Ahmad Sarji Abdul Hamid

penjawat awam Malaysia

Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (16 September 1938 – 28 Ogos 2021) merupakan seorang tokoh pentadbir Perkhidmatan Awam Malaysia. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-9 dari tahun 1990 hingga 1996 sewaktu era pentadbiran Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Ahmad Sarji Abdul Hamid

SSM, PMN; SIMP (Pahang); SSMT (Terengganu); SPDK (Sabah); SSSA (Selangor); SPMT (Terengganu); DGSM (Melaka); SPMP (Perak); SPNS (NS); DPCM (Perak); PNBS (Sarawak); JMN; SMP (Perlis); PJK (NS)
Pengerusi Kumpulan
Permodalan Nasional Berhad
Dalam jawatan
17 Oktober 1996 – 31 Julai 2016
Didahului olehTun Ismail Mohamed Ali
Digantikan olehTan Sri Abdul Wahid Omar
Ketua Setiausaha Negara ke-9
Dalam jawatan
1 Februari 1990 – 16 September 1996
Yang di-Pertuan AgongSultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah
Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Perdana MenteriTun Dr. Mahathir Mohamad
Didahului olehTan Sri Salehuddin Mohamed
Digantikan olehTan Sri Abdul Halim Ali
Butiran peribadi
LahirAhmad Sarji bin Abdul Hamid
(1938-09-16)16 September 1938
Kampung Batu Tiga, Jalan Temoh, Tapah, Perak
Meninggal dunia28 Ogos 2021(2021-08-28) (umur 82)
Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur
Sebab kematianCOVID-19
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah II, Bukit Kiara, Kuala Lumpur
PasanganToh Puan Sagiyah Salikin (k. 1962)
Anak-anak5 (termasuk Ariff Tuah)
IbuMahani Sidek
BapaAbdul Hamid Mohd Aroop
Alma materUniversiti Malaya
Universiti Harvard
International Institute of Social Studies, The Hague Netherlands

Keluarga sunting

Beliau mendirikan rumah tangga bersama Toh Puan Sagiyah Salikin pada Disember 1962 dan dikurniakan 5 orang anak. Bapanya bernama Abdul Hamid Mohd Aroop dan ibunya bernama Mahani Haji Sidek.

Pendidikan sunting

  1. 1946  : Sekolah Melayu Pasir Puteh, Ipoh, Perak
  2. 1947 - 1949 : Sekolah Melayu Kampung Batu Tiga, Tapah,Perak , Sekolah Melayu, Tapah, Perak
  3. 1949 – 1955 : Government English School, Tapah, Perak (SMK Buyong Adil)
  4. 1956 – 1957 : Anderson School, Ipoh, Perak
  5. 1957 – 1960 : Universiti Malaya. B.A. (Hons.)
  6. 1966 – 1967 : Institute of Social Studies, The Hague, Netherlands (Diploma in Public Administration, with credit)
  7. 1970 – 1971 : Harvard University, Amerika Syarikat (Master in Public Administration)
  8. 1994 : Ijazah Kehormat Doctor of Science (Management) daripada Universiti Utara Malaysia atas sumbangannya dalam lapangan pentadbiran dan pengurusan awam.
  9. 1995 : Ijazah Kehormat Doctor of Business Administration daripada The Nottingham – Trent University, United Kingdom, kerana mengiktiraf jasa-jasa beliau mempereratkan hubungan antara perkhidmatan awam dan sektor swasta menerusi persyarikatan Malaysia dan peranannnya di dalam Malaysia Business Council.
  10. 2000 : Ijazah Kehormat Doctor of Letters daripada Universiti Malaysia Sarawak, di atas sumbangan dalam penubuhan awal Universiti itu dan memperkembangkan khazanah seni negara.
  11. 2006 : Ijazah Kehormat Doctor in Management daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, di atas sumbangan dalam sektor awam dan korporat.
  12. 2012  : Ijazah Kehormat Doctor in Management daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Perkhidmatan kerajaan negeri dan persekutuan sunting

  1. 10 Januari 1961 Pegawai Pentadbir di dalam Perkhidmatan Tadbir Melayu (Malay Administrative Service), dengan memegang jawatan Timbalan Penolong Pegawai Daerah, Klang, Selangor.
  2. 1 Jun 1961 Penolong Pegawai Daerah, Seremban
  3. Penolong Pegawai Daerah, Mantin. Kerajaan Negeri Sembilan telah juga melantik beliau sebagai Pendaftar Hak Milik (Registrar of Titles, Negeri Sembilan).
  4. 1 Disember, 1963 Pegawai Daerah, Rembau.
  5. 1 Oktober, 1964 Pegawai Daerah, Port Dickson. Beliau turut dilantik sebagai Pengerusi, Lembaga Bandaran bagi kedua-dua daerah itu, dan bertanggung-jawab di atas pentadbiran daerah, pengurusan tanah dan juga keselamatan daerah oleh kerana pada masa itu negara menghadapi konfrantasi Kerajaan Indonesia.
  6. 18 Jun 1965 Setiausaha kepada Suruhanjaya Menyiasat.... ‘into any incidents of maladministration of and malpractices in the Seremban Town Council since 1st. January, 1959’.
  7. Penolong Setiausaha (Pencen) di Pejabat Perjawatan Persekutuan (Federal Establishment Office);
  8. Penolong Pengarah (Perkhidmatan) di Jabatan Perkhidmatan Awam;
  9. Setiausaha Bahagian Kabinet dan Perlembagaan semasa Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.
  10. 1973 Ketua Pengarah yang pertama bagi Lembaga Pertubuhan Peladang.Beliau dilantik oleh Perdana Menteri (Tun Abdul Razak bin Hussein).
  11. 1979-1981 Timbalan Ketua Pengarah (Sektoral), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
  12. 1 Mei 1981 Timbalan Pengerusi dan Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  13. 1 November 1981 Timbalan Ketua Pengarah (I) Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia,
  14. 15 Ogos 1985 Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, dan juga memegang jawatan Pengerusi, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
  15. 1 Februari 1990-1996 Ketua Setiausaha Negara

Jawatan lain sunting

  1. Ahli Board of Trustees, Oxford Centre for Islamic Studies
  2. Joint-Chairman, Malaysian Commonwealth Studies Centre, Cambridge University
  3. Pengerusi, Yayasan Tuanku Bainun
  4. Presiden, Badan Warisan Malaysia (1995)
  5. Ahli Board of Governors, Asian Management Institute di Manila (1996)
  6. Timbalan Presiden, Persatuan Kriket Melayu Malaysia (1996)
  7. Presiden, Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (1997)
  8. Presiden, Persekutuan Lawn Bowls Asia (2000)
  9. Ahli International Advisory Council of the Waseda University, Jepun(1998)
  10. Pengerusi, Yayasan Tun Ismail (1999)
  11. Ahli - Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (2000)
  12. Ahli Perbadanan Muzium Negeri Melaka (2001)
  13. Pengerusi, Malaysia-Indonesia Business Council (2002)
  14. Pro Canselor Universiti Tun Abdul Razak (2003)
  15. Profesor Adjung Universiti Utara Malaysia (2005)
  16. Profesor Adjung Universiti Sultan Azlan Shah (2020)
  17. Ahli Lembaga Pengajian PhD. Program Pengurusan Perniagaan, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (2006)
  18. Pro Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (2006)
  19. Profesor Adjung Universiti Perguruan Sultan Idris (2007)
  20. Profesor Adjung Kuala Lumpur Infrastructure University College (2008)
  21. Presiden, Kelab-Kelab Golf

- Saujana Golf and Country Club (1990) - Impian Golf and Country Club (1999)

Jawatan pernah disandang sunting

  1. Pengerusi, Kongress Ekonomi Bumiputera Ke-3 (1992)
  2. Naib Presiden, The Commonwealth Association for Public Administration and Management (CAPAM)(1994-1996)
  3. Presiden, The Commonwealth Association for Public Administration and Management (CAPAM) (1996-1998)
  4. Pengerusi, Majlis Perundingan Ekonomi Negara II (Ogos 1999 - November 2000)
  5. Pengerusi SIRIM (1992 - 2000)
  6. Presiden, Kelab Harvard di Malaysia (1985 - 2002)
  7. Presiden, Eisenhower Fellows Association of Malaysia (1992-2004)
  8. Pengerusi, Malaysia National Insurance (Holdings) Berhad (1997 - 2006)
  9. Pengerusi MIDF (1996 - 2001)
  10. Pengerusi Sime Darby Berhad (1998 - 2007)
  11. Pengerusi, Golden Hope Plantations Berhad (1998 - 2007)
  12. Presiden, Kuala Lumpur Golf and Country Club (2004 - 2008)

Fellowship oleh pertubuhan-pertubuhan sunting

  1. 1991  : Fellow, Institut Pengarah-Pengarah Malaysia(Malaysian Institute of Directors)
  2. 1992  : Fellow, Institut Pengurursan Malaysia (Malaysian Institute of Management)
  3. 1995  : Honorary Fellow, Institute of Quality Control Malaysia
  4. 2000  : Fellow, Institut Tadbiran Awam Negara (mengiktiraf kecemerlangan kepada Perkhidmatan Awam)
  5. 2005  : Fellow Penyelidik Kehormat (Honorary Research), Akademi Perak

Bakat penulisan sunting

Tun Ahmad Sarji mempunyai bakat dan kebolehan untuk menulis pelbagai perkara. Beliau banyak menulis buku-buku yang kaitan dengan perkhidmatan awam, pengurusan, pertanian, pembangunan serta warisan Negara.

Pingat / Anugerah yang diterima sunting

  1. Anugerah Perdana Tun Sri Lanang Tokoh Buku Negara 2012
  2. Anugerah Director of the Year pada tahun 1999 oleh Malaysian Institute of Directors.
  3. Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1420/1999
  4. Oleh Tun Abdul Razak pada 25 Jun, 1969
  5. Oleh Eastern Regional Organization for Public Administraion (EROPA)
  6. Oleh American Society for Public Administration
  7. Award of Merit sempena Mesyuarat Agong dwi tahunan daripada Commonwealth Association for Public Administration and Management (CAPAM) di Cape Town, Afrika Selatan pada bulan Oktober 2000
  8. Oleh Harvard Club of Malaysia pada 5 Mei 2005
  9. Oleh American Universities Alumni Malaysia (AUAM) pada 16 Disember 2007
  10. 1966 :Pingat Jasa Kebaktian (PJK), Negeri Sembilan
  11. 1975  : Johan Mangku Negara (JMN), Persekutuan
  12. 1977  : Setia Mahkota Perlis (SMP), Perlis
  13. 1985  : Dato’ Paduka Cura Simanja Kini (DPCM), (Dato’), Perak
  14. 1990  : Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP), (Dato’ Seri), Perak
  15. Panglima Mangku Negara (PMN), (Tan Sri), Persekutuan
  16. Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP), (Dato’), Pahang
  17. 1992  : Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSSA), (Dato’ Seri), Selangor
  18. 1993  : Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS), (Datuk Seri), Sarawak
  19. 1994  : Seri Paduka Mahkota Terengganu (SPMT),(Dato’), Terengganu
  20. 1994 :Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM),(Datuk Seri), Melaka
  21. 1995  : Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT), (Dato’ Seri), Terengganu , Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS), (Dato’ Seri Utama), Negeri Sembilan
  22. 1996  : Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK),(Datuk Seri Panglima), Sabah
  23. 2008.  : Seri Setia Mahkota Malaysia (SSM), (Tun), Persekutuan

Selepas bersara sunting

Beliau memegang pelbagai jawatan seperti :

  1. Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (dari 1992)
  2. Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) (dari 1996)
  3. Pengerusi SPPK (dari 1997)
  4. Pengerusi Petaling Garden Berhad (dari 1999)
  5. Pengerusi, NCB Holdings Berhad (dari 2000)
  6. Timbalan Pengerusi, Sime Darby Berhad (dari Oktober 2007)
  7. Pro Canselor Universiti Tun Abdul Razak (sejak 2003)
  8. Pro Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia sejak tahun 2006.
  9. Lembaga pengarah syarikat Sime Darby Berhad, Golden Hope Plantations Berhad, Petaling Garden Berhad dan Northport Corporation Berhad.
  10. Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sejak 1992.
  11. Pro-Cancelor Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor mulai 1 September 2007

Anugerah sunting

Pada tahun 1999 beliau dianugerah sebagai Pengarah Terbaik 1999 dari Institut Pengarah-Pengarah Malaysia.

Pada 1999 juga beliau dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah kerana jasa-jasanya dalam pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia. Beliau telah menyusun semula pentadbiran dan struktur Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri dan mewujudkan Perkhidmatan Bersama Pegawai Hal Ehwal Islam dan Perkhidmatan Gunasama Kehakiman Syarie.

Beberapa universiti telah memberi iajazah kehormat kepada beliau seperti Ijazah Kehormat Kedoktoran Sains (Pengurusan) oleh Universiti Utara Malaysia; Kedoktoran dalam Pengurusan Perniagaan dari Universiti Nottingham-Trent; Doktor Persuratan dari Universiti Malaysia Sarawak; dan Kedoktoran Pengurusan dari Universiti Islam Antarabangsa. [1]

Beliau terpilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang oleh UMNO sempena ulangtahun UMNO ke-62 di PWTC pada 11 Mei 2008. Anugerah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.[2]

Hasil karya sunting

  1. 1977 : Farmers’ Cooperatives - institution for small farmers in Malaysia [terbitan Farmers’ Organization Authority]
  2. 1994  : Masyarakat Peladang : Dari Segi Jiwa dan Semangat [terbitan Lembaga Pertubuhan Peladang ].
  3. 1991 : Perkhidmatan Awam Yang Berkualiti - [terbitan INTAN, koleksi ucapan-ucapan].
  4. 1992 : Kemajuan Pentadbiran Awam di Malaysia [terbitan INTAN,koleksi ucapan-ucapan].
  5. 1992  : The Public Service of Malaysia: Some Reflections on Quality, Productivity and Discipline [terbitan MAMPU, koleksi ucapan-ucapan]
  6. 1993 : Improvements and Development in the Public Service for The Year 1992 [terbitan MAMPU, bentuk laporan].
  7. 1993  : Penerapan Nilai dan Budaya Kerja Cemerlang dalam Pentadbiran Awam, Malaysia [terbitan INTAN,koleksi ucapan-ucapan].
  8. 1993  : The Changing Civil Service : Malaysia’s Competitive Edge, [terbitan Pelanduk Publications].
  9. 1994 : Wawasan Pentadbiran Awam Malaysia [terbitan INTAN, koleksi ucapan-ucapan].
  10. 1994  : The Civil Service of Malaysia: A Paradigm Shift [terbitan MAMPU, bentuk laporan].
  11. 1995  : The Civil Service of Malaysia: Towards Vision 2020 [terbitan MAMPU, bentuk laporan].
  12. 1995  : Pegawai Daerah: Satu Perubahan Peranan dan Paradigma [terbitan MAMPU].
  13. 1995  : Arah-Arah Strategik Perkhidmatan Awam Di Malaysia [terbitan INTAN, koleksi ucapan-ucapan].
  14. 1996 : The Civil Service of Malaysia : Towards Efficiency and Effectiveness [terbitan MAMPU, bentuk laporan].
  15. 1996  : Perkhidmatan Awam Menuju Era Baru [terbitan INTAN, koleksi ucapan-ucapan].
  16. 1996  : Civil Service Reforms: Towards Malaysia’s Vision 2020 [terbitan Pelanduk Publications].
  17. 1996  : Perkhidmatan Awam Malasyia Bertaraf Dunia [terbitan INTAN, koleksi ucapan-ucapan].
  18. 1996  : Circulars on Administratative Reforms in the Civil Service of Malaysia 1991 - 1996 [terbitan MAMPU].
  19. 1996  : The Chief Secretary to the Government, Malaysia [terbitan Pelanduk Publications].
  20. 2005 : Sekadar Berpendapat [terbitan IKIM, koleksi ucapan-ucapan].
  21. 1993 : Beberapa Etos Pembangunan Negara [terbitan INTAN, koleksi ucapan-ucapan].
  22. 1993  : Malaysia’s Vision 2020: Understanding the Concept Implications and Challenges. [terbitan Pelanduk Publications - editor].
  23. 1993 : Irama Lagu P. Ramlee [terbitan Kelab Harvard di Malaysia – mengumpul bersama Johari Salleh nota muzik dan lirik lagu- lagu filem 1948 - 1960].
  24. 1995 : Gelora, P. Ramlee [terbitan Kelab Harvard di Malaysia – mengumpul bersama Johari Salleh nota muzik dan lirik lagu- lagu filem 1961- 1972].
  25. 1996 : Air Mata di Kuala Lumpur [terbitan Kelab Harvard di Malaysia - mengumpul bersama Johari Salleh nota muzik dan lirik lain-lain lagu ciptaan dan nyanyian P. Ramlee].
  26. 1999 : P. Ramlee - Erti Yang Sakti [terbitan Pelanduk Publications - bentuk ensiklopedia].
  27. 2002 : P. Ramlee - The Bright Star [terbitan Pelanduk Publications] bersama dengan James Harding
  28. 2004 : Hang Tuah - Tokoh Epik Nasional [terbitan Pelanduk Pubications]
  29. 2005 : Lawn Bowls In Malaysia - The President’s Memoir [terbitan Pelanduk Publications]

Meninggal dunia sunting

Ahmad Sarji telah disahkan meninggal dunia pada 28 Ogos 2021 pada jam 1.40 pagi di Wad ICU, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia akibat komplikasi COVID-19.[3][4] Jenazah Allahyarham telah disolatkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah II, Bukit Kiara, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.58 pagi.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ "Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Ahmad Sarji Abdul Hamid Pro-Canselor baru UKM". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-23. Dicapai pada 2008-05-11.
  2. ^ Ahmad Sarji Dipilih Tokoh Melayu Terbilang[pautan mati kekal], Bernama.
  3. ^ "Negarawan, Tun Ahmad Sarji meninggal dunia". Utusan Malaysia. 28 Ogos 2021. Dicapai pada 28 Ogos 2021.
  4. ^ "Ahmad Sarji meninggal dunia". Berita Harian. 28 Ogos 2021. Dicapai pada 28 Ogos 2021.
  5. ^ "Jenazah Tun Ahmad Sarji selamat dikebumi". Astro Awani. 28 Ogos 2021. Dicapai pada 28 Ogos 2021.