Seperti Ichthyostega, Acanthostega' juga merupakan haiwan peralihan antara ikan dan tetrapod. Acanthostega memiliki kebanyakan ciri ikan seperti sisik, ekor, sirip dan insang. Malah ia dikatakan mempunyai beberapa persamaan dengan amfibia moden iaitu paru-paru dan kaki selaput. Bagaimanapun, tiada tulang tarsus untuk menyokong badan atau bergerak dengan fleksibel. Ahli paleontologi percaya kaki Acanthostega lebih sesuai berenang di dalam air atau mencengkam makanan daripada berjalan di atas darat.

Acanthostega
Tengkorak kepala Acanthostega

Nama saintifik  : Acanthostega

Saiz  : Kira-kira 1.5 m

Makanan  : Serangga, ikan

Habitat  : Air cetek, paya

Penemuan  : Eropah

Zaman kehidupan  : Akhir Zaman Devonian

Perbezaan antara Acanthostega dan Ichthyostega sunting

Perbezaan Acanthostega Ichthyostega
Tulang rusuk Pendek, tidak mampu menyokong rongga dada luar kawasan air Tulang rusuk berlapis dan kuat mampu menyokong badan
Empat kaki 8 jari berselaput di setiap kaki. Tiada tulang tarsus menyebabkannya sukar menyokong badan di darat 7 jari kaki belakang ( bilangan jari kaki hadapan tidak diketahui ) untuk berenang dan bergerak dengan baik di darat
Sistem pernafasan Insang dan paru-paru Paru-paru sahaja