Ahlam

Pelakon dan penyanyi wanita Emiriah Arab Bersatu

Ahlam (lahir di Abu Dhabi, Negeri-Negeri Gencatan Senjata (kini Emiriah Arab Bersatu), 13 Februari 1968; umur 56 tahun) merupakan seorang penyanyi popular di Bahrain. Beliau telah mendapat kewarganegaraan Emiriah Arab Bersatu pada 1996.

Ahlam
أحلام
أحلام الشامسي
Ahlam
Latar belakang
Nama lahir Ahlam Alshamsi
Nama lain Ahlam
Lahir (1968-02-13) 13 Februari 1968 (umur 56)
Negeri-Negeri Gencatan Senjata Abu Dhabi, Negeri-Negeri Gencatan Senjata (kini Emiriah Arab Bersatu)
Jenis Muzik Pop, Muzik Arab
Pekerjaan penyanyi, pelakon
Instrumen vokal
Tahun aktif 1995 – kini
Syarikat rakaman
Pasangan Mubarak Al-Hajiri

Beliau berjaya menghasilkan 9 buah album dan amat popular di dunia Arab khususnya di rantau Teluk.

Kehidupan Awal sunting

Ahlam Ali Shamsi dilahirkan pada 13 Februari 1968 di Negeri-Negeri Gencatan Senjata (kini Emiriah Arab Bersatu).

Beliau mula menyanyi pada peringkat awal umurnya iaitu ketika di zaman kanak-kanak lagi. Beliau selalu membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan dan keraian di sekitar negara Teluk. Ketika inilah bakatnya telah diperhatikan oleh seorang komposer Kuwait bernama Anwar Abdullah

Karier Sebagai Penyanyi sunting

Kemudian beliau telah menandatangani sebuah kontrak dengan Funoon Al Emarat, sebuah syarikat rakaman di rantau Teluk. Anwar Abdullah telah membantu beliau dalam menerbitkan albumnya yang pertama berjudul Ahlam (Mimpi-mimpi).

Beliau sekarang di bawah naungan syarikat rakaman Rotana.

Beliau telah dinobatkan oleh Muhammad Abdo, seorang penyanyi popular Arab Saudi sebagai seorang yang mempunyai suara Khaliji (rantau Teluk) yang 100% tulin.

Ahlam merupakan antara artis yang terkaya di dunia Arab dan merupakan antara artis yang mendapat bayaran tinggi daripada Rotana.

Kehidupan Peribadi sunting

Ahlam telah berkahwin dengan seorang juara lumba kereta rally yang berasal dari Qatar, Mubarak Al Hajiri dan mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Fahid.

Pautan Luar sunting