Aglaonema

genus tumbuhan

Aglaonema ialah genus tumbuhan berbunga keluarga keladi-keladian, Araceae. Ia datang dari kawasan tropika dan subtropika Asia dan New Guinea.[1] Ia sering disebut sumpuh, atau 'sri rezeki' di Indonesia.[2] Dalam bahasa Inggeris pula, ia dipanggil Chinese evergeen.

Aglaonema
Aglaonema commutatum.
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Monokot
Order: Alismatales
Keluarga: Araceae
Subkeluarga: Aroideae
Tribus: Aglaonemateae
Genus: Aglaonema
Schott

Penerangan sunting

Sumpuh ialah renek malar hijau dengan batang tumbuh tegak, merayap atau menjalar. Batang yang tumbuh di atas tanah boleh mengakar pada bukunya. Selalunya, sering terdapat sejambak lai daun lebar yang rencam dengan perwarnaan perak dan hijau pada spesies liar. Perbungaannya mengeluarkan bunga sejantina dalam seludang, dengan zon pendek bunga betina berdekatan dasar dan zon melebar bunga jantan lebih mendekati hujung. Buahnya ialah beri berisi yang masak merah. Lapisan nipis buahnya menyelaputi sebutir benih besar.[3]

Genus tumbuhan ini datang dari pediaman hutan tropika lembap yang teduh.

Penanaman dan kegunaan sunting

 
Aglaonema costatum.

Tumbuhan Aglaonema beracun lantaran kristal kalsium oksalat. Sekiranya termakan, ia membawa kerengsaan pada selaput mukus, dan jusnya boleh mendatangkan kerengsaan kulit dan ruam menyakitkan.[4]

Spesies sunting

Spesies termasuk:[5]

  1. Aglaonema brevispathum – Indochina
  2. Aglaonema chermsiriwattanae – Thailand
  3. Aglaonema cochinchense – Vietnam, Kemboja, Thailand, Malaysia
  4. Aglaonema commutatum – mata bisul – Filipina, Sulawesi
  5. Aglaonema cordifolium – Mindanao
  6. Aglaonema costatum – Pulau Langkawi, Indochina
  7. Aglaonema densinervium – Filipina, Sulawesi
  8. Aglaonema flemingianum – Terengganu
  9. Aglaonema hookerianum – Darjiling, Assam, Bangladesh, Bhutan, Myanmar
  10. Aglaonema marantifolium – birah air – Maluku, New Guinea
  11. Aglaonema modestum – Bangladesh, Indochina, selatan China
  12. Aglaonema nebulosum – Borneo, Malaysia, Sumatera
  13. Aglaonema nitidum – daun lidah gajah – Borneo, Malaysia, Sumatera, Jawa, Indochina
  14. Aglaonema ovatum – Laos, Thailand, Vietnam
  15. Aglaonema philippinense – Filipina, Sulawesi
  16. Aglaonema pictum – keladi bukit – Nias, Sumatera
  17. Aglaonema pumilum – Myanmar, Thailand
  18. Aglaonema roebelinii – Luzon
  19. Aglaonema rotundum – Sumatera
  20. Aglaonema simplex – sumpuh bulan, sumpuh kering, sagut - Yunnan, Indochina, Malaysia, Indonesia, Filipina
  21. Aglaonema tricolor – Filipina
  22. Aglaonema vittatum – Sumatera, Kepulauan Lingga

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Aglaonema. Flora of China.
  2. ^ Siti Nur Aeni (31 Ogos 2021). "Aglonema, Tanaman Hias yang Cantik dan Populer". Katadata (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2022-04-04.
  3. ^ Chen, J., et al. Cultural Guidelines for Commercial Production of Interiorscape Aglaonema. ENH957. Environmental Horticulture. Florida Cooperative Extension Service. University of Florida IFAS. 2003.
  4. ^ Toxic Plants. Safe and Poisonous Garden Plants. Agriculture and Natural Resources. Universiti California.
  5. ^ Kew World Checklist of Selected Plant Families