Air Nomad (Nomad Udara) merupakan suatu istilah yang merujuk kepada bangsa pengendali angin dalam dunia fantasi siri televisyen animasi Nickelodeon, Avatar: The Last Airbender. Air Nomad merupakan salah satu dari "Empat Bangsa" dalam siri ini. Air Nomad mempunyai empat Kuil Udara, masing-masing terletak dan tersembunyi di puncak pergunungan yang tinggi, di setiap empat penjuru dunia, salah satunya terletak di utara Earth Kingdom, sementara yang lain terletak di tiga pulau terpencil. Bangsa Air Nomad terdiri dari kaum yang menguasai teknik "pengendalian angin" (airbending), salah satu kekuatan mistik yang mampu mengendalikan udara.

Dalam siri Avatar: The Last Airbender, bangsa Air Nomad merupakan mangsa kekejaman Fire Nation dan dianggap telah pupus kerana dibunuh oleh Fire Nation. Satu-satunya Air Nomad yang selamat ialah seorang budak berusia 12 tahun yang bernama Aang, yang lari dari Kuil Udara Selatan beberapa ketika sebelum peperangan dimulakan, dan kemudian telah terperangkap dalam aisberg selama 100 tahun.

Watak terkenal sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.