Adobe Flash Player

Adobe Flash Player ialah perisian yang memaparkan animasi dan filem dengan menggunakan atur cara komputer seperti pelayar web. Flash Player ialah pemain multimedia dan aplikasi ciptaan Macromedia, kini dibangunkan dan diedarkan oleh Adobe setelah membeli Macromedia. Flash Player menjalankan fail-fail SWF yang boleh direka dengan menggunakan alat pengarangan Adobe Flash rekaan Adobe Flex, atau mana-mana alat Macromedia yang lain dan pihak ketiga.

Adobe Flash Player
Pengarang asalFutureWave
Macromedia
PembangunAdobe Systems
Pelancaran pertama1996; 28 tahun yang lalu (1996)
Bahasa pengaturcaraanC++
Sistem pengendalianWindows, macOS, Linux, Chrome OS (kini)
Solaris, BlackBerry Tablet OS, Android, Pocket PC (dihentikan)
PelantarPelayar web dan perisian berasaskan ActiveX
Terdapat dalamCina Ringkas, Cina Tradisional, Inggeris, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Poland , Rusia, Portugal, Sepanyol, Korea, dan Turki[1]
JenisRuntime system dan sambungan pelayar
LesenFreeware
Tapak webadobe.com/products/flashplayer.html

Nama Adobe Flash, atau sekadar Flash, merujuk kepada program pengarangan multimedia tersebut ataupun Adobe Flash Player edaran Adobe yang menggunakan grafik vektor dan raster, bahasa peenskripan tersendiri iaitu ActionScript dan penstriman video dan audio dwiarah. Sebenarnya, Adobe Flash hanya memaksudkan sekitaran pengarangan manakala Flash Player ialah mesin maya yang digunakan untuk menjalankan fail Flash, namun erti-erti tersebut sering dicampuradukkan dalam bahasa percakapan. Oleh itu, nama "Flash" boleh memaksudkan sekitaran pengarangannya, pemainnya atau fail-fail aplikasinya.

Flash Player menyokong bahasa penskripan tersirat bernama ActionScript (AS) yang berasaskan ECMAScript. Semenjak diperkenalkan sebagai sintaks skrip tanpa pemboleh ubah, ActionScript telah berkembang maju untuk menyokong kod berorientasi objek, hinggakan keupayaannya boleh dibandingkan dengan JavaScript (satu lagi bahasa penskripan berasaskan ECMAScript).

Pada awalnya, Flash Player direka untuk memaparkan animasi vektor dua dimensi yang ringkas, tetapi kini sesuai untuk mereka aplikasi Internet kaya dan menstrimkan video dan audio. Flash Player menggunakan grafik vektor untuk meminimumkan saiz fail serta menghasilkan fail yang menjimatkan lebar jalur dan masa pemuatan. Flash ialah format yang sering digunakan untuk permainan, animasi, dan GUI yang dibenamkan dalam laman web.

Flash Player tersedia sebagai pemalam untuk versi-versi terkini pelayar web (such as Mozilla Firefox, Opera, Safari dan Internet Explorer) di platform-platform terpilih. Adobe menyatakan bahasa setiap versi pemalam adalah serasi dengan versi sebelumnya, kecuali perubahan ciri-ciri keselamatan yang diperkenalkan dalam Versi 10.[2]

Pada Julai 2017, Adobe mengumumkan[3] bahawa ia akan menamatkan sokongan untuk Flash Player pada 31 Disember 2020, dan terus mendorong penggunaan standard HTML5 terbuka sebagai pengganti Flash.[4][5] Pengumuman itu diselaraskan dengan Apple,[6] Facebook,[7] Google,[8] Microsoft,[9] dan Mozilla.[10] Pada September 2019, Microsoft mengumumkan bahawa pada 31 Disember 2020, Flash akan dikeluarkan sepenuhnya dari semua pelayar web melalui Windows Update.[11]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Adobe Flash Player Download". Adobe Systems. Diarkibkan daripada yang asal pada August 9, 2016. Dicapai pada August 10, 2016.
  2. ^ Understanding the security changes in Flash Player 10 - Setting data on the system Clipboard requires user interaction, Abobe Developer Center
  3. ^ "Flash & The Future of Interactive Content". July 25, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada September 7, 2017. Dicapai pada July 26, 2017.
  4. ^ Lardinois, Frederic. "Get ready to finally say goodbye to Flash — in 2020". TechCrunch. Diarkibkan daripada yang asal pada July 25, 2017. Dicapai pada July 25, 2017.
  5. ^ Warren, Tom (July 25, 2017). "Adobe will finally kill Flash in 2020". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada July 25, 2017. Dicapai pada July 25, 2017.
  6. ^ "Adobe Announces Flash Distribution and Updates to End". July 25, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada July 26, 2017. Dicapai pada July 26, 2017.
  7. ^ Pudełek, Jakub (July 25, 2017). "Migrating Games from Flash to Open Web Standards on Facebook". Diarkibkan daripada yang asal pada August 1, 2017. Dicapai pada July 26, 2017.
  8. ^ Laforge, Anthony (July 25, 2017). "Saying goodbye to Flash in Chrome". Diarkibkan daripada yang asal pada July 25, 2017. Dicapai pada July 26, 2017.
  9. ^ "The End of an Era – Next Steps for Adobe Flash". July 25, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada July 26, 2017. Dicapai pada July 26, 2017.
  10. ^ Smedberg, Benjamin (July 25, 2017). "Firefox Roadmap for Flash End-of-Life". Diarkibkan daripada yang asal pada September 12, 2019. Dicapai pada August 21, 2019.
  11. ^ "Adobe Flash end of support on December 31, 2020". support.microsoft.com. Dicapai pada 2019-11-27.

Pautan luar sunting