Ahmed II (bahasa Turki Uthmaniyyah: احمد ثانى Aḥmed-i sānī) (25 Februari 16431695) adalah Sultan Empayar Uthmaniyyah dari 1691 sehingga 1695. Ahmed II adalah putranda Sultan Ibrahim I (1640–48) dari permaisuri ke-3 baginda Haseki Muazzez Hatice Sultan iaitu menggantikan saudaranya Suleiman II (1687–91) pada 1691. Nenda baginda ialah Valide Kosem Sultan, lebih dikenali sebagai Büyük Valide Sultan, iaitu Sultana yang paling berkuasa dan terkuat memerintah seluruh Empayar Uthmaniyah dengan kawalan tertinggi selama 30 tahun.

Ahmed II

Tindakan Ahmed II yang banyak diingat adalah pengangkatan Mustafa Köprülü sebagai raja muda. Hanya beberapa minggu setelah kenaikannya Empayar Uthmaniyyah mendapat kekalahan besar dalam Pertempuran Slankamen dari Austria di bawah Ludwig Wilhelm dari Baden dan dipukul ke Hungary. Selama 4 tahun masa pemerintahannya bencana demi bencana terus melanda negerinya, dan pada 1695 Ahmed II meninggal, lelah akibat penyakit dan kedukaan.

Didahului oleh
Suleiman II
Sultan Uthmaniyyah
1691–95
Diikuti oleh:
Mustafa II