Agustinus dari Hippo

Agustinus dari Hippo (AFA: /ɔːˈɡʌstɪn/) merupakan seorang warga Afrika Rom, ahli teologi Kristian awal dan ahli falsafah Neoplatonisme dari Numidia dan penulisannya mempengaruhi perkembangan Gereja Barat dan falsafah Barat serta seluruh aliran Kristian Barat secara tidak langsung.

4 Doktor dari Gereja Barat, Saint Agustinus dari Hippo (354-430), oleh Gerard Seghers

Agustinus dari Hippo, juga dikenali sebagai Saint Augustine atau Saint Austin, dikenali di seluruh alam Kristian dan banyak alirannya termasuk dengan gelaran Augustine Yang Dirahmatkan dan Doctor gratiae.[1] Sumbangan besar penulisan Agustinus merangkumi pelbagai bidang termasuk teologi, falsafah dan sosiologi. Agustinus adalah salah satu penulis Latin yang paling terkenal dari segi jumlah hasil karya yang masih ada, dan senarai hasil karyanya terdiri daripada lebih daripada 100 jilid berasingan. Dalam falsafah dan pemikiran teologi, Agustinus sangat dipengaruhi Stoicisme, Platonisme dan Neoplatonisme, terutamanya hasil karya Plotinus, iaitu penulis Enneads, mungkin melalui bantuan Porphyry dan Victorinus.

Rujukan sunting

  1. ^ Portalié, Eugène (1913). "St. Augustine of Hippo". In Herbermann, Charles (ed.). Catholic Encyclopedia. New York: Robert Appleton Company. Retrieved 30 June 2016.