Abu Zahar Ithnin

Ahli politik Malaysia
(Dilencongkan dari Abu Zahar bin Haji Isnin)

Allahyarham YAB Datuk Seri Abu Zahar bin Ithnin merupakan ahli politik dari negeri Melaka dan merupakan bekas Ketua Menteri Melaka yang kelapan dari 23 Mei 1997 sehingga 02 Disember 1999.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri

Abu Zahar bin Ithnin

DGSM, DMSM (Melaka); AMN
Setiausaha Parlimen
Kementerian Dalam Negeri
Dalam jawatan
Disember 1999 – Mac 2004
Digantikan olehDatuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Setiausaha Parlimen
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
Ketua Menteri Melaka ke-8
Dalam jawatan
23 Mei 1997 – 2 Disember 1999
Didahului olehMohd Zin Abdul Ghani
Digantikan olehMohd Ali Rustam
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P124 Jasin
Dalam jawatan
20 Disember 1999 – 4 Mac 2004
Didahului olehAbdul Ghafar bin Baba
Digantikan olehDatuk Mohammad Said bin Yusof
Majoriti(PRU-10)
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk N23 Merlimau
Dalam jawatan
1995–1999
Didahului olehKawasan baharu
Digantikan olehNazari Adzim
Majoriti(PRU-9)
Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri Melaka
Dalam jawatan
4 Ogos 1986 – 19 Oktober 1994
Didahului olehAbdul Razak Alias
Digantikan olehJaafar Lajis
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk N20 Sungai Rambai
Dalam jawatan
1986–1995
Didahului olehAhmad Ithnin
Digantikan olehAbdul Azis Abdul Ghani
Majoriti(PRU-8)
(PRU-7)
Butiran peribadi
Lahir(1937-09-14)14 September 1937
Kampung Merlimau Pasir, Merlimau, Melaka Melaka,  Malaysia
Meninggal dunia12 Julai 2013(2013-07-12) (umur 75)
Kampung Merlimau Pasir, Merlimau Melaka
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganDatin Seri Khalijah binti Haji Mohd Jiddi
Anak-anakZalina
Roslaini
Marina
Zuraini
Khaidirah
Mohd Aidi Iskandar
KediamanSeri Bendahara
Alma materSekolah Tinggi Melaka, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
PekerjaanGuru,Ahli politik

Beliau dilahirkan pada 14 September 1937 di Kampung Merlimau Pasir, Melaka. Bapanya ialah seorang pekebun kecil dan ibunya seorang suri rumahtangga. Beliau ialah anak ke-4 dari tujuh orang adik beradik.

Pendidikan sunting

Beliau menerima pendidikan di Sekolah Melayu Merlimau selama tiga tahun dan seterusnya ke Sekolah Tinggi Melaka dalam Special Malay Class pada tahun 1948. Beliau berada di Sekolah Tinggi Melaka sehingga tahun 1956, di mana beliau menduduki peperiksaan Senior Cambridge. Setelah berjaya dalam peperiksaan itu, beliau memasuki Maktab Perguruan Kota, Kelantan pada tahun 1957, dan meneruskan pengajian perguruan beliau di Maktab Perguruan Bahasa di Bukit Senyum, Johor Bahru dan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada tahun 1958. Beliau ialah Kumpulan Pengasas Maktab Perguruan Bahasa itu.

Pada tahun 1960, beliau menduduki peperiksaan Higher School Certificate dan pada tahun 1967 diberi tugas sebagai Guru Penolong Kanan di Sekolah Tun Perak, Jasin, Melaka. Pada tahun 1979 beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengelola Kanan di Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran di Kuala Lumpur. Pada tahun 1984, beliau menghadiri satu kursus Pengembang Bahasa Kedua di Brighton Polytechnic Language Centre-University of Brighton, United Kingdom. Pada tahun 1985, beliau telah dipindahkan ke Jabatan Pelajaran Melaka sebagai Ketua Penolong Pengarah Unit Pendaftaran Sekolah-Sekolah Negeri Melaka.

Politik sunting

Sebagai ahli politik, beliau pernah menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Rim, Jasin pada tahun 1965 dan Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin pada tahun 1976 sehingga 1978. Beliau telah menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin pada tahun 1978 dan menjadi Pengerusi Biro Pelajaran UMNO Bahagian Jasin dari tahun 1978 hingga 1986. Pada tahun 1988 beliau telah dilantik sebagai Ketua Penaja UMNO Bahagian Jasin hingga tahun 1990. Pada tahun 1990 beliau dipilih menjadi Ketua UMNO Bahagian Jasin. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Biro Pendidikan Perhubungan UMNO Negeri Melaka dan juga Pengerusi Kempen Penambahan Ahli Negeri Melaka. YAB Datuk Abu Zahar pernah dilantik sebagai Bendahari Perhubungan UMNO Negeri Melaka.

Kerjaya beliau sebagai Wakil Rakyat bermula apabila beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Rambai dalam Pilihanraya Umum pada tahun 1986 dan seterusnya dilantik menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka. Beliau mempertahankan kerusi tersebut dalam Pilihanraya Umum berikutnya pada tahun 1990. Pada tahun 1994, YAB Datuk Abu Zahar telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan memegang jawatan Pengerusi Portfolio Pertanian dan Pembangunan Desa.

Pada Pilihanraya Umum tahun 1995, beliau telah berpindah kawasan dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Merlimau (kerusi baru). Serentak itu, beliau telah diberi kepercayaan untuk menerajui Portfolio Kerja Raya dan Pembangunan Awam. Berikutan kematian Ketua Menteri ketika itu, Datuk Seri Wira Haji Mohd Zain Haji Abdul Ghani akibat angin ahmar pada 14 Mei 1997, YAB Datuk Seri Abu Zahar telah dilantik untuk menjadi Ketua Menteri Melaka yang kelapan dari 23 Mei 1997 hingga 2 Disember 1999. Di peringkat persekutuan beliau pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Dalam Negeri bermula Disember 1999 hingga Mac 2004.

Pada Pilihanraya Umum tahun 1999, beliau telah bertanding untuk Parlimen Jasin bila mana penyandangnya Ghafar Baba bertukar ke Parlimen Batu Berendam. Beliau memenangi kerusi tersebut dan ianya juga merupakan pilihanraya yang terakhir disertai beliau.

Anugerah sunting

YAB Datuk Seri Abu Zahar telah dikurniakan pingat Ahli Mangku Negara pada tahun 1983 dan pada tahun 1987 beliau dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk.

Dalam bidang sosial, Datuk Abu Zahar pernah menjadi Pengerusi (Negeri) Persatuaan Ahli-ahli Parlimen Komanwel dari tahun 1987 hingga 1994. Beliau pernah menjadi Pengerusi Majlis Pertubuhan Pengakap Negeri Melaka dan Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Melaka.

Hasil daripada perkahwinan beliau dengan Datin Seri Khalijah binti Hj. Mohd. Jiddi, beliau telah dikurniakan dengan enam orang anak, lima perempuan ialah Dira Abu Zahar dan seorang lelaki.

Meninggal dunia sunting

YAB Datuk Seri Abu Zahar meninggal dunia pada 12 Julai 2013 kira-kira pukul 5.50 petang akibat penyakit kencing manis dan komplikasi buah pinggang.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Merlimau Pasir di samping isterinya, Datin Seri Khalijah Jiddi, 66, serta enam orang anak dan 20 cucu.[1] [2] [3]

Jenazahnya dikebumikan di makam pahlawan di Masjid Al-Azim, Bukit Palah Melaka.

Rujukan sunting

  1. ^ Utusan Malaysia 12 Julai 2013 Diarkibkan 2018-10-01 di Wayback Machine Abu Zahar Ithnin meninggal dunia
  2. ^ Sinar Harian Datuk Seri Abu Zahar meninggal dunia
  3. ^ Murai Diarkibkan 2015-06-10 di Wayback MachineBapa Dira Abu Zahar Meninggal Dunia


Penyandang Terdahulu Ketua Menteri Melaka
23 Mei 1997 – 2 Disember 1999
Penyandang Kemudian
Mohd Zin Abdul Ghani
Mohd Ali bin Mohd Rustam