Ais kering (dry ice) merupakan sejenis ejen penyejuk yang banyak digunakan dalam industri makanan. Ia telah meluas digunakan di negara maju di Eropah atau benua Amerika. Ia adalah sejenis bahan penyejuk secara amnya digunakan untuk mengekalkan kesegaran ikan atau mayat manusia. Di Malaysia, bahan ini tidak popular kegunaannya kerana kurang promosi oleh pihak pembekal.

Ais kering
Ais kering dalam air

Ais kering diperbuat dari karbon dioksida yang dimampatkan menjadi pepejal berbentuk bungkah seperti batu bata. Suhunya adalah -80 darjah Celcius di bawah paras beku. Untuk mendapatkan kesan maksimum dari penggunaan bahan ini, bekas yang digunakan mesti kedap udara. Apabila bahan ini dibiar tanpa bekasnya, ia akan bertukar menjadi gas dan hilang begitu sahaja.

Dry ice pellet sublimating in water
Dry ice block sublimating in air.
Small pellets of dry ice sublimating in air.
Carbon dioxide phase diagram

Sejarah sunting

Pada 1835 ahli kimia Perancis Charles Thilorier menerbitkan gambaran pertama mengenai ais kering.[1][2] Ketika membuka tutup silinder besar yang mengandungi karbon dioksida cair dia menyedari kebanyakan karbon dioksida terpelowap meninggalkan ais kering pepejaj di dalam bekas. Sepanjang 60 tahun berikutnya, ais kering di uji dan dipantau oleh ahli sains.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Duane H. D. Roller; M. Thilorier (1952). "Thilyorier and the First Solidification of a "Permanent" Gas (1835)". Isis. 43 (2): 109–113. doi:10.1086/349402.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ Charles Thilorier (1835). "Solidification de l'Acide carbonique". Comptes rendus (dalam bahasa French). 1: 194. doi:10.1086/349402.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting