Ahmad Amzad Hashim

ahli politik Malaysia

Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu bertanding di atas tiket PAS. Dalam Kabinet Malaysia 2020, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Sains, Tenaga & Inovasi Malaysia.

Yang Berhormat Datuk Haji

Ahmad Amzad Hashim

PMW (WP)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kuala Terengganu, Terengganu
Memegang jawatan
12 Ogos 2023
Dalam jawatan
19 Disember 2022 – 27 Jun 2023
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului olehRaja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Timbalan Menteri
Sains, Teknologi dan Inovasi
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaAl Sultan Abdullah
Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob
MenteriAdham Baba
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl Sultan Abdullah
Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
MenteriKhairy Jamaluddin Abu Bakar
Didahului olehIsnaraissah Munirah Majilis
Butiran peribadi
LahirAhmad Amzad bin Mohamed @ Hashim
(1970-01-15) 15 Januari 1970 (umur 54)
Hospital Besar Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu
KerakyatanMalaysia
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Sekutu gabungan
politik lain
MN (sejak 2019)
PN (sejak 2020)
Pasangan
  • Allahyarhamah Datin Suriati Abidin (k. 1991; m. 2016)
  • Datin Dr. Nur Diana Ahmad Takri (2017-kini)
Anak-anak9
PekerjaanAhli politik, Ahli perniagaan
GajiRM61,779.43 sebulan[1]
Nilai bersihRM15 ke 20 juta[1]

Pada 27 Jun 2023, jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah dibatalkan oleh Mahkamah Pilihan Raya Negeri Terengganu akibat terdapat unsur rasuah dan sogokan pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15. Kes ini dipetisyenkan oleh calon parlimen Kuala Terengganu dari pihak BN iaitu Datuk Mohd Zubir Embong. [2]

Latar belakang sunting

Beliau dilahirkan pada 15 Januari 1970, di Hospital Besar Kuala Terengganu (HBKT) dan berasal dari Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu. Beliau mendirikan rumah tangga kali pertama dengan Allahyarhamah Cikgu Datin Hajah Suriati Abidin pada 1992. Pada 12 Februari 2016, Hajah Suriati meninggal dunia akibat kanser pankreas.[3] Kemudian, Haji Amzad berkahwin semula dengan Datin Dr. Nur Diana Ahmad Takri pada 2017. Haji Amzad kini mempunyai 9 orang anak, 5 lelaki 4 perempuan.

Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), sekolah yang sudah berstatus elit pada waktu itu di Terengganu dan merupakan lulusan ijazah sarjana muda perakaunan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Setelah selesai pembelajaran beliau, beliau mencipta nama beliau di dalam bidang perkapalan bersama MSET Shipbuilding Corporation Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Urusan dari tahun 1995 sehingga 2004, mengangkat nama syarikat tersebut hingga dikenali di mata Asia Tenggara. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah MSET Engineering Corporation Sdn. Bhd. (1998-2006), Pengarah Eksekutif Crucial Malaysia Sdn. Bhd. (2007-2014) dan Pengerusi Norstar Technology Sdn Bhd. (2004-2019). Pada tahun 2018, beliau dilantik sebagai Pengerusi Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn. Bhd.

Selain itu, beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan badan bukan berkanun (NGO). Antara jawatan yang dipegang adalah Penasihat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Terengganu, Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI), Timbalan Pengerusi Sekretariat Tuntutan Royalti Petroleum Terengganu dan pengasas serta Presiden Pergerakan Profesional Muda Terengganu (2000).

Semasa berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), beliau bertanggungjawab membangunkan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 serta Kerangka 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi Malaysia (MySTIE). Beliau bertindak sebagai Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebagai salah seorang ahli dalam Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) dan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 di peringkat Persekutuan.

Politik sunting

Beliau aktif dalam PAS dan kini dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ketua Badan Perhubungan Perikatan Nasional Kawasan Kuala Terengganu, Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu.

Pada Pilihanraya Umum Ke-14 tahun 2018, Beliau telah terpilih sebagai calon Parlimen Kuala Terengganu bagi mewakili Parti Islam Se Malaysia (PAS). Beliau menang majoriti undi sebanyak 42,988  berbanding calon Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Wan Nawawi Bin Haji Wan Ismail, 28,215 dan calon dari  Parti Harapan, Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Terengganu, mantan ahli parlimen Kuala Terengganu, sebanyak 15,380.

Pada Pilihanraya Umum Ke-15 tahun 2022, beliau berjaya mempertahankan kerusi dengan majoriti 40,907 undi setelah mendapat 63,016 undi, mengetepikan tiga lagi pencabarnya termasuk dua nama besar iaitu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Mohd Zubir Embong daripada Barisan Nasional (BN) selain calon PEJUANG, Mohamad Abu Bakar Muda yang kali pertama mencuba nasib. Dalam 'pertempuran' empat penjuru itu, Mohd Zubir memperoleh 22,109 undi, Raja Kamarul Bahrin Shah mendapat 10,946 undi manakala Mohamad Abu Bakar memperoleh 481 undi.

Isu dan tengkarah sunting

Pembatalan kemenangan pilihan raya 2022 sunting

Pada 27 Jun 2023, jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah dibatalkan oleh Mahkamah Pilihan Raya Negeri Terengganu akibat terdapat unsur rasuah dan sogokan pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15. Kes ini dipetisyenkan oleh calon parlimen Kuala Terengganu dari pihak BN iaitu Datuk Mohd Zubir Embong.[2]

Anugerah & pengiktirafan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  2. ^ a b "Mahkamah batal kemenangan Ahmad Amzad". Utusan Malaysia. 27 Jun 2023. Dicapai pada 28 Jun 2023.
  3. ^ Wartawan BO Isteri Haji Amzad Meninggal Dunia BuletinOnline

Pautan Luar sunting