Air liur

rembesan cair yang dikeluarkan oleh kelenjar liur

Air liur merupakan bahan berair yang terletak di mulut organisma yang dirembeskan oleh kelenjar air liur. Air liur manusia terdiri daripada 99.5% air manakala 0.5% yang selebihnya terdiri daripada elektrolit, mukus, glisoprotein, enzim, dan sebatian antibakteria seperti IgA rembesan dan lisozim.[1] Enzim-enzim dalam air liur adalah penting dalam pencernaan kanji dan lemak makanan, dan juga memainkan peranan dalam memecahkan zarah makanan yang tersumbat dalam rekahan gigi untuk melindungi gigi daripada dirosakkan oleh bakteria.[2] Lebih-lebih lagi, air liur bertindak sebagai pelicin yang membasahkan makanan dan membolehkan penelanan, serta melindungi permukaan bermukus rongga mulut dari kering.[3]

Pelbagai spesies mempunyai kegunaan khas untuk air liur selain prapencernaan. Sesetengah burung layang-layang menggunakan ludah yang melekit untuk membina sarang. Sarang Aerodramus dicari-cari untuk membuat sup sarang burung.[4] Ular tedung, ular kapal, dan sebagainya memburu dengan. Sesetengah artropod seperti labah-labah dan beluncas membuat benang dari kelenjar air liur.

Rujukan sunting

  1. ^ Templat:GeorgiaPhysiology
  2. ^ Fejerskov, E; Kidd (2008). Dental Caries: The Disease and Its Clinical Management, 2nd Edition. Wiley-Blackwell. ISBN 978-1-4051-3889-5. More than one of |first1= dan |first= specified (bantuan)CS1 maint: extra punctuation (link)
  3. ^ Edgar, M; Dawes, C; O'Mullane, D (2004). Saliva and Oral Health: 3rd Edition. British Dental Association. ISBN 0-904588-87-4.
  4. ^ . doi:10.1016/j.foodres.2005.02.008. Cite journal requires |journal= (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)

Pautan luar sunting