Istilah Aframax merujuk kepada kapal tangki yang memiliki berat mati lebih kecil dari 120,000 metrik tan dan lebar melebihi 32.31 m[1]. Istilah ini adalah berdasarkan sistem penilaian kapal tangki iaitu "Kadar Penilaian Purata Pengangkut" (Average Freight Rate Assessment) (AFRA). Kapal-kapal tangki kelas Aframax kebanyakannya digunakan di lembangan-lembangan Laut Hitam, Laut Utara, Laut Caribbean, Laut China and Laut Mediterranean. Negara-negara yang bukan ahli OPEC menggunakan kapal tangki Aframax mungkin kerana pelabuhan dan terusan di negara mereka adalah terlalu kecil untuk VLCC (kapal tangki sangat besar atau very large crude carriers) dan ULCC (kapal tangki terlalu besar atau ultra large crude carriers).

Kapal tangki Gerd Knutsen dalam kelas Aframax di sebuah dermaga di Brest.
Torben Spirit, sebuah kapal tangki Aframax sedang berlabuh di tempat berlabuh luar di Singapura.

Lihat Juga sunting

Rujukan sunting