Ahli Dewan Undangan Negeri

Ahli majlis perundangan atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ialah perwakilan yang dipilih menerusi pengundi dalam sesebuah bahagian pilihan raya negeri untuk menyertai majlis perundangan negeri yang berkuasa di peringkat subnegara atau negeri.

Malaysia sunting

Ahli Dewan Undangan Negeri ialah perwakilan yang dipilih daripada kawasan pilihan raya kerusi perseorangan semasa pilihan raya negeri menerusi sistem pemenang undi terbanyak. Parti politik yang menguasai dewan undangan negeri akan membentuk kerajaan negeri, dan ketua bagi majoriti anggota yang dipilih akan menjadi ketua menteri atau menteri besar di negeri tersebut. Dewan undangan negeri di Malaysia bersifat dewan tunggal, tidak seperti Parlimen Malaysia yang bersifat dwidewan. Pemerintah negeri yang terdiri daripada Sultan dan Yang di-Pertua Negeri mempunyai kuasa untuk membubarkan dewan undangan negeri atas nasihat ketua menteri. Sebaik dibubarkan, sebuah pilihan raya negeri hendaklah dilaksanakan dalam tempoh enam puluh hari. Kebiasaannya, pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya persekutuan, kecuali di Sarawak dan kadangkala di Sabah.

Rujukan sunting