Ahmad Hazwan Bakri

Ahmad Hazwan bin Bakri (Lahir 19 Jun 1991[1]) adalah pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain sebagai pemain sayap atau penyerang

Ahmad Hazwan
Maklumat peribadi
Nama penuh Ahmad Hazwan bin Bakri
Tarikh lahir (1991-06-19) 19 Jun 1991 (umur 32)
Tempat lahir Labuan, Malaysia
Ketinggian 1.79 m (5 ka ​10 12 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Johor Darul Ta'zim
Nombor 9
Kerjaya remaja
2007-2008 Sekolah Sukan Bukit Jalil
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2009–2012 Kuala Lumpur 72 (17)
2012–2013Harimau Muda A (pinjaman) 32 (21)
2014–2016 Selangor 46 (37)
2017–2023 Johor Darul Ta'zim 34 (4)
Pasukan kebangsaan
2011–2013 Malaysia B-23 28 (25)
2012– Malaysia 26 (7)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 29 Julai 2018
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23 Mac 2018

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada bulan Julai tahun 2011 Ahmad Hazwan Bakri telah dipanggil oleh jurulatih Ong Kim Swee untuk bermain bersama skuad Olimpik Malaysia bawah 23 tahun(Harimau Muda), dalam siri perlawanan persahabatan dan latihan menentang kelab-kelab dari Liga Slovakia untuk persiapan pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012. Beliau berjaya menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan ketika menang ke atas kelab MFK Tatran Liptovsky Mikulas(2-1) dan MFK Dolny Kubin(2-0).

Ahmad Hazwan Bakri turut beraksi bersama skuad Olimpik Malaysia ketika perlawanan persahabatan dan latihan di Liga Australia pada Disember 2011 dan berhasil menjaringkan empat gol. Beliau menjaringkan dua gol ketika menentang kelab Sydney FC untuk memastikan kemenangan 3-0 untuk Malaysia. Dua gol lagi ketika membelasah kelab Central Coast Mariners 4-1.

Ketika penampilannya sewaktu perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 menentang Bahrain pada 5 Februari 2012 yang berkesudahan dengan Malaysia tewas 1-2, satu gol berjaya disumbangkan oleh beliau.

Pada 28 April 2012 Ahmad Hazwan Bakri membuat penampilan sulung untuk pasukan senior Malaysia(Harimau Malaya) yang masuk sebagai pemain gantian 20 minit sebelum tamat permainan, menjaringkan hatrik menentang Sri Lanka dalam perlawanan persahabatan. Malaysia menang dengan keputusan 6-0.

Rujukan sunting

  1. ^ "Ahmad Hazwan Bakri". soccerway.com. Dicapai pada 5 August 2011.

Pautan luar sunting