Dr. Ahmad Zewail seorang tokoh pakar sains Mesir telah dianugerahkan dengan Hadiah Nobel 1999 dalam bidang kimia.

Ahmad Zewail

Dr. Zewail merupakan saintis Islam kedua selepas Prof. Abdus Salam, rakyat Pakistan yang menerima anugerah berprestij tersebut di atas jasanya untuk penemuan Femto Second, iaitu kaedah mengesan pergerakan atom dan molekul menerusi sukatan waktu yang tepat.

Penemuan tersebut dikatakan berupaya mengesan ukuran jarak dalam unit bagi pergerakan molekul iaitu bersamaan dengan 1/100 juta sentimeter manakala kelajuan diukur berdasarkan satu kilometer sesaat.

Dengan bantuan Femto Laser, ia akan membolehkan sukatan unit masa untuk pergerakan yang bersamaan dengan 100 Femto Second.

Beliau kini menetap di San Marino, California bersama isterinya Dema Zewail yang merupakan ahli perubatan di Universiti California, Los Angeles (UCLA). Dia mendapat kerakyatan Amerika Syarikat pada 1982.

Sementara itu beliau juga pernah menyandang Anugerah Kerusi Linus Pauling bagi mengiktiraf saintis dalam bidang Fizik Kimia di California Institute of Technology, Pasadena sejak tahun 1990.

Fakta menarik Dr. Ahmad Zewail

  • Saintis Islam kedua yang mendapat Anugerah Nobel dalam bidang kimia pada tahun 1999.
  • Beliau dilahirkan pada 26 Februari 1946 di Mesir.
  • Ibu bapanya begitu mengharapkan beliau menjadi seorang profesor. Malah sejak kecil lagi, ibu bapanya telah meletakkan tanda nama "Dr. Ahmed" di bilik bacaannya.
  • Selain membaca, beliau sangat meminati muzik.
  • Beliau tidak meminati Sains Sosial kerana ia memerlukan seseorang itu mengingat sesuatu subjek sedangkan beliau lebih suka bertanya "kenapa" dan "bagaimana".
  • Minatnya dalam bidang matematik dan kimia bermula sejak kecil. Beliau pernah membina beberapa buah alat uji kaji termasuklah sebuah radas daripada alat pembakar milik ibunya (yang digunakan untuk membuat kopi).
  • Bapa kepada empat orang cahaya mata itu memiliki dua kewarganegaraan iaitu Mesir dan Amerika Syarikat.
  • Beliau memegang dua jawatan profesor di Caltech iaitu Profesor Fizik dan Kimia.

Pautan luar sunting