Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham

ahli sains Arab

Abū ʿAlī al-Ḥasan ibn al-Ḥasan ibn al-Haytham (Arab: أبو علي، الحسن بن الحسن بن الهيثم, Parsi: ابن هیثم, Latin: Alhacen atau [5] Alhazen) (dilahirkan di Basra pada 965 Masihi – dan meninggal dunia pada 1040 Masihi di Kaherah) merupakan ahli sains dan polymath Muslim,[6] yang banyak diterangkan dalam pelbagai sumber sama ada dalam bahasa Arab mahupun Parsi.[7][8][9][10][11][12] Beliau juga terkenal sebagai Bapa Optik Moden. Beliau merupakan pakar fizik yang terunggul melalui sumbangan terhadap kaedah optik dan saintifik. Abu Ali Hasan telah mendapat pendidikan di Basra dan Baghdad.

Ibnu Haitham
ابن الهيثم
Alhazen
Gambaran Ibnu al-Haitham dalam kulit buku Selenographia karya Johannes Hevelius, 1647
Kelahiran(965-07-01)1 Julai 965 M[1](354 H)[2]
Basra di Iraq sekarang, Buyid Farsi
Meninggal dunia6 Mac 1040(1040-03-06) (umur 74)[1](430 AH)[3]
Terkenal keranaKitab Optik, Keraguan Tentang Ptolemy, Tentang Tatabentuk Dunia, The Model of the Motions, Treatis berkaitan Cahaya, Treatis berkaitan Tempat, kaedah saintifik, sains eksperimen, fizik eksperimen, psikologi eksperimen, persepsi penglihatan, geometri analitik, astronomi bukan Ptolemy, jentera nujum
Kerjaya saintifik
BidangFizik dan matematik
PengaruhAristotle, Euclid, Ptolemy
Dipengaruhi olehIbnu Rushd, Witelo, Roger Bacon, Kepler

Ibn al-Haitham membuat sumbangan besar dalam bidang [optik]], dan juga bidang-bidang fizik, ilmu falak, matematik, oftalmologi, falsafah, persepsi penglihatan, dan kaedah saintifik. Beliau juga menulis ulasan berwawasan terhadap karya-karya Aristotle, Ptolemy, dan ahli matematik purba Yunani, Euclid.[13]

Beliau sering dikenali sebagai Ibn al-Haitham, dan kadangkala sebagai al-Basri (Arab: البصري), bersempena tempat kelahirannya di bandar Basra.[14] Beliau juga dikenali dengan nama gelaran Ptolemaeus Secundus ("Ptolemy Kedua")[15] atau nama ringkas "Si Ahli Fizik"[16] di Eropah Zaman Pertengahan.

Dilahirkan di Basra, Iraq, beliau tinggal di Kaherah Mesir dan meninggal dunia di sana pada umur 74 tahun.[15] Kerana terlalu meyakini kegunaan praktik ilmu matematiknya, beliau beranggapan dapat mengawal banjir sungai Nil.[17] Apabila diperintah berbuat demikian oleh Al-Hakim bi-Amr Allah, khalifah keenam Kekhalifahan Fatimiyyah, beliau dengan cepat menyedari bahawa tugas itu mustahil dilakukan, lantas bersara daripada bidang kejuruteraan. Oleh sebab takut nyawanya terancam, beliau berpura-pura gila[1][18] yang membawa kepadanya dikenakan penahanan dalam rumah. Selepas waktu beliau dikenakan hukuman inilah beliau menumpukan perhatian kepada usaha-usaha saintifik sehinggalah saat kematiannya.[15]

Abu Ali Hasan juga merupakan manusia pertama yang memperincikan secara tepat pelbagai bahagian mata dan memberi penjelasan saintifik mengenai proses penglihatan. Abu Ali Hasan menyangkal teori penglihatan Ptolemy dan Euclid yang menyebut bahawa mata menghantar sinaran visual kepada objek yang dilihat. Menurut Ali Abu Hasan, sinaran berasal dalam objek yang dilihat dan bukan dalam mata.

Dalam bukunya Mizan al-Hikmah, Ali Abu Hasan membincangkan ketumpatan atmosfera dan menghasilkan hubungan antara atmosfera dan ketinggian.

Latar belakang sunting

Biografi sunting

 
Satu lagi gambar Ibn al-Haitham polymath agung Islam.

Abu Ali Hasan Ibn al-Haitham dilahirkan di Basra, Iraq yang pada masa itu merupakan sebuah wilayah Empayar Buyah.[1] Tidak dapat dipastikan sama ada beliau berketurunan Arab atau Parsi.[19][20] Berkemungkinan besar beliau meninggal dunia di Kaherah, Mesir. Beliau dididik di Basra (sewaktu Zaman Kegemilangan Islam, Basra merupakan "kunci kepada permulaan pedidikan"),[21] dan di Baghdad, ibu negeri Kekhalifahan Abbasiyyah, yang juga menjadi pusat "kemuncak tamadun Islam".[21] Sewaktu di Iran Buyah, beliau bertugas sebagai pegawai awam dan membaca banyak karya-karya teologi dan sains.[14][22]

Satu kisah kerjayanya menceritakan yang beliau dipanggil ke Mesir oleh pemerintah Kekhalifahan Fatimiyyah, Al-Hakim bi-Amr Allah, untuk mengawal pembanjiran sungai Nil, suatu usaha yang memerlukan pembinaan empangan di tempat terbinanya Empangan Aswan sekarang.[23] Selepas kerja luar menyedarkan beliau akan kemustahilan rancangannya,[15] dan takut akan kemarahan khalifah, beliau pura-pura gila. Ibn al-Haitham dikenakan hukuman penahanan dalam rumah dari tahun 1011 M sehinggalah kematian Khalifah al-Hakim dalam tahun 1021.[24] Dalam waktu penahanan itu, beliau menghasilkan sebuah kitab yang amat berpengaruh, Kitab Optik. Selepas dibebaskan daripada tahanan, beliau menerbit banyak lagi treatis berkaitan fizik ilmu falak dan matematik. Beliau kemudiannya pergi ke Al-Andalus. Dalam waktu ini, beliau terus menerus menjalankan pengajian saintifik termasuk kajian tentang optik, matematik, fizik, perubatan, dan pengembangan kaedah saintifik moden yang berlandaskan ujikaji.

Beberapa periwayat hidup mengatakan Ibn al-Haitham lari ke Syria, kemudian pergi ke Baghdad pada usia tua, atau berada di Basra semasa beliau pura-pura gila. Walau apapun, beliau berada di Kaherah menjelang tahun 1038. Semasa beliau berada di Kaherah, beliau terhubung dengan Universiti Al-Azhar, disamping "Rumah Hikmah"" bandar itu,[25] yang dikenali sebagai Dar al-`Ilm (Rumah Ilmu), yang merupakan perpustakaan "terpenting" selepas Baitul Hikmah di Baghdad.[14]

Legasi sunting

 
Halaman hadapan edisi Latin buku Ibn al-Haitham bertajuk Thesaurus opticus (Kitab Optik), menunjukkan bagaimana Archimedes membakar kapal Rom dekat Syracuse dengan menggunakan cermin parabola.

Ibn al-Haitham membuat kemajuan besar dalam bidang optik, sains fizikal dan kaedah saintifik. Usaha Ibn al-Haitham berkaitan optik dianggap sebagai penyumbang kepada penitikberatan eksperimen dalam sains. Pengaruhnya terhadap sains am dan optik khususnya disanjung tinggi, dan sesungguhnya membuka tirai kepada era baharu dalam penyelidikan optik, sama ada dalam bentuk teori mahupun amali.[26]

Kitab al-Manazir sunting

 
Teorem Ibn al-Haitham.

Karya al-Haitham yang paling masyhur ialah karya sepanjang tujuh jilid berkaitan dengan optik, Kitab al-Manazir ("Kitab Optik"), yang dihasilkan dari tahun 1011 ke 1021 M.

Manazir diterjemahkan ke dalam Latin oleh seorang sarjana yang tidak diketahui namanya pada penghujung abad ke-12 ataupun awal abad ke-13.[27] Terjemahan ini dicetak oleh Friedrich Risner dalam tahun 1572, dengan judul Latinnya, Opticae thesaurus: Alhazeni Arabis libri septem, nuncprimum editi; Eiusdem liber De Crepusculis et nubium ascensionibus (Bahasa Melayu: Optik yang Sangat Bernilai: Tujuh buku Alhazeni si Arab, diterbitkan buat kali pertama: Buku tentang senjakala awan dan hamal).[28] Risner juga penulis nama varian "Alhazen"; sebelum Risner al-Haitham dikenali di Barat sebagai "Alhacen". Karya ini mendapat sanjungan tinggi dalam Zaman Pertengahan. Karya-karya al-Haitham tentang subjek-subjek geometri diketemu di dalam Bibliothèque nationale di Paris dalam tahun 1834 oleh EA Sedillot. Manuskrip-manuskrip lain disimpan di Perpustakaan Bodleian di Oxford dan di dalam perpustakaan Leiden.

Teori penglihatan sunting

Fail:Al-Alim al-Arabiy al-Hasan bin al-Haytham (the Arab Scientist al-Hasan bin al-Haytham).jpg
Al-Haitham pada wang 10 dinar Iraq

Terdapat dua teori utama tentang penglihatan dalam zaman baharian klasik. Teori pertama, teori Pancaran, disokong oleh para pemikir seperti Euclid dan Ptolemy, yang mempercayai bahawa penglihatan bekerja dengan mata mengeluarkan sinaran cahaya. Teori kedua, teori intromisi, yang disokong Aristotle dan pengikut-pengikutnya, menyatakan bahawa terdapat bahan-bahan fizikal yang memeasuki mata dari sesuatu objek. Penulis-penulis terdahulu (seperti al-Kindi) berhujah mengikut laras-laras Euclid, Galeni, ataupun Aristotle; pencapaian al-Haitham ialah pengwujudan sebuah teori yang berjaya menggabungkan bahagian-bahagian hujah sinaran matematik Euclid, tradisi perubatan Galen, dan teori-teori intromisi Aristotle. Teori intromisi al-Haitham secara kasarnya mirip teori al-Kindi (dan menyimpang daripada Aristotle) dalam penyataannya "daripada setiap titik setiap bahan berwarna, diterangi oleh apa juah cahaya, terbit cahaya dan warna pada garisan yang sangat lurus yang dapat diraih dari titik itu.".[29]

Namun demikian, ini menimbulkan masalah bagaimana mahu menerangkan pembetukan sesebuah imej daripada banyak sumber pancaran; khususnya, setiap titik sesebuah objek itu akan mengirim pancaran kepada setiap titik di mata. Apa yang diperlukan al-Haitham ialah sebuah titik pada objek yang sepadan dengan hanya satu titik di mata.[29] Beliau cuba meneylesaikan masalah ini dengan menyatakan yang hanya titik serenjang dari objek dapat dikesan oleh mata; buat sesuatu titik tertentu di mata, hanya pancaran yang sampai kepadanya secara langsung, tanpa dibias oleh bahagian mata yang lain, akan dapat dikesan. Beliau memberi hujah dengan menggunakan analogi yang pancaran serenjang lebih kuat daripada pancaran yang condong; sama seperti sebuah bola yang dibaling terus kepada sebuah papan mungkin mematahkan papan tersebut, sementara bola yang dibaling condong akan memantul, pancaran serenjang lebih kuat daripada pancaran terbias, dan hanya pancaran serenjanglah yang dapat dikesan mata.

Oleh sebab terdapat hanya satu pancaran serenjang yang akan memasuki mata pada mana-mana tempat, dan semua pancaran ini akan bertemu di tengah-tengah mata dalam bentuk kon, ini membolehkan beliau untuk menyelesaikan masalah tentang setiap titik objek yang mengirim banyak pancaran kepada mata—jika hanya pancaran serenjang yang penting, ini bermaksud beliau mempunyai keseragaman titik-ke-titik dan kekeliruan dapat diselesaikan.[30] Beliau kemudiannya menyatakan (dalam buku tujuh Manazir) yang pancaran lain akan terbias dalam mata dan dikesan seolah-olah pancaran-pancaran tersebut pancaran serenjang.[31]

Hujah-hujah beliau tentang pancaran serenjang tidak menerangkan dengan jelas mengapa hanya pancaran serenjang dapat dikesan; mengapa harus pancaran condong yang lemah tidak dikesan dengan lemah?[32] Hujah-hujah terkemudian al-Haitham yang pancaran terbias akan dikesan seolah-olah pancaran serenjang tidak berapa meyakinkan.[33] Walau bagaimanapun, walaupun ia mempunyai beberpa kelemahan, tidak ada teori lain yang menyeluruh macam teorinya, dan teori ini amat berpengaruh, terutamanya di Eropah Barat: "dengan cara langsung ataupun tidak langsung, buku De Aspectibus menyebabkan banyak aktiviti dalam bidang optik yang berlaku antara abad ke-13 dan ke-17."[34] Teori terkemudian Kepler tentang imej retina (yang menyelesaikan masalah seragaman titik-titik pada objek dengan titik-titik di mata) terbina secara langsung di atas kerangka konsep al-Haitham.[34]

Al-Haitham menunjukkan melalui ujikaji yang cahaya bergerak dalam garisan lurus, dan beliau melakukan beberapa ujikaji dengan kanta, cermin pembiasan, dan juga pantulan.[26] Beliau merupakan orang yang pertama yang memikirkan tentang komponen menegak dan mendatar buat pancaran cahaya yang terbias dan terpantul, yang merupakan langkah penting terhadap pemahaman optik dari segi geometri.[35]

Kamera obskura diketahui orang Cina, dan Aristotle ada membincangkan prinsip dibelakang alat ini dalam karya Problemsnya, akan tetapi, kerja al-Haithamlah yang mengandungi pemerian jelas yang pertama tentang kamera obskura[36] dan analisis awal [37] alat ini.

Al-Haitham mengkaji proses penglihatan, struktur mata, pembetukan imej di dalam mata, dan sistem penglihatan. Ian P. Howard mengutarakan hujah dalam sebuah rencana dalam jurnal Perception tahun 1996 yang al-Haitham harus diperakui dengan banyak penjumpaan dan teori yang disandarkan kepada orang Eropah Barat yang menulis berabad-abad terkemudian daripadanya. Misalnya, Howard memerikan apa yang dikenali sebagai Hukum Hering dalam abad ke-19; al-Haitham menulis tentang horopter yang lebih 600 tahun lebih awal daripada penulisan Aguilonius, dan teori al-Haitham lebih dekat dengan definisi modern berbanding dengan definisi Aguilonius. Selain itu, kerja al-Haitham berkaitan dengan ketaksamaan binokular diulangi oleh Panum dalam tahun 1858.[38]

Nota sunting

  1. ^ a b c d (Lorch 2008)
  2. ^ Charles M. Falco (November 27–29, 2007), Ibn al-Haytham and the Origins of Computerized Image Analysis (PDF), International Conference on Computer Engineering & Systems (ICCES), dicapai pada 2010-01-30
  3. ^ Franz Rosenthal (1960–1961), "Al-Mubashshir ibn Fâtik. Prolegomena to an Abortive Edition", Oriens, Brill Publishers, 13: 132–158 [136–7], JSTOR 1580309
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan mathsong.com tidak disediakan
  5. ^ Lindberg, 1996.
  6. ^ http://www.amualumni.8m.com/Scientist3.htm Diarkibkan 2012-01-27 di Wayback Machine
    http://www.islamic-study.org/optics.htm Diarkibkan 2012-03-16 di Wayback Machine
  7. ^ (Child, Shuter & Taylor 1992, p. 70)
    (Dessel, Nehrich & Voran 1973, p. 164)
    (Samuelson Crookes, p. 497)
    Understanding History by John Child, Paul Shuter, David Taylor - Page 70.
  8. ^ Science and Human Destiny by Norman F. Dessel, Richard B. Nehrich, Glenn I. Voran - Page 164.
    The Journal of Science, and Annals of Astronomy, Biology, Geology by James Samuelson, William Crookes - Page 497.
  9. ^ (Smith 1992)
    (Grant 2008)
    (Vernet 2008)
    Paul Lagasse (2007), "Ibn al-Haytham", [[Columbia Encyclopedia]] (ed. Sixth), Columbia, ISBN 0-7876-5075-7, dicapai pada 2008-01-23 URL–wikilink conflict (bantuan)
  10. ^ [1]
    (Dessel, Nehrich & Voran 1973, p. 164)
    (Samuelson Crookes, p. 497)
  11. ^ Science and Human Destiny by Norman F. Dessel, Richard B. Nehrich, Glenn I. Voran - Page 164.
    The Journal of Science, and Annals of Astronomy, Biology, Geology by James Samuelson, William Crookes - Page 497.
  12. ^ Review of Ibn al-Haytham: First Scientist Diarkibkan 2011-07-23 di Wayback Machine, Kirkus Reviews, December 1, 2006:
    a devout, brilliant polymath
    (Hamarneh 1972):
    A great man and a universal genius, long neglected even by his own people.
    (Bettany 1995):
    Ibn ai-Haytham provides us with the historical personage of a versatile universal genius.
  13. ^ "The rainbow bridge: rainbows in art, myth, and science". Raymond L. Lee, Alistair B. Fraser (2001). Penn State Press. p.142. ISBN 0-271-01977-8
  14. ^ a b c (O'Connor & Robertson 1999)
  15. ^ a b c d (Corbin 1993, p. 149)
  16. ^ (Lindberg 1967, p. 331)
  17. ^ (Sabra 2003)
  18. ^ (Grant 2008)
  19. ^ "UNESCO Natural Sciences Portal". Unesco.org. Dicapai pada 2012-05-27.
  20. ^ "Ibn al-Haytham and psychophysics". Perception. 37 (4): 636–8. 2008. doi:10.1068/p5940. PMID 18546671.
  21. ^ a b (Whitaker 2004)
  22. ^ Sajjadi, Sadegh, "Alhazen", Great Islamic Encyclopedia, Volume 1, Article No. 1917;
  23. ^ (Rashed 2002b)
  24. ^ "the Great Islamic Encyclopedia". Cgie.org.ir. Dicapai pada 2012-05-27.
  25. ^ (Van Sertima 1992, p. 382)
  26. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Deek tidak disediakan
  27. ^ (Crombie 1971, p. 147, n. 2)
  28. ^ Alhazen (965–1040): Library of Congress Citations, Malaspina Great Books, diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27, dicapai pada 2008-01-23
  29. ^ a b (Lindberg 1976, p. 73)
  30. ^ (Lindberg 1976, p. 74)
  31. ^ (Lindberg 1976, p. 76)
  32. ^ (Lindberg 1976, p. 75)
  33. ^ (Lindberg 1976)
  34. ^ a b (Lindberg 1976, p. 86)
  35. ^ (Heeffer 2003)
  36. ^ (Kelley, Milone & Aveni 2005, p. 83):
    "Pemerian jelas yang pertama tentang alat ini terdapat dalam Kitab al-Manazir ibn al-Haitham."
  37. ^ (Wade & Finger 2001):
    "Prinsip-prinsip kamera obskura mula-mula dianalisis dengan betul dalam abad kesebelas, apabila ia dilakarkan oleh Ibn al-Haytham."
  38. ^ (Howard 1996)

Rujukan sunting

Bacaan lanjut sunting

Kepustakaan primer sunting

Kepustakaan sekunder sunting

  • Graham, Mark. How Islam Created the Modern World. Amana Publications, 2006.
  • Omar, Saleh Beshara (June 1975), Ibn al-Haytham and Greek optics: a comparative study in scientific methodology, PhD Dissertation, University of Chicago, Department of Near Eastern Languages and Civilizations
  • Saliba, George (2007), Islamic Science and the Making of the European Reneissance, MIT Press, ISBN 0-262-19557-7
  • Belting, Hans, Afterthoughts on Alhazen’s Visual Theory and Its Presence in the Pictorial Theory of Western Perspective, in: Variantology 4. On Deep Time Relations of Arts, Sciences and Technologies In the Arabic-Islamic World and Beyond, ed. by Siegfried Zielinski and Eckhard Fürlus in cooperation with Daniel Irrgang and Franziska Latell (Cologne: Verlag der Buchhandlung Walther König, 2010), pp. 19–42. [2]
  • Siegfried Zielinski & Franziska Latell, How One Sees, in: Variantology 4. On Deep Time Relations of Arts, Sciences and Technologies In the Arabic-Islamic World and Beyond, ed. by Siegfried Zielinski and Eckhard Fürlus in cooperation with Daniel Irrgang and Franziska Latell (Cologne: Verlag der Buchhandlung Walther König, 2010), pp. 19–42. [3]

Pautan luar sunting