Vishal Veeru Devgan (Hindi: अजय देवगन (lahir 2 April 1969) atau lebih dikenali sebagai Ajay Devgn ialah seorang pelakon, pengarah dan penerbit filem India. Beliau dianggap secara meluas sebagai salah seorang pelakon paling popular dan berpengaruh di perfileman Hindi, yang telah muncul di lebih daripada sejumlah filem Hindi. Devgn telah memenangi pelbagai anugerah, termasuk dua Anugerah Filem Kebangsaan dan empat Anugerah Filmfare. Pada tahun 2016, beliau diberi penghargaan oleh Kerajaan India dengan Padma Shri, penghargaan awam keempat tertinggi di negara ini.[2][3][4][5][6][7][8][9]

Ajay Devgn
अजय देवगन
Devgn di majlis pelancaran MTV Super Fight League.
Kelahiran
Vishal Veeru Devgan[1]

(1969-04-02) 2 April 1969 (umur 55)
PendidikanKolej Mithibai
PekerjaanPelakon, penerbit, pengarah
Tahun aktif1991–kini
PasanganKajol (k. 1999)
Anak-anak2
Ibu bapaVeena dan Veeru Devgan
Laman web rasmiajaydevgnffilms.com

Devgn memulakan kerjaya profesional beliau menerusi filem Phool Aur Kaante pada 1991 dan menerima Anugerah Filmfare untuk Penampilan Sulung Lelaki Terbaik bagi persembahannya.[10][11] Beliau kemudian berlakon dalam beberapa filem paling berjaya seperti Jigar (1992), Sangram (1993), Vijaypath (1994), Dilwale (1994), Suhaag (1994), Haqeeqat (1995), Naajayaz (1995), Diljale (1996) dan Ishq (1997). Pada tahun 1998, beliau muncul dalam filem drama arahan Mahesh Bhatt Zakhm; dan menerima Anugerah Filem Kebangsaan untuk Pelakon Lelaki Terbaik bagi peranannya dalam filem itu. Pada tahun 1999, filem lakonannya yang paling banyak diperkatakan Hum Dil De Chuke Sanam di mana beliau memegang watak Vanraj, seorang lelaki yang cuba untuk menyatukan isterinya dengan kekasihnya.

Pada tahun 2000-an, beliau memberikan persembahan yang kritis dalam filem cereka Ram Gopal Varma, Company. Beliau memegang watak sebagai seorang samseng, yang mana beliau memenangi Anugerah Pengkritik Filmfare untuk Pelakon Lelaki Terbaik. Pada tahun yang sama, beliau memberikan persembahan terbaik yang diiktiraf dalam Deewangee, di mana beliau menerima Anugerah Penjahat Terbaik Filmfare. Pada tahun 2003, beliau memenangi Anugerah Filem Kebangsaan untuk Pelakon Lelaki Terbaik keduanya bagi lakonannya sebagai Bhagat Singh dalam biopik Rajkumar Santoshi The Legend of Bhagat Singh. Sepanjang kerjayanya, beliau telah berlakon dalam filem-filem komersial yang berjaya termasuk Raincoat (2004), Gangajal, (2004), Yuva (2004), Apaharan (2005), Omkara (2006), Golmaal: Fun Unlimited (2006), Golmaal Returns (2008), All the Best: Fun Begins (2009), Once Upon a Time in Mumbaai (2010), Golmaal 3 (2010), Raajneeti (2010), Singham (2011), Bol Bachchan (2012), Son of Sardaar (2012), Singham Returns (2014), Drishyam (2015), Shivaay (2016), Golmaal Again (2017), Raid (2018), Total Dhamaal (2019), dan De De Pyaar De (2019). Devgn telah membintangi lebih daripada seratus filem Hindi. Selepas berbuat demikian, beliau telah menubuhkan dirinya sebagai salah satu pelakon terkemuka di pawagam Hindi.[12][13][14]

Devgn memiliki syarikat penerbitan Ajay Devgn FFilms, yang ditubuhkan pada 2000. Pada tahun 2008, beliau menduduki kerusi pengarah menerusi U Me Aur Hum. Beliau berkahwin dengan Kajol sejak 1999 dan dikurniakan dua anak. Pada Ogos 2009, Devgn menukar nama keluarganya daripada Devgan kepada Devgn atas permintaan keluarganya.[15]

Filemografi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Ajay Devgn says he's been put behind bars twice, reveals why he changed his real name". Deccan Chronicle (dalam bahasa Inggeris). 2018-03-14. Dicapai pada 2018-12-14.
  2. ^ Isha Sharma (25 January 2016). "After Being Honored With A Padmashri Award, Ajay Devgn Shares A Sweet Message For His Fans!". Times Internet. Dicapai pada 28 January 2016.
  3. ^ "Ajay Devgn." Koimoi.com Accessed 29 June 2013.
  4. ^ "Ajay Devgn turns 41." Diarkibkan 27 Januari 2011 di Wayback Machine Hindustan Times 2 April 2010.
  5. ^ "Readers' Picks: Top Bollywood Actors." Rediff.com 17 August 2006. Accessed 26 January 2010.
  6. ^ "Powerlist: Top Bollywood Actors." Rediff.com 8 December 2006. Accessed 26 January 2010.
  7. ^ "Box Office 2000s Decade in Review." Ibos network.com 19 January 2010. Accessed 26 January 2010.
  8. ^ Subhash K. Jha (22 February 2003). "Shah Rukh, Ash, Ajay Devgan's rich haul". Rediff webdesk. Rediff. Dicapai pada 6 January 2016.
  9. ^ "Filmfare Awards for Best Actor In A Negative Role". Awards & Winners. Dicapai pada 2 December 2015.
  10. ^ "Box Office 1991". Box Office India. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 January 2011. Dicapai pada 10 January 2007.
  11. ^ Sampurn Wire. "Ajay Devgan a versatility expert". Thaindian.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2014. Dicapai pada 7 Jun 2010.
  12. ^ "rediff.com: Readers' Picks: Top Bollywood Actors". Rediff.com. 17 August 2006.
  13. ^ "rediff.com: The Powerlist: Top Bollywood Actors". Rediff.com. 8 August 2006.
  14. ^ "Box Office 2000s Decade in Review – Top Actors, Actresses and Directors: Final Tallies and Standings". Ibosnetwork.com. 19 January 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 December 2012.
  15. ^ Ghose, Daliya (1 April 2012). "Happy Birthday, Ajay Devgan | Golmaal Returns". Bollywoodmantra.com.

Bibliografi sunting

Pautan luar sunting