Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-14

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Haji Hamidi (Jawi: أحمد زاهد حميدي; lahir 4 Januari 1953) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari 2015 sehingga 2018 dalam kerajaan Barisan Nasional kepada Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak dan juga dalam kerajaan perpaduan kepada Perdana Menteri Dato' Seri Anwar bin Ibrahim sejak 2022. Beliau juga merupakan Menteri Dalam Negeri dari 2013 sehingga 2018, dan sebelum itu telah berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dari 2009 sehingga 2013.[1] Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk di Perak dan merupakan presiden bagi parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).


Ahmad Zahid Bin Hamidi

SJMK (Kel); SPSN (Prk); SSAP (Phg); SPDK (Sbh); DUNM (Mel); DP (Swk); SPMP (Prk); PNBS (Swk); DPMK (Kel); DMSM (Mel); DPMP (Prk); PhD
أحمد زاهد حميدي
Timbalan Perdana Menteri I
Memegang jawatan
3 Disember 2022
Berkhidmat dengan
Dato' Sri Fadillah Yusof
Raja
Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim
Didahului oleh Dato' Sri Ismail Sabri
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 9 Mei 2018
Raja KedahAlmarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
KelantanSultan Muhammad V
Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak
Didahului oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan oleh Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah
Memegang jawatan
3 Disember 2022
Raja Pahang Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim
Didahului oleh Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid
Pembangunan Luar Bandar
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P75 Bagan Datuk, Perak
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
25 April 1995 – 10 Oktober 2022
Didahului olehDato' Mohamed Jamrah - UMNO
Majoriti
14,830 (1995)
Pengerusi
Barisan Nasional
Memegang jawatan
12 Mei 2018
Timbalan Dato' Seri Utama Mohamad Hassan
Didahului oleh Dato' Seri Najib Razak
Presiden UMNO
Memegang jawatan
30 Jun 2018
Timbalan Dato' Seri Utama Mohamad Hassan
Didahului oleh Dato' Seri Najib Razak
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia
Dalam jawatan
12 Mei 2018 – 10 Mac 2019
Raja KelantanSultan Muhammad V
PahangAl-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
Didahului oleh Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Digantikan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Dalam Negeri Malaysia
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Didahului oleh Dato' Seri Hishammuddin Hussein
Digantikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Pertahanan
Dalam jawatan
9 April 2009 – 16 Mei 2013
Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak
Didahului oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi
Digantikan oleh Dato' Seri Hishamuddin Hussein
Naib Presiden UMNO
(Menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO mulai 27 Februari 2016 - 11 Mei 2018)
Dalam jawatan
2009–2018
Berkhidmat dengan
Hishammuddin Hussein
Mohd Shafie Apdal (2009-2016)
Didahului olehMohd Ali Rustam
Muhyiddin Yassin
Muhammad Muhammad Taib
Digantikan olehIsmail Sabri Yaakob
Mahdzir Khalid
Mohamed Khaled Nordin
Butiran peribadi
LahirAhmad Zahid bin Hamidi
(1953-01-04) 4 Januari 1953 (umur 71)
Bagan Datuk, Perak
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganDatin Seri Hamidah Khamis
Anak-anak
  • Nurulhidayah
  • Nurulizwani
  • Ahmad Khairul Hafiez
  • Ahmad Syafiq Hazieq
  • Ahmad Asyraf Arief
PekerjaanAhli politik

Di awal kerjaya politiknya, beliau merupakan seorang Senator dan Pengerusi Bank Simpanan Nasional[2] sebelum menjadi ketua sayap belia UMNO.[3] Selepas pilihan raya 2004, Zahid menjadi Timbalan Menteri di bawah kerajaan Abdullah Ahmad Badawi.[4] Semasa menjadi Timbalan Menteri, Zahid belajar dan dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Putra Malaysia.[5] Selepas pilihan raya 2008, Zahid menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.[6] Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada April 2009.[7] Zahid dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri pada 2013, menggantikan Hishamuddin Hussein.

Pada 29 Julai 2015, Zahid dilantik sebagai timbalan perdana menteri selepas Muhyiddin Yassin digugurkan dari kabinet Najib ekoran kritikan Muhyiddin terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad.[8]

Kehidupan awal dan keluarga sunting

Zahid dilahirkan pada 4 Januari 1953 di Bagan Datuk. Beliau merupakan anak sulung daripada 9 beradik (tujuh anak lelaki dan dua anak perempuan) dalam keluarganya.[12] Pada 1 Oktober 2011, ibunya meninggal dunia pada 1:40 pagi kerana sakit angin ahmar dan komplikasi jantung di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Jenazah ibunya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat, Selekoh, Bagan Datok.

Ibu mertuanya Allahyarhamah Salmah Yahya meninggal dunia di Hospital Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka pada 14 Februari 2011.

Pada 8 Ogos 2014, bapanya Allahyarham Hj Hamidi Abdul Fateh, 90, disahkan meninggal dunia pada pukul 5.05 petang akibat jangkitan paru-paru di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju. Solat jenazah di Wangsa Maju diimamkan oleh Sheikh Muhammad Idress Al-Mashrafe.[13]

Pada 22 Disember 2016, adik bongsunya, Ahmad Dzulfikri Hamidi disahkan meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Anak perempuan beliau, Nurul Hidayah Ahmad Zahid, merupakan pengacara rancangan TV dan terlibat dengan Rejimen Askar Wataniah sebagai sukarelawan.[14]

Beliau telah berkahwin dengan Datin Seri Diraja Hamidah Khamis.

Pendidikan sunting

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Balai dan menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh dan Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Selepas itu beliau menyambung pengajiannya ke Universiti Malaya dalam bidang Sastera pada tahun 1975-1976. Selanjutnya beliau mengambil kursus Certificate in Banking dan Diploma in Marketing Communication. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan berjaya menamatkan pengajian serta dianugerahkan dengan gelaran doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM).[9] Beliau telah menulis beberapa buah buku dalam bidang pelbagai genre dan komunikasi, sesuai dengan disiplin keilmuannya.

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjaya sebagai pegawai bank dan pernah berkhidmat di beberapa bank seperti bank OCBC, Pengerusi Bank Simpanan Nasional (1995–1998) dan juga Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pengurus Pemasaran di Amanah Saham Nasional Berhad, Pengarah Eksekutif di Scandinavian Motors Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif di Kretam Holding Berhad, Pengerusi Tekala Corporation Berhad, Pengerusi Seng Hup Berhad dan Pengerusi Ramatex Berhad. Pada tahun 1999 beliau menjadi Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).[10]

Politik sunting

Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datok, Naib Ketua Pemuda UMNO Perak, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Beliau memikul tanggungjawab Najib Razak semasa di Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pertahanan.

Pilihan raya Malaysia sunting

Selepas itu Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi melantik beliau sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.

Keputusan pilihan raya sunting

Parliamen Malaysia: Bagan Datok/Bagan Datuk, Perak[11][12][13]
Tahun Kerajaan Undian Prts Pembangkang Undian Prts Buang undi Majoriti Keluar
1995 Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) 17,646 86.24% Asha'ri Marsom (S46) 2,816 13.76% 21,937 14,830 62.02%
1999 Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) 12,938 60.86% Mohamad Dahalan Arhsad (PKR) 8,321 39.14% 22,164 4,617 60.24%
2004 Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) 17,049 79.08% Ayyathurai Achutharaman (PKR) 4,510 20.92% 22,690 12,539 66.38%
2008 Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) 13,115 55.72% Madzi Hasan (PKR) 10,423 44.28% 24,414 2,692 70.42%
2013 Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) 17,176 53.27% Madhi Hasan (PKR) 15,068 46.73% 33,069 2,108 82.83%
2018 Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) 18,909 40.0%
Pakhrurrazi Arshad (PKR) 13,836 29.2% 37,620 5,073 79.9%
Ata Abdul Muneim Hasan Adli (PAS) 4,061 8.6%
2022 Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) 16,578 39.61%
Shamsul Iskandar Md. Akin (PKR) 16,230 38.78% 41,856 348 71.94%
Muhammad Faiz Na'aman (BERSATU) 8,822 21.08%
Tawfik Ismail (Bebas) 226 0.54%

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Ahmad Zahid bin Hamidi, Y.B. Dato' Seri Dr". Parlimen Malaysia. Dicapai pada 17 June 2010.
  2. ^ "Yadim sets up holding firm to diversify". New Straits Times. 17 November 1994. Dicapai pada 7 January 2010.
  3. ^ "Forget differences, says new Youth leader". New Straits Times. 10 October 1996. Dicapai pada 7 January 2010.[pautan mati kekal]
  4. ^ "More tourism offices to open". The Star (Malaysia). 4 April 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-06-30. Dicapai pada 7 January 2010. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ "Zahid Hamidi Conferred PhD". Bernama. 25 February 2008. Dicapai pada 7 January 2010.
  6. ^ Leoi Leoi, Sim (27 March 2008). "Shape up or ship out, Islamic officers told". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-04. Dicapai pada 7 January 2010. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  7. ^ "Welfare Main Focus of New Defence Minister". Bernama. 13 April 2009. Dicapai pada 7 January 2010.
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-07. Dicapai pada 2017-06-18.
  9. ^ "Zahid gets his PhD at UPM". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 December 2020. Dicapai pada 10 December 2020.
  10. ^ "Dato Seri' Ahmad Zahid Hamidi". umno-online.my.
  11. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Dicapai pada 17 June 2010. Percentage figures based on total turnout.
  12. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  13. ^ https://election.thestar.com.my/perak.html

Pautan luar sunting


Penyandang Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Malaysia
29-Jul-2015 - 10-Mei-2018
Penyandang Kemudian
Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail