Ahmad Said Hamdan

penjawat awam Malaysia

Datuk Seri Panglima Ahmad Said bin Hamdan (1952 - 22 September 2019) ialah seorang rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang pernah menjawat jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari 14 Mei 2007 hingga 31 Disember 2009.


Ahmad Said bin Hamdan

PJN; DPMP (Pls); DGPN (PP); SPDK (Sbh); DCSM (Mel); PGDK (Sbh); KMN
Datuk Seri Panglima Ahmad Said bin Hamdan
Ketua Pesuruhjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Dalam jawatan
14 Mei 2007 – 31 Disember 2009
Dilantik olehYang di-Pertuan Agong
Digantikan olehAbu Kassim Mohamed

Latar belakang sunting

Beliau dilahirkan sekitar tahun 1952 dan membesar di Balik Pulau, Pulau Pinang. Ahmad Said berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Sains Malaysia dan Ijazah Sarjana dalam bidang kriminologi dari Indiana State University, Amerika Syarikat.[1]

Kerjaya sunting

SPRM di bawah kepimpinan beliau sunting

Di bawah kepimpinan beliau, Badan Pencegah Rasuah ditukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 2007 dan beliau menjadi ketua SPRM yang pertama. Perlantikan itu secara kontrak dari 14 Mei 2007 hingga 25 Mei 2010.

Persaraan sunting

Pada 4 November 2009, beliau telah menghantar notis bertulis bersara 6 bulan lebih awal supaya kontrak beliau ditamat pada 31 Disember 2009. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan supaya Datuk Abu Kassim bin Mohamed dilantik sebagai pengganti. Perlantikan itu berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].

Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa Ahmad Said bersara awal kerana mahu lebih masa bersama keluarga. Ia tidak ada kaitan dengan kes kematian Teoh Beng Hock. Kerajaan juga tidak mendesak beliau untuk bersara 6 bulan lebih awal.[2]

Kontroversi sunting

Nafi didesak bersara awal sunting

Pada 5 Disember 2009, beliau membuat kenyataan bahawa beliau menafikan persaraan awal beliau daripada jawatan itu disebabkan oleh tekanan dan desakan orang luar atau parti politik. Beliau berkata persaraannya itu atas sebab peribadi dan kehendaknya sendiri setelah sekian lama berkhidmat dalam suruhanjaya itu dan bukannya kerana orang lain. Ahmad Said berkata persaraan awal beliau itu dibuat bagi memberi laluan kepada penggantinya dan untuk meluangkan masa bersama keluarga setelah berkhidmat dengan SPRM selama 34 tahun.[3]

Meninggal dunia sunting

Ahmad Said meninggal dunia pada malam 22 September 2019 di rumah anak perempuannya di Rawang, Selangor.[4][5][6] Beliau sebelum ini telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami strok.[7][8][9]

Rujukan sunting

  1. ^ "Datuk Ahmad Said Hamdan Yang Aku Kenali", Blog Rumahku Biografiku, 21 Februari 2009.
  2. ^ "Peletakan Jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tidak Berlaku Tiba-tiba - Najib", Bernama.com, 5 Disember 2009.
  3. ^ "Ahmad Said nafi didesak bersara awal", Malaysiakini.com, 5 Disember 2009.
  4. ^ "Former MACC chief Ahmad Said Hamdan laid to rest in Kota Damansara". Bernama. Malay Mail. 23 September 2019. Dicapai pada 24 September 2019.
  5. ^ "Former MACC chief Ahmad Said Hamdan dies". Bernama. Malay Mail. 23 September 2019. Dicapai pada 24 September 2019.
  6. ^ "Former MACC chief dies". Bernama. 23 September 2019. Dicapai pada 24 September 2019.
  7. ^ Abas, Azura (23 September 2019). "MACC chief expresses condolences over Ahmad Said's death". New Straits Times. Dicapai pada 24 September 2019.
  8. ^ "Ex-MACC chief Ahmad Said Hamdan dies". Bernama. New Straits Times. 23 September 2019. Dicapai pada 24 September 2019.
  9. ^ "Former MACC chief commissioner dies at 67". The Star (Malaysia). 23 September 2019. Dicapai pada 24 September 2019.