Adaptasi perubahan iklim

Adaptasi perubahan iklim, juga dikenali sebagai penyesuaian perubahan iklim, merupakan proses penyesuaian terhadap kesan perubahan iklim yang sedang atau akan dialami oleh manusia.[1] Adaptasi, bersama dengan mitigasi, merupakan cara-cara menghadapi perubahan iklim.[2] Bagi manusia, adaptasi bertujuan untuk mengurangkan atau mengelakkan kemudaratan serta mengeksploitasikan peluang; bagi sistem semula jadi, manusia boleh mencampur tangan untuk membantu mereka mengadaptasi.[1]

mengadaptasi perubahan iklim melibatkan pendekatan struktural, fizikal, sosial dan institusi. Mengikut arah jam dari kiri atas: penghutanan semula dan usaha pemuliharaan habitat yang lain; tembok laut untuk melindungi penduduk daripada luruan ribut yang diburukkan oleh kenaikan aras laut; bumbung hijau untuk mengurangkan kesan pulau haba bandar; pembiakbakaan terpilih bagi menghasilkan tanaman tahan kemarau.


Tindakan adaptasi boleh dibahagikan kepada dua jenis: adaptasi bertambah (bahasa Inggeris: incremental adaptation) dan adaptasi transformatif. Adaptasi bertambah bertujuan untuk mengekalkan dan memelihara ciri dan integriti satu sistem (seperti menggunakan variasi spesies tanaman yang baharu) manakala adaptasi transformatif pula bertujuan untuk mengubah sifat asas satu sistem (seperti menghijrah penduduk ke tempat yang lebih baik).[3] Adaptasi perubahan iklim juga boleh dibahagikan kepada tiga kategori: Adaptasi struktural dan fizikal, adaptasi sosial dan adaptasi institusi.[4]:845

Adaptasi adalah sangat penting terutamanya bagi negara membangun sedangkan negara-negara tersebut adalah paling terdedah terhadap impak perubahan iklim[5] dan mereka sudah menanggung kesan-kesan perubahan iklim yang teruk.[6][7] Keperluan adaptasi berbeza dari tempat ke tempat berdasarkan kepekaan dan kerentanannya terhadap impak alam sekitar.[8][9] Kapasiti adaptaif manusia kini dibahagikan secara tidak adil di kawasan dan populasi yang berbeza, dan negara membangun lazimnya mempunyai kapasiti yang lebih kurang untuk mengadaptasi.[10] Kapasiti adaptif juga berkaitan dengan pembangunan ekonomi dan sosial.[11] Namun, kawasan yang paling maju juga boleh mempunyai kapasiti adaptif yang rendah ketika berhadapan dengan bencana yang baharu dan tidak pernah dialami. Adaptasi perubahan iklim dijangka akan berharga berbilion-bilion dolar secara tahunan bagi beberapa dekad yang akan datang.

Kategori adaptasi perubahan iklim sunting

Adaptasi perubahan iklim boleh dibahagikan kepada tiga kategori:[4]:845

  1. Adaptasi struktural dan fizikal (termasuk adaptasi kejuruteraan dan alam bina, teknologi, berasaskan ekosistem dan perkhidmatan);
  2. Adaptasi sosial (termasuk adaptasi pendidikan, maklumat dan tingkah laku);
  3. Adaptasi institusi (termasuk adaptasi organisasi ekonomi, undang-undang dan peraturan serta dasar dan program kerajaan).

Pilihan adaptasi struktural dan fizikal sunting

 
Pembaikpulihan tanah lembap di Australia
 
Menyemak kontur di ladang strawberi Wilayah Monterey, Amerika Syarikat
 
Teres, pemugaran pemuliharaan dan penampan pemuliharaan dapat menjimat tanah dan meningkatkan kualiti air di ladang ini di Wilayah Woodbury di barat laut Iowa, Amerika Syarikat

Perlindungan daripada banjir dan kenaikan aras laut sunting

 
Perlindungan banjir bagi bandar Ybbs sepanjang Sungai Donau

Terdapat beberapa pilihan untuk mengadaptasi daripada ancaman banjir:[12]

  • Memasang teknologi dan bahan perlindungan serta/atau kebingkasan di kawasan yang mudah banjir[13]
  • Mengumpul air hujan untuk menghadapi peningkatan kerpasan dengan menggunakan turapan serap air, menanam tumbuhan sebagai penampan air, menggunakan tangki simpanan bawah tanah dan mensubsidi tong air hujan untuk kegunaan rumah tangga[14]
  • Mengurangkan kawasan berturap untuk menangani peningkatan suhu dan hujan.[15]
  • Mewajibkan harta tanah di kawasan dermaga untuk membina asas bangunan yang lebih tinggi[16]
  • Memasang pam loji pembersihan air di kawasan yang lebih tinggi[16]
  • Mengkaji kerentanan tempatan, meningkatkan kesedaran awam, dan mencipta alat perancangan baharu khas untuk perubahan iklim seperti peta banjir masa depan[16][17][18]
  • Memasang peralatan untuk mengelakkan air laut daripada mengalir balik ke parit ribut[16]
  • Memasang pertahanan banjir yang lebih baik, seperti tembok laut dan meningkatkan kapasiti mempam air[19]
  • Membeli habis rumah-rumah di kawasan mudah banjir[20]
  • Membina jalan raya yang lebih tinggi untuk mengelakkan banjir[19]
  • Melindungi kawasan paya bakau[21]
  • Meningkatan kapasiti sistem air hujan dan mengasingkan air hujan daripada air sisa najis agar limpahan ketika masa puncak tidak mencemarkan sungai, seperti yang dilaksanakan di Terowong SMART

Bagi mengadaptasi kenaikan aras laut, pendekatan "mengundur, memuat dan melindung" (bahasa Inggeris: retreat, accommodate and protect) boleh dilaksanakan:[22][23]

  • Mengundur: memindah penduduk dan infrastruktur ke tempat yang kurang terdedah kepada banjir serta mengelakkan pembangunan lanjut di kawasan mudah banjir. Jenis adaptasi ini berpontensi untuk menimbulkan gangguan kerana pemindahan penduduk mungkin akan menyebabkan ketegangan.
  • Memuat: menjadikan masyarakat lebih fleksible terhadap kenaikan aras laut. Misalnya, menanam tanaman yang bertoleransi terhadap kandungan garam yang tinggi dalam tanah dan merangka kanun bangunan baharu yang mewajibkan bangunan dibina dengan lebih tinggi agar kurang terjejas oleh banjir.
  • Melindung: melindungi kawasan mudah banjir dengan membina empangan, daik serta memelihara dan memulihara benteng semula jadi seperti hutan payu bakau.

Bagi mengelakkan banjir letusan tasik glasier (bahasa Inggeris: Glacial lake outburst flood, GLOF), morain di tasik glasier yang berpontensi untuk meletus boleh digantikan dengan empangan konkrit yang juga boleh digunakan untuk menjana kuasa hidroelektrik.[24]

Pertanian sunting

  • Memanfaatkan sistem pengangkutan global untuk menghantar makanan berlebihan ke kawasan yang diperlukan[25] (kaedah ini tidak membantu menyara hidup petani kecuali sekiranya mereka diberikan bantuan kewangan).
  • Menghasilkan variasi tanaman yang lebih tahan kemarau.[26]
  • Penyimpanan air hujan untuk kegunaan pertanian. Misalnya, menurut Institut Pengurusan Air Antarabangsa, penggunaan lembangan penanaman kecil untuk mengumpul air hujan di Zimbabwe telah meningkatkan hasil tanaman jagung, tidak kira ketika musim tengkujuh atau musim kering. Di Nigeria pula, kaedah ini telah menyebabkan peningkatan hasil tanaman milet sebanyak tiga hingga empat kali ganda.[27]
  • Berbalik kepada memakan buah-buahan, akar dan daun liar. Pendorongan pertumbuhan hutan boleh membekalkan makanan-makanan simpanan ini, serta memuliharakan legeh, mengasingkan karbon, dan meningkatkan nilai estetika.
  • Sistem makanan boleh disesuaikan untuk meningkatkan keselamatan makanan dan mengelakkan impak negatif perubahan iklim.[28]

Peningkatan permintaan air telah menyebabkan wujudnya keperluan untuk meningkatkan pembelanjaan dalam pengairan dan mencari strategi lain untuk menggunakan air dengan lebih efektif. Institut Pengurusan Air Antarabangsa telah mencadangkan lima strategi agar Asia boleh terus membekalkan makanan kepada populasinya yang kian meningkat:[29]

  • Memodenkan skim pengairan yang sedia ada agar bersesuaian dengan kaedah pertanian yang moden
  • Menyokong usaha petani untuk mencari bekalan air tanah dan menggunakannya secara mampan
  • Melihat lebih jauh daripada skim "Pengurusan Irigasi Penyertaan" yang konvensional dengan melibatkan sektor swasta
  • Meluaskan kapasiti dan ilmu
  • Melabur di luar sektor pengairan

Perlindungan daripada gelombang haba dan suhu ekstrem sunting

 
Bumbung hijau
 
Sistem penyejukan yang menggunakan menara angin tradisional (Barzeel) dan qanat
  • Memberikan insentif kepada penduduk yang mengecat bumbung dan rumahnya dengan warna terang untuk mengurangkan kesan pulau haba serta menggunakan penyejukan radiatif[16]
    • Menggunakan formulasi cat tertentu yang dapat memantulkan sebanyak 98.1% cahaya matahari[30][31]
  • Menanam variasi pokok yang tahan kepanasan[14][32]
  • Memasang bumbung hijau untuk menangani masalah kerpasan dan suhu tinggi[14]
  • Menggunakan dan membangunkan penghawa dingin dan sistem penyejuk
    • Pemasangan penghawa dingin di sekolah awam[14] boleh mewujudkan persekitaran yang lebih dingin dan selesa namun tindakan ini akan menyebabkan prnggunaan tenaga dan pembebasan gas rumah hijau yang lebih banyak, kecuali srkiranya sekolah tersebut menggunakan tenaga boleh diperbaharui.
  • Sistem penyejukan pasif yang menggunakan tenaga suria boleh dipasang untuk kegunaan rumah tangga atau penyejukan
    • Dalam kes-kes tertentu, sistem yang berharga rendah, tidak menggunakan komponen elektrik, some cases designs that are relatively low-cost, do not use electrical components serta boleh menjana dan menyimpan tenaga suria bolah digunakan.[33][34]

Berasaskan ekosistem sunting

 
Kegiatan penghutanan semula di Praslin, Seychelles
  • Meningkatkan kesalinghubungan antara ekosistem
  • Membenarkan spesies untuk berhijrah ke tempat yang mempunyai keadaan iklim yang lebih sesuai
  • Penempatan semula spesies
  • Perlindungan dan pemulihan kawasan semula jadi dan separuh semula jadi juga dapat bantu ekosistem membina ketahanan agar mereka dapat mengadaptasi perubahan iklim dengan lebih muda[35]
  • Pemulihan rejim api (pola, intensiti dan kekerapan kebakaran liar berlaku di satu kawasan sepanjang tempoh masa yang lama) semula jadi untuk mengelakkan kebakaran liar yang serius
  • Meluaskan sungai untuk menyimpan lebih banyak air dalam sistem semula jadi bagi mengelakkan berlakunya banjir
  • Menetapkan kawasan hujau dan menanam pokok untuk mewujudkan peneduh bagi ternakan.
  • Penghutanan semula untuk mengelakkan penggurunan yang didorong oleh perubahan iklim antropogenik dan penggunaan tanah yang tidak lestari

Pilihan adaptasi sosial sunting

Meningkatkan kapasiti adaptif sunting

Kapasiti adaptif merupakan keupayaan satu sistem (manusia atau semula jadi) untuk menyesuaikan sistem tersebut dengan perubahan iklim untuk meredakan kemusnahan yang berpotensi, mengambil kesempatan atau menghadapi akibat.[36] Kapasiti adaptif juga boleh merangkumi kapasiti untuk menghasilkan, menggunakan secara meluas dan membangunkan teknologi penyejukan untuk melindungi masyarakat daripada suhu ekstrem.

Kegiatan-kegiatan yang menggalakkan pembangunan mampan juga boleh meningkatkan kapasiti adaptif manusia. Kegiatan ini termasuklah meningkatkan akses kepada sumber, mengurangkan kemiskinan, mengurangkan ketaksaksamaan sumber dan kekayaan dalam kalangan masyarakat, menambah baik pendidikan dan maklumat, menaik taraf infrastruktur, meningkatkan kapasiti dan keberkesanan institusi serta menggalakkan amalan, ilmu dan pengalaman peribumi tempatan.[37] Terdapat juga individu yang mencadangkan bahawa ketaksamaan jantina juga perlu ditangani pada masa yang sama;[38] misalnya melibatkan wanita dalam proses membuat keputusan dan meningkatkan taraf pendidikan wanita.[39]

Penyelidik Institut Pembangunan Sebarang Laut mendapati bahawa campur tangan pembangunan untuk meningkatan kapasiti adaptif tidak semestinya meningkatkan agensi penduduk tempatan.[40] Mereka berpendapat bahawa pendekatan adaptasi haruslah lebih memfokuskan kepada meningkatkan agensi peduduk kerana agensi merupakan faktor utama bagi aspek kapasiti adaptif yang lain. Pemilikan aset dan keupayaan untuk mengubah sumber ini melalui institusi dan pasaran adalah sangat penting untuk meningkatkan agensi penduduk.[41]

Penghijrahan sunting

 
Kerajaan Kiribati sedang menangani ancaman perubahan iklim di Kiribati melalui Program Adaptasi Kiribati. Negara kepulauan di Pasifik adalah lebih terdedah terhadap kenaikan aras laut.

Penghijrahan boleh dinampak sebagai satu pendekatan adaptasi: penduduk boleh menjana lebih banyak pendapatan, mempelbagaikan reseki, dan mengurangkan risiko iklim.[42] Penghijrahan penduduk merupakan satu isu hak asasi manusia dan keselamatan negara.[43] Kedua-dua isu ini boleh diatasi dengan penggubalan undang-undang dan dasar kerajaan yang mengambil kira kebimbangan keselamatan negara dan memelihara hak asasi manusia.[44]

Penghijrah juga memerlukan akses kepada modal sosial dan kewangan, seperti jaringan sokongan di destinasinya dan wang atau sumber fizikal untuk berhijrah. Di Africa, jaringan sosial penghijrah boleh bantu membina modal sosial untuk meningkatkan ketahanan sosial dalam komuniti tersebut dan mencetus inovasi merentas wilayah dengan pemindahan ilmu, teknologi, kiriman wang dan sumber lain.[45] Mozambique dan Zimbabwe merupakan antara negara yang telah melaksanakan dasar penempatan semula yang telah mengurangkan pendedahan populasinya terhadap bencana alam.[46]

Penghijrahan ekosistem sunting

Penghijrahan terbantu merupakan tindakan memindah tumbuhan atau haiwan ke habitat yang berbeza. Spesies tersebut mungkin atau mungkin tidak pernah menetap di habitat destinasi. Satu-satunya syarat bagi pemilihan habitat destinasi ialah kawasan tersebut perlu mempunyai keadaan bioiklim yang diperlukan untuk menyokong spesies tersebut. Tujuan penghijrahan terbantu ialah memindahkan spesies daripada persekitaran yang mengacam dan memberikan peluang kepada mereka untuk hidup dan membiak dalam satu persekitaran yang tidak memberikan ancaman kepada mereka.[47]

Insurans sunting

  • Akses untuk insurans semula boleh meningkatkan ketahanan bandar.[48]
  • Sekira wujudnya kegagalan dalam pasaran insurans swasta, sektor awam boleh mensubsidi premium.[49]
  • Pemindahan risiko kepada orang awam tidak mengurangkan risiko keseluruhan
  • Kerajaan boleh membahagikan kos kehilangan merentas masa dan bukannya ruang
  • Kerajaan boleh memaksa pemilik rumah di kawasan berisiko rendah untuk mensubsidi silang premium insurans di kawasan berisiko tinggi
  • Subsidi silang telah menjadi lebih sukar bagi syarikat insurans swasta yang beroperasi dalam pasaran yang kompetitif
  • Kerajaan boleh mengutip cukai daripada rakyat untuk membayar bencana masa depan.

Pilihan adaptasi institusi sunting

 
Pelancaran Projek Adaptasi Bandaraya Pesisir Pantai di Quelimane, Mozambique
 
Projek Adaptasi Bandaraya Pesisir Pantai, di Quelimane, Mozambique. Projek ini akan meningkatkan persediaan Quelimane terhadap bencana seperti banjir, hakisan, kenaikan aras laut dan sebagainya.

Prinsip-prinsip sebuah dasar yabg efektif sunting

Scheraga dab Grambsch[50] mengenal pasti sembilan prinsip untuk dipertimbangkan ketika menggubal dasar adaptasi, seperti perbezaan kesan perubahan iklim di kawasan yang berbeza, demografik, dan keberkesanan. James Titus, pengurus projek bagi kenaikan aras laut di Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat, mengenal pasti kriteria-kriteria yang berikut yang harus digunakan oleh penggubal dasar ketika menilai tindak balas terhadap pemanasan global: keberkesanan ekonomi, kelenturan, kesegeraan, kos rendah, kesaksamaan, kebolehlaksanaan institusi, sumber unik atau penting, kesihatan dan keselamatan, ketekalan, dan sektor awam lawan swasta.[51]

Skala masa yang berbeza sunting

Adaptasi boleh berlaku semasa menjangka akan berlakunya satu perubahan (adaptasi diduga, bahasa Inggeris: anticipatory adaptation), atau sebagai tindak balas terhadap perubahan tersebut (adaptasi reaktif).[52] Misalnya, penghasilan salji buatan manusia]] di Banjaran Alp di Eropah merupakan tindak baals terhadap tren iklim terkini, manakala pembinaan Confederation Bridge di Canada di ketinggian yang lebih tinggi adalah selepas mengambil kira kesan kenaikan aras laut terhadap kelegaan kapal pada masa depan.[39]

Maladaptasi sunting

Kebanyakan adaptasi adalah berdasarkan perubahan iklim jangka pendek, namun hal ini mungkin akan menyebablan maladaptasi atau salah adaptasi terhadal trend iklim jangka panjang. Misalnya, peluasan sistem perairan di Mesir ke gurun Sinai Barat disebabkan oleh aliran sungai yang lebih tinggi dari biasa merupakan satu maladaptasi sedangkan ramalan jangka panjang menunjukkan bahawa kawasan tersebut akan menjadi lebih kering.[53] Adaptasi di satu skala juga boleh mengwujudkan kesan luaran terhadap skala yang lain dengan mengurangkan kapasiti adaptif pihak lain. Hal ini lazim berlaku apabila penilaian kos dan manfaat tindakan adaptasi berlaku dalam skala yang lebih kexil sehinggalah hanya memfokuskan manfaat kepada pihak-pihak tertentu.[52]

Strategi mengatasi tradisional sunting

Manusia sering menyesuaikan diri dengan perubahan sekeliling mereka dan sudaj wujudnya strategi-strategi menghadapi perubahan sedemikian dalam komuniti tertentu, misalnga mengubah masa menyemai atau menggunakan teknik penjimatan air.[53] Ilmu dan strategi menghadapi tradisional mestilah dikekalkan dan diperkasakan, kalau tidak kapasiti adaptif akan dilemahkan kerana ilmu tempatan terhadap alam sekitar telah lenyap. Memperkasakan teknik-teknik tempatan ini juga memudahkan strategi adaptasi diterima oleh masyarakat kerana pendekatan ini mengwujudkan lebih banyak pemilikan dan penglibatan komuniti dalam proses tersebut.[39] Dalam kebanyakan kes, ilmu tradisional adalah tidak mencukupi untuk menghadapi keadaan baharu dan penggunaan teknik baharu masih diperlukan.[54] Adaptasi bertambah yang dilaksanakan juga telah menjadj tidak mencukupi apabila risiko dan kerentanan perubahan iklim meningkat. Dalam kes ini, adaptasi transformasi yang lazimnya lebih berskala besar dan berharga tinggi diperlukan.[55] Usaha pembangunan kini sudah semakin memfokuskan adaptasi perubahan iklim yang berasaskan masyarakat serta mencari jalan untuk mempertingkatkan ilmu, penglibatan dan pemilikan penduduk tempatan dalam strategi adaptasi.[56]

Pembiayaan iklim sunting

Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), di bawah Artikel 11, telah memasukkan mekanisme pembiayaan kepada parti negara membangun untuk menyokong usaha adaptasi mereka.[57] Setkat 2009, wujudnya tiga tabung dana di bawah mekanisme pembiayaan UNFCCC. Special Climate Change Fund (SCCF)[58] dan Least Developed Countries Fund (LDCF) dikendalikan oleh Global Environmental Facility[59] manakala The Adaptation Fund ditubuhkan ekoran rundingan COP15 dan COP16 serta dikendalikan oleh sekretariat yang tersendiri. Asalnha, apabila Protokol Kyoto dikuatkuasakan, The Adaptation Fund adalah dibiayai oleh 2% levy atas Clean Development Mechanism (CDM).

Pada Sidang Kemuncak Copenhagen 2009, para anggota negara telah komited dalam sasaran untuk memberikan $100 bilion setiap tahun kepada negara membangun untjm memitigasi dan mengadaptasi perubahan iklim selewat-lewatnya pada 2020.[60] Green Climate Fund telah diwujudkan pada 2010 sebagai salah satu langkah untuk mencapai sasaran ini. Pada Persidangan Paris 2015, para anggota negara telah bersetuju bahawa pemberian $100 bilion secara tahunan itu perlulah dibahagikan secara seimbangnya antara mitigasi dan adaptasi. Setakat Disember 2020, sasaran tersebut masih belum dicapai, dan kebanyakan pembiayaan negara membangun masih menyasarkan mitigasi, dengan pembiayaan terhadap adaptasi hanya meliputi 21% daripada pembiayaan awam yang diberikan pada 2020.[61][62][63]

Lihat juga sunting


Rujukan sunting

  1. ^ a b IPCC (2014). "Glossary" (PDF). Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim.
  2. ^ "Responding to Climate Change". NASA. 21 Disember 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2021.
  3. ^ IPCC. "Adaptation needs and options" (PDF). Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim.
  4. ^ a b Noble, I.R., S. Huq, Y.A. Anokhin, J. Carmin, D. Goudou, F.P. Lansigan, B. Osman-Elasha, dan A. Villamizar, 2014: Adaptation needs and options. In: Climate Change 2014: Impacts, Adaptation, and Vulnerability. Part A: Global and Sectoral Aspects. Contribution of Working Group II to the Fifth Assessment Report of the Intergovernmental Panel on Climate Change [Field, C.B., V.R. Barros, D.J. Dokken, K.J. Mach, M.D. Mastrandrea, T.E. Bilir, M. Chatterjee, K.L. Ebi, Y.O. Estrada, R.C. Genova, B. Girma, E.S. Kissel, A.N. Levy, S. MacCracken, P.R. Mastrandrea, and L.L.White (eds.)]. Cambridge University Press, Cambridge, United Kingdom dan New York, NY, AS, pp. 833-868.
  5. ^ Nations, United. "The Health Effects Of Global Warming: Developing Countries Are The Most Vulnerable". United Nations (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-24.
  6. ^ "Unprecedented Impacts of Climate Change Disproportionately Burdening Developing Countries, Delegate Stresses, as Second Committee Concludes General Debate | Meetings Coverage and Press Releases". www.un.org. Dicapai pada 2019-12-12.
  7. ^ Sarkodie, Samuel Asumadu; Ahmed, Maruf Yakubu; Owusu, Phebe Asantewaa (2022-04-05). "Global adaptation readiness and income mitigate sectoral climate change vulnerabilities". Humanities and Social Sciences Communications (dalam bahasa Inggeris). 9 (1): 1–17. doi:10.1057/s41599-022-01130-7. ISSN 2662-9992.
  8. ^ Green, Donna; Alexander, Lisa; Mclnnes, Kathy; Church, John; Nicholls, Neville; White, Neil (11 Disember 2009). "An assessment of climate change impacts and adaptation for the Torres Strait Islands, Australia". Climatic Change. 102 (3–4): 405–433. doi:10.1007/s10584-009-9756-2. ISSN 0165-0009. S2CID 39706162.
  9. ^ Sarkodie, Samuel Asumadu; Strezov, Vladimir (2019-03-15). "Economic, social and governance adaptation readiness for mitigation of climate change vulnerability: Evidence from 192 countries". Science of the Total Environment (dalam bahasa Inggeris). 656: 150–164. Bibcode:2019ScTEn.656..150S. doi:10.1016/j.scitotenv.2018.11.349. ISSN 0048-9697. PMID 30504017. S2CID 56149895.
  10. ^ Schneider, Stephen H.; Semenov, Serguei; Patwardhan, Anand; Burton, Ian; Magadza, Chris H.D.; Oppenheimer, Michael; Pittock, A. Barrie; Rahman, Atiq; Smith, Joel B; Suarez, Avelino; Yamin, Farhana (2007). Executive summary. In (book chapter): Chapter 19: Assessing Key Vulnerabilities and the Risk from Climate Change. In: Climate Change 2007: Impacts, Adaptation and Vulnerability. Contribution of Working Group II to the Fourth Assessment Report of the Intergovernmental Panel on Climate Change (M.L. Parry, O.F. Canziani, J.P. Palutikof, P.J. van der Linden and C.E. Hanson, Eds.). Versi cetak: Cambridge University Press, Cambridge, UK. Versi ini: laman web IPCC. ISBN 978-0-521-88010-7. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2010. Dicapai pada 6 April 2010.
  11. ^ IPCC (2007). 4. Adaptation and mitigation options. In (book section): Summary for Policymakers. In: Climate Change 2007: Synthesis Report. Contribution of Working Groups I, II and III to the Fourth Assessment Report of the Intergovernmental Panel on Climate Change (Core Writing Team, Pachauri, R.K and Reisinger, A. (eds.)) (PDF). Versi cetak: IPCC, Geneva, Switzerland. Versi ini: laman web IPCC. ISBN 978-92-9169-122-7. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mei 2010. Dicapai pada 26 April 2010.
  12. ^ "All Climate Is Local: How Meiors Fight Global Warming". Scientific American. 1 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2015. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  13. ^ White, I.; Connelly, A.; Garvin, S.; Lawson, N.; O'Hare, P. (2018). "Flood resilience technology in Europe: identifying barriers and co-producing best practice" (PDF). Journal of Flood Risk Management. 11: S468–S478. doi:10.1111/jfr3.12239. ISSN 1753-318X. S2CID 55098365.
  14. ^ a b c d City Prepares for a Warm Long-Term Forecast Diarkibkan 8 September 2015 di Wayback Machine New York Times. 22 Mei 2011
  15. ^ Revkin, Andrew C. (23 Mei 2011). "Cities Embrace the Adaptation Imperative". The New York Times.
  16. ^ a b c d e Koch, Wendy (15 Ogos 2011). "Cities combat climate change". USA Today.
  17. ^ Lausche, Barbara; Maier, Luke (2013). "Sea Level Rise Adaptation: Emerging Lessons for Local Policy Development". Technical Report No. 1723. Mote Marine Laboratory. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mei 2014. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  18. ^ Huang, I. B.; Keisler, J.; Linkov, I. (2011). "Multi-criteria decision analysis in environmental sciences: Ten years of applications and trends". Science of the Total Environment. 409 (19): 3578–94. Bibcode:2011ScTEn.409.3578H. doi:10.1016/j.scitotenv.2011.06.022. PMID 21764422.
  19. ^ a b Allen, Greg (10 Mei 2016). "As Waters Rise, Miami Beach Builds Higher Streets And Political Willpower". NPR. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Disember 2016. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  20. ^ Russ, Hilary (4 Julai 2013). Barghini, Tiziana; Allen, Vicki (penyunting). "New Jersey homeowners to get buyout offers after Superstorm Sandy". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2016. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  21. ^ Menéndez, Pelayo; Losada, Iñigo J.; Torres-Ortega, Saul; Narayan, Siddharth; Beck, Michael W. (10 Mac 2020). "The Global Flood Protection Benefits of Mangroves". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). 10 (1): 4404. Bibcode:2020NatSR..10.4404M. doi:10.1038/s41598-020-61136-6. ISSN 2045-2322. PMC 7064529. PMID 32157114.
  22. ^ Thomsen, Dana C.; Smith, Timothy F.; Keys, Noni (2012). "Adaptation or Manipulation? Unpacking Climate Change Response Strategies". Ecology and Society. 17 (3). doi:10.5751/es-04953-170320. JSTOR 26269087.
  23. ^ Fletcher, Cameron; Taylor, Bruce; Rambaldi, Alicia; Harman, B; Heyenga, Sonja; Ganegodage, Renuka; Lipkin, Felix; Mcallister, Ryan (6 Mei 2013). "Costs and coasts: an empirical assessment of physical and institutional climate adaptation pathways". National Climate Change Adaptation Research Facility – melalui Analysis & Policy Observatory (APO).
  24. ^ Kate Ravilious. "Many hydroelectric plants in Himalayas are at risk from glacial lakes - environmentalresearchweb". environmentalresearchweb.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mac 2018. Dicapai pada 6 Mac 2018.
  25. ^ Jennings, Paul A. (Februari 2008). "Dealing with Climate Change at the Local Level" (PDF). Chemical Engineering Progress. American Institute of Chemical Engineers. 104 (2): 40–44. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Disember 2008. Dicapai pada 29 Februari 2008.
  26. ^ Berthouly-Salazar, Cécile; Vigouroux, Yves; Billot, Claire; Scarcelli, Nora; Jankowski, Frédérique; Kane, Ndjido Ardo; Barnaud, Adeline; Burgarella, Concetta (2019). "Adaptive Introgression: An Untapped Evolutionary Mechanism for Crop Adaptation". Frontiers in Plant Science (dalam bahasa Inggeris). 10: 4. doi:10.3389/fpls.2019.00004. ISSN 1664-462X. PMC 6367218. PMID 30774638.
  27. ^ Diverse water sources key to food security: report Diarkibkan 1 September 2013 di Wayback Machine, Reuters, 5 September 2010
  28. ^ "Adapting to climate change to sustain food security". International Livestock Research Institute (dalam bahasa Inggeris). 16 November 2020.
  29. ^ Mukherji, A. Revitalising Asia's Irrigation: To sustainably meet tomorrow's food needs 2009, IWMI and FAO
  30. ^ "Whitest-ever paint could help cool heating Earth, study shows". The Guardian. April 15, 2021. Dicapai pada April 16, 2021.
  31. ^ Li, Xiangyu; Peoples, Joseph; Yao, Peiyan; Ruan, Xiulin (15 April 2021). "Ultrawhite BaSO4 Paints and Films for Remarkable Daytime Subambient Radiative Cooling". ACS Applied Materials & Interfaces. 13 (18): 21733–21739. doi:10.1021/acsami.1c02368. ISSN 1944-8244. PMID 33856776. S2CID 233259255. Dicapai pada 9 Mei 2021.
  32. ^ Simire, Michael (16 Julai 2019). "Climate change: Farm embarks on planting heat-resistant trees". EnviroNews Nigeria -. Dicapai pada 24 September 2019.
  33. ^ "Sunlight and salt water join forces in electricity-free cooling system". New Atlas. 20 September 2021. Dicapai pada 20 Oktober 2021.
  34. ^ Wang, Wenbin; Shi, Yusuf; Zhang, Chenlin; Li, Renyuan; Wu, Mengchun; Zhuo, Sifei; Aleid, Sara; Wang, Peng (1 September 2021). "Conversion and storage of solar energy for cooling". Energy & Environmental Science (dalam bahasa Inggeris). doi:10.1039/D1EE01688A. ISSN 1754-5706.
  35. ^ Morecroft, Michael D.; Duffield, Simon; Harley, Mike; Pearce-Higgins, James W.; Stevens, Nicola; Watts, Olly; Whitaker, Jeanette (2019). "Measuring the success of climate change adaptation and mitigation in terrestrial ecosystems". Science (dalam bahasa Inggeris). 366 (6471): eaaw9256. doi:10.1126/science.aaw9256. ISSN 0036-8075. PMID 31831643. S2CID 209339286.
  36. ^ IPCC (2018). "Annex I: Glossary" (PDF). IPCC SR15. m/s. 541–562.
  37. ^ Smit, B. (2001). 18.6.1. Adaptive Capacity and Sustainable Development. In (book chapter): Adaptation to Climate Change in the Context of Sustainable Development and Equity. In: Climate Change 2001: Impacts, Adaptation and Vulnerability. Contribution of Working Group II to the Third Assessment Report of the Intergovernmental Panel on Climate Change (J.J. McCarthy et al. (eds.)). Versi cetak: Cambridge University Press, Cambridge, UK, and New York, N.Y., U.S.A.. Versi ini: GRID-Arendal website. ISBN 978-0-521-80768-5. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mei 2016. Dicapai pada 10 Januari 2010.
  38. ^ "Gender and Climate Change". Stockholm Environment Institute WikiADAPT. 2 Julai 2009. Dicapai pada 29 Ogos 2010.
  39. ^ a b c "Assessment of adaptation practices, options, constraints and capacity" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Ogos 2010. Dicapai pada 29 Ogos 2010.
  40. ^ "Changing focus? How to take adaptive capacity seriously. Evidence from Africa shows that development interventions could do more" (PDF). Overseas Development Institute. Briefing paper 71. Januari 2012. Dicapai pada 2020-01-23.
  41. ^ Prowse, M., & Scott, L. (2008). Assets and adaptation: an emerging debate. IDS bulletin, 39(4), 42-52.http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/j.1759-5436.2008.tb00475.x/pdf
  42. ^ Ober, Kayly; Sakdapolrak, Patrick (2017). "How do social practices shape policy? Analysing the field of 'migration as adaptation' with Bourdieu's 'Theory of Practice'". The Geographical Journal (dalam bahasa Inggeris). 183 (4): 359–369. doi:10.1111/geoj.12225. ISSN 1475-4959.
  43. ^ McAuliffe, Marie; Khadria, Binod, penyunting (2019). "Human Mobility and Adaptation to Environmental Change" (PDF). World Migration Report 2020. Geneva, Switzerland: International Organization for Migration (IOM). m/s. 284. ISBN 978-92-9068-789-4.
  44. ^ "'Climate Change Migrants': Impediments to a Protection Framework and the Need to Incorporate Migration into Climate Change Adaptation Strategies". International Journal of Refugee Law.
  45. ^ Scheffran, Jürgen; Marmer, Elina; Sow, Papa (April 2012). "Migration as a contribution to resilience and innovation in climate adaptation: Social networks and co-development in Northwest Africa". Applied Geography. 33: 119–127. doi:10.1016/j.apgeog.2011.10.002.
  46. ^ Ionesco, Dina; Mokhnacheva, Daria; Gemenne, François (2013). Atlas des migrations environnementales. Presses de Sciences Po.
  47. ^ McLachlan, J. S.; Hellmann, J. J.; Schwartz, M. W. (2007). "A Framework for Debate of Assisted Migration in an Era of Climate Change". Conservation Biology. 21 (2): 297–302. doi:10.1111/j.1523-1739.2007.00676.x. PMID 17391179.
  48. ^ "Mind the risk: cities under threat from natural disasters". SwissRe. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2014. Dicapai pada 30 September 2014.
  49. ^ McAneney, J, Crompton, R, McAneney, D, Musulin, R, Walker, G & Pielke Jr, R 2013, "Market-based mechanisms for climate change adaptation: Assessing the potential for and limits to insurance and market based mechanisms for encouraging climate change adaptation." National Climate Change Adaptation Research Facility, Gold Coast, p. 99
  50. ^ "Science Inventory | Science Inventory | US EPA" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 10 September 2014. Dicapai pada 3 April 2006.
  51. ^ Titus, James. "Strategies for Adaptation to Global Warming" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 Mei 2012. Dicapai pada 2 Disember 2011.
  52. ^ a b Neil Adger, W.; Arnell, Nigel W.; Tompkins, Emma L. (2005). "Successful adaptation to climate change across scales" (PDF). Global Environmental Change. 15 (2): 77–86. doi:10.1016/j.gloenvcha.2004.12.005. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2 April 2012. Dicapai pada 29 Ogos 2010.
  53. ^ a b "Adaptation to Climate Change in the Developing World" (PDF). Iied.org. 16 Jun 2010. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 September 2008. Dicapai pada 29 Ogos 2010.
  54. ^ Smit, Barry; Wandel, Johanna (2006). "Adaptation, adaptive capacity and vulnerability" (PDF). Global Environmental Change. 16 (3): 282–292. doi:10.1016/j.gloenvcha.2006.03.008. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 Jun 2010. Dicapai pada 29 Ogos 2010.
  55. ^ Kates, Robert W.; Travis, William R.; Wilbanks, Thomas J. (14 Mac 2012). "Transformational adaptation when incremental adaptations to climate change are insufficient". PNAS. 109 (19): 7156–7161. Bibcode:2012PNAS..109.7156K. doi:10.1073/pnas.1115521109. PMC 3358899. PMID 22509036.
  56. ^ McNamara, Karen Elizabeth; Buggy, Lisa (5 Ogos 2016). "Community-based climate change adaptation: a review of academic literature". Local Environment. 22 (4): 443–460. doi:10.1080/13549839.2016.1216954. S2CID 156119057.
  57. ^ "Climate finance". Climate finance.
  58. ^ "The Special Climate Change Fund". UNFCCC. Dicapai pada 2020-12-20.
  59. ^ "Funding". Global Environment Facility (dalam bahasa Inggeris). 2016-04-04. Dicapai pada 2020-12-20.
  60. ^ "Conference of the Parties to the Framework Convention on Climate Change". Copenhagen. 7–18 Disember 2009. FCCC/CP/2009/L.7. http://unfccc.int/meetings/cop_15/items/5257.php. Diperolehi 24 Oktober 2010.
  61. ^ Cui, Lianbiao; Sun, Yi; Song, Malin; Zhu, Lei (2020). "Co-financing in the green climate fund: lessons from the global environment facility". Climate Policy. 20 (1): 95–108. doi:10.1080/14693062.2019.1690968. ISSN 1469-3062. S2CID 213694904.
  62. ^ "António Guterres on the climate crisis: 'We are coming to a point of no return'". The Guardian. 11 Jun 2021.
  63. ^ "DELIVERING ON THE $100 BILLIONCLIMATE FINANCE COMMITMENTAND TRANSFORMING CLIMATE FINANCE" (PDF). www.UN.org (dalam bahasa Inggeris). Disember 2020. Dicapai pada 2021-06-19.

Pautan luar sunting