Agensi Angkasa Malaysia

Agensi Angkasa Malaysia yang disingkat sebagai MYSA, adalah agensi angkasa kebangsaan Malaysia. Pada 20 Februari 2019, Kabinet Malaysia telah meluluskan penubuhan MYSA melalui penggabungan Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) dan Agensi Angkasa Negara Malaysia (ANGKASA).[1]

Agensi Angkasa Malaysia
Maklumat agensi
SingkatanMYSA
Ditubuhkan pada2019
Agensi dahulu
JenisAgensi angkasa
Ibu pejabatKuala Lumpur
PemilikKementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI)
Laman sesawangwww.mysa.gov.my

Sejarah sunting

1988: Penubuhan Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) pada 1988 adalah merupakan salah satu daripada lapan (8) komponen Program Remote Sensing Nasional Malaysia di bawah Jawatankuasa Remote Sensing Nasional (JKRSN) yang dipengerusikan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. JKRSN kemudiannya telah dipindahkan ke bawah naungan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) selaras fungsi MOSTE dalam bidang sains dan teknologi serta cadangan penubuhan MACRES di bawah MOSTE.

1989: Bahagian Planetarium diwujudkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi membangunkan fasiliti sains dan pendidikan melalui penubuhan Planetarium Negara.

1991: MACRES diiktiraf sebagai Institut Penyelidikan Persekutuan dalam bidang remote sensing dan teknologi berkaitan berkuatkuasa mulai 1 Januari 1991.

1993: Bahagian Planetarium ditukar nama kepada Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA) bagi menerajui penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi angkasa.

1995: BAKSA diletakkan di bawah MOSTE.

2002: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) ditubuhkan dengan mandat untuk menggubal polisi dan peraturan, menyelaras, melaksanakan dan memantau aktiviti angkasa.

2003: ANGKASA mengambil alih semua fungsi BAKSA merangkumi pendidikan sains angkasa serta operasi Planetarium Negara.

2004: MOSTE distruktur semula dengan nama baharu iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi menerajui fungsi pembangunan ICT Negara, Multimedia dan Inovasi.

2008: Pada 15 Februari 2008, MACRES telah dinaik taraf sebagai jabatan penuh kerajaan dengan nama baharu Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) bagi meneraju aktiviti penyelidikan dan pembangunan (P&P) teknologi remote sensing dan teknologi berkaitan dan perkhidmatan data remote sensing standard dan tambah nilai secara bersepadu.

2016: Bahagian pendidikan sains angkasa di bawah ANGKASA dan operasi Planetarium Negara dipindahkan sebagai sebuah bahagian di bawah MOSTI.

2018: Selepas Pilihanraya Umum ke 14 (PRU-14), keseluruhan komponen MOSTI, komponen tenaga dan teknologi hijau daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan komponen berkaitan perubahan iklim dan alam sekitar daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah disusun semula dan membentuk Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC).

2019: Pada 20 Februari 2019, Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di bawah MESTECC melalui penggabungan Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) dan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Inisiatif penubuhan MYSA adalah bagi memastikan pembangunan dan pengurusan sektor angkasa negara yang lebih strategik, teratur dan komprehensif.

2020: MESTECC telah distrukturkan semula dan namanya telah ditukar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berikutan Pembentukan Kabinet Kerajaan Baru yang diumumkan pada 9 Mac 2020.

Fungsi MYSA sunting

  • Membina keupayaan negara secara menyeluruh dan terlaras dalam bidang teknologi, aplikasi dan sains angkasa;
  • Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan serta menyediakan penyelesaian menyeluruh dalam teknologi dan aplikasi angkasa, dan sains angkasa;
  • Memperoleh dan menyediakan data satelit khususnya yang diterima melalui stesen bumi penerimaan data milik negara dan menjana maklumat berkaitan untuk keperluan dan kegunaan aplikasi dalam pelbagai bidang;
  • Melaksanakan Dasar Angkasa Negara serta menambah nilai kepada dasar-dasar negara sedia ada yang berkaitan; dan
  • Menyelaras dan meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi angkasa untuk memperkukuhkan sumber kepakaran tempatan.

Program Utama MYSA sunting

Terdapat dua program utama yang dijalankan oleh MYSA iaitu Program Penyelidikan dan Perkhidmatan.

Program Penyelidikan sunting

Aplikasi Teknologi Angkasa sunting

Program ini diwujudkan bagi menyokong agensi pengguna dalam pengurusan pengeluaran pertanian, sumber asli, alam sekitar, bencana, keselamatan dan pembangunan tanah.

Fasiliti sunting

Terdapat dua fasiliti penyelidikan iaitu Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (AIT) dan Makmal Kalibrasi Optik. Kedua-dua fasiliti ini terletak di Kompleks Teknologi Angkasa MYSA di Banting.

Sains Angkasa sunting

Empat jenis penyelidikan yang dilakukan merangkumi Cuaca Angkasa, Astronomi, Persekitaran Angkasa dan Sains Atmosfera.

Perkhidmatan sunting

Terdapat dua jenis perkhidmatan utama di MYSA iaitu:

Perkhidmatan Data sunting

Perkhidmatan data MYSA terdiri daripada dua, iaitu:

Fasiliti sunting

Fasiliti perkhidmatan di MYSA terdiri daripada:

  • Stesen Kawalan Misi di Kompleks Teknologi Angkasa MYSA, Banting
  • Stesen Penerima Data Satelit (SPDS) di Temerloh, Pahang

Rujukan sunting

  1. ^ "Background". Malaysian Space Agency (MYSA). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-10. Dicapai pada 10 July 2020.

Pautan luar sunting

  1. Portal Rasmi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)
  2. Portal Rasmi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Diarkibkan 2021-03-08 di Wayback Machine