulisan Mongol dan abjad Manchu. Abjad Uyghur Lama dibawa ke Mongolia oleh Tata-tonga.

Old Uyghur alphabet
Jenis
BahasaOld Uyghur, Western Yugur
Tempoh masa
ca.700s–1800s
Aksara induk

Di Asia Tengah orang Uyghur memandang tulisan Cina sebagai tulisan yang "sangat unggul" jadi apabila mereka memajukan abjad Uyghur Lama yang berdasarkan tulisan Suryani, mereka perlahan-lahan mengubahnya kepada menegak seperti tulisan Cina daripada kedudukan asalnya yang melintang dalam tulisan Suryani.[2]

Seperti abjad Sogdia, abjad Uyghur Lama lebih cenderung untuk menggunakan matres lectionis bagi vokal panjang sebagaimana bagi vokal pendek. Amalan penandaan vokal pendek ditinggalkan hampir sepenuhnya.[3] Dengan itu, memandangkan ia diterbitkan daripada abjad Semitik, abjad Uyghur Lama dapat dikatakan bahawa kebanyakannya "diabjadkan".[4]

Abjad sunting

Nama Letak huruf Suara fonetik Prototaip daripada Abjad Sodgi terbitan daripada Skrip Mongolia Kuno
Bersendirian Permulaan Tengah Akhiran
Alef ‌𐽰‌ ‌𐽰‍ ‍𐽰‍ ‍𐽰‌ IPA: [e] 𐼰 ᠡ‍
‌𐽰𐽰‍ IPA: [a], IPA: [e] 𐼰𐼰 ᠠ‍
Beth ‌𐽱‍ ‍𐽱‍ ‍𐽱‌ IPA: [w], IPA: [v] 𐼱
Gimel ‌𐽲‍ ‍𐽲‍ ‍𐽲‌ IPA: [ɣ] 𐼲
Waw ‌𐽳‌ ‌𐽳‍ ‍𐽳‍ ‍𐽳‌ IPA: [o], IPA: [u] 𐼴 ‍ᠣ‍
Waw-yod ‍𐽳𐽶‍ IPA: [ø], IPA: [y] 𐼴𐼷 ‍ᠥ᠋‍
‍𐽳‍ IPA: [o], IPA: [u], IPA: [ø], IPA: [y] 𐼴 ‍ᠤ‍
Zain ‌𐽴‍ ‍𐽴‌ IPA: [z] 𐼵
Zain dengan kolon ‍𐽴𐾅‌ IPA: [ʒ] 𐼵𐽇
Khеt ‌𐽲‌ ‌𐽲‍ ‍𐽲‍ ‍𐽵‌ IPA: [x] 𐼶
Khet dengan kolon ‌𐽲𐾄‍ ‍𐽲𐾄‍ ‍𐽵𐾄‌ IPA: [q] 𐼶𐽉
Yod ‌𐽶‌ ‌𐽶‍ ‍𐽶‍ ‍𐽶‌ IPA: [j] 𐼷
Kaf ‌𐽷‍ ‍𐽷‍ ‍𐽷‌ IPA: [k], IPA: [ɡ] 𐼸 ᠬ‍
Lamed ‌𐽸‍ ‍𐽸‍ ‍𐽸‌ IPA: [d], IPA: [ð] 𐼹 ‍ᠲ‍
Mem ‌𐽹‍ ‍𐽹‍ ‍𐽹‌ IPA: [m] 𐼺
Nun ‌𐽺𐾂‍ ‍𐽺𐾂‍ ‍𐽺‌ IPA: [n] 𐼻
Samekh ‌𐽻‍ ‍𐽻‍ ‍𐽻‌ IPA: [s] 𐼼
Pe ‌𐽼‍ ‍𐽼‍ ‍𐽼‌ IPA: [b], IPA: [p] 𐼾
Tsadi ‌𐽽‍ ‍𐽽‍ ‍𐽽‌ IPA: [t͡ʃ] 𐼿
Resh ‌𐽾‍ ‍𐽾‍ ‍𐽾‌ IPA: [r] 𐽀
Shin ‌𐽿‍ ‍𐽿‍ ‍𐽿‌ IPA: [s] 𐽁, 𐽅 ‍ᠰ
Shin dengan kolon ‌𐽿𐾅‍ ‍𐽿𐾅‍ ‍𐽿𐾅‌ IPA: [ʃ] 𐽁𐽇 ‍ᠱ
Tau ‌𐾀‍ ‍𐾀‍ ‍𐾀‌ IPA: [t] 𐽂
Lesh (Resh dengan kolon) ‌𐾁‍ ‍𐾁‍ ‍𐾁‌ IPA: [l] 𐽄

 

Galleri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Sinor, D. (1998), "Chapter 13 - Language situation and scripts", dalam Asimov, M.S.; Bosworth, C.E. (penyunting), History of Civilisations of Central Asia, 4, UNESCO Publishing, m/s. 333, ISBN 81-208-1596-3
  2. ^ Gorelova 2002, m/s. 49.
  3. ^ Clauson, Gerard. 2002. Studies in Turkic and Mongolic linguistics. P.110-111.
  4. ^ Houston, Stephen D. 2004. The first writing: script invention as history and process. P.59

Bibliografi sunting

Pautan luar sunting

Templat:List of writing systems