Ahmad Yunus Hairi

ahli politik Malaysia

Yang Berhormat Dato' Dr Ahmad Yunus bin Hairi adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Selangor bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

Yang Berhormat Dato' Dr.

Ahmad Yunus Hairi

DPMS (Selangor)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kuala Langat, Selangor
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehXavier Jayakumar A/L Arulanandam
Majoriti1,833 (PRU-15)
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Sijangkang
Memegang jawatan
2008
Didahului oleh Abdul Fatah Iskandar
Majoriti2,081 (PRU-12)
2,942 (PRU-13)
1,677 (PRU-14)
11,308 (PRU-15)
Pesuruhjaya PAS Selangor ke-15
Dalam jawatan
2019 – 31 Oktober 2023
PresidenAbdul Hadi Awang
Didahului olehSallehen Mukhyi
Digantikan olehAb Halim Tamuri
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi
Dalam jawatan
2013–2018
Menteri Besar
Abdul Khalid Ibrahim (PKR)
Mohamed Azmin Ali (PKR)
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan
Dalam jawatan
2012–2013
Menteri BesarAbdul Khalid Ibrahim (PKR)
Butiran peribadi
Parti politik
KediamanSelangor Selangor
PekerjaanAhli politik

Exco Selangor sunting

Pada 18 Januari 2012, Dr Ahmad Yunus dilantik sebagai Exco negeri Selangor menggantikan Dr Hassan Ali yang dipecat dari PAS pada 8 Januari 2012. Dr Ahmad Yunus mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam . Beliau dipertanggungjawabkan terhadap Kebudayaan Melayu, Belia dan Sukan negeri Selangor. Hassan Ali sebenarnya menjadi Pengerusi Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Calon pilihan iaitu Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menolak jawatan tersebut.[1]

Isu dan kontroversi sunting

Dapat gantirugi RM55,000 sunting

Selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 akhbar Berita Harian menyiarkan berita "Tikam dari belakang - calon PAS". Pada 29 Julai 2004, Dr Ahmad Yunus Khairi telah memfailkan saman ke atas Datuk Abdul Fatah Iskandar, Kalimullah Hassan dan The News Straits Times Press( Malaysia ) Berhad. Rencana itu membawa maksud Ahmad Yunus seorang rakan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu bersama majlis ceramah UMNO / Abdul Fatah tetapi bertanding pula atas tiket PAS. Pembaca akan mentafsir Ahmad Yunus sebagai calon PAS tangkap muat dan beliau adalah calon yang berjuang berdasarkan emosi.[2]

Dr Ahmad Yunus diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin. Datuk Abdul Fatah Iskandar diwakili oleh firma Tetuan Salahuddin Saidin . Akhbar Berita Harian diwakili oleh peguam Josephen dari Tetuan Sharizat & Lee .[3]

Pada 29 Julai 2010, Mahkamah Sesyen Klang merekodkan bahawa Datuk Abdul Fatah Iskandar, akhbar Berita Harian dan kumpulan NSTP Press setuju membayar gantirugi RM55,000 tanpa pengakuan liabiliti kepada Dr Ahmad Yunus.

Pemakaian Baju Melayu semasa sidang Dewan Negeri sunting

Pada bulan November 2020, Ahmad Yunus adalah di antara 5 Ahli Dewan Negeri (ADUN) pembangkang yang ditegur oleh Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim kerana memakai Baju Melayu di Dewan pada hari yang bukan hari Jumaat.[4] ADUN-ADUN lain yang ditegur adalah Mohd Shamsudin Lias (Sungai Burong), Zakaria Hanafi (Semenyih), Mohd Imran Tamrin (Sungai Panjang) dan Rizam Ismail (Sungai Air Tawar). Teguran itu telah mencetuskan rasa tidak puas hati kalangan ADUN pembangkang.

Bidas Ahli Parlimen Klang sunting

Pada 5 September 2020, Dr Yunus selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor telah membidas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago kerana mahu perletakan jawatan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berikutan pencemaran sungai di Selangor.[5] Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata sebelum menuding kesalahan ke atas Menteri Air dan Alam Sekitar itu, Charles perlu cermin diri terlebih dahulu Kata Dr Yunus, pencemaran ini merupakan kejadian ulangan disyaki berpunca dari kilang yang sama justeru itu tindakan awal oleh Charles sewaktu menjadi pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ketika kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini di dalam mengekang isu pencemaran sungai yang berlaku dari awal adalah dipersoalkan.

Pertahankan Pendidikan Agama Negeri Selangor sunting

Pada bulan Julai 2017, Dr Yunus selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Islam, Adat Melayu dan Pembangunan Desa Negeri Selangor telah menolak dakwaan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa agenda pembangunan pendidikan agama negeri Selangor adalah tidak konsisten.[6]

Kata Dr Yunus, kerajaan negeri telah membina madrasah integrasi tahfiz dan maahad tahfiz di seluruh negeri.[6]

Beliau menegaskan terdapat beratus-ratus sekolah agama Kelas Al-Quran Fardhu Ain (KAFA), Sekolah Rendah Intergrasi di 11 buah daerah dan 4 buah Maahad Tahfiz Intergrasi Negeri. Elaun guru-guru agama di sekolah integrasi negeri juga telah dinaikkan sehingga RM1,500 sebulan yang menelan belanja RM20 juta seperti yang diluluskan pada Belanjawan 2017. RM13 juta juga telah diluluskan bagi pembaikan infrastruktur pendidikan aliran agama membabitkan sekolah agama rakyat (SAR), tambah beliau.

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Selangor
    •   Darjah Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) - Dato' (2014)

Keputusan Pilihan Raya sunting

Parlimen sunting

Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Kuala Langat Ahmad Yunus Hairi PN (PAS) 52,867 Manivannan Gowindasamy PH (PKR) 51,034 1,833
Mohana Muniandy BN (MIC) 18,685
Mohd Ridzuan Abdullah GTA (PEJUANG) 591
Zanariah Jumhuri BEBAS (PEN) 512
Ganeskumar PRM 171

Dewan Negeri Selangor sunting

Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2023 Sijangkang Ahmad Yunus Hairi PN (PAS) 30,422 Mohd Al-Hafizi Abu Bakar BN (UMNO) 19,114 11,308
2018 Ahmad Yunus Hairi PAS 12,688 Mohd Hamidi Abu Bakar PH (BERSATU) 11,011 1,677
Sulaiman Mohd Karli BN (UMNO) 10,420
2013 Ahmad Yunus Hairi PAS 14,838 Zurihan Yusop BN (UMNO) 11,896 2,942
2008 Ahmad Yunus Hairi PAS 10,049 Abdul Fatah Zakaria BN (UMNO) 7,968 2,081
2004 Ahmad Yunus Hairi PAS 6,259 Abdul Fatah Zakaria BN (UMNO) 9,655 3,396

Pautan luar sunting

  1. ^ ADUN Sijangkang angkat sumpah ganti Hasan Ali
  2. ^ Ahmad Yunus dapat gantirugi RM55,000 Dr Ahmad Yunus dapat gantirugi RM55,000[pautan mati kekal]
  3. ^ Ahmad Yunus dapat gantirugi RM55,000[pautan mati kekal]
  4. ^ Admin (2020-11-02). "Speaker DUN Selangor tegur 5 Adun pembangkang pakai baju Melayu". MalaysiaPost (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-14.
  5. ^ Osman, Muhammad Azizul (2020-09-05). "Cermin diri sendiri dulu Santiago, kata Pas Selangor". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-14.
  6. ^ a b azmi (2017-07-21). "Pendidikan agama: Exco Selangor jawab MB Johor". HarakahDaily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-14.