Ajinomoto Co., Inc. (Jepun: 味の素株式会社, Hepburn: Aijinomoto Kabushiki-gaisha) (TYO: 2802 ) ialah sebuah syarikat Jepun yang mengeluarkan perasa makanan, minyak masak, makanan, dan farmaseutikal. Terjemahan harfiah untuk Aji no Moto ialah "Intipati Rasa". Nama ini telah dipergunakan sebagai cap dagangan untuk keluaran monosodium glutamat (MSG) syarikat.

Ajinomoto Co., Inc.
Nama asli味の素株式会社
Nama rumiAjinomoto Kabushiki-gaisha
Jenis/bentuk sahSyarikat awam (K.K.)
Didagangkan sebagaiTYO: 2802
MYX: 2658
Komponen 70 Besar TOPIX
ISINJP3119600009 Sunting ini di Wikidata
IndustriMakanan
Ditubuhkan17 Jun 1917; 106 tahun yang lalu (1917-06-17)
(sebagai S. Suzuki & Co. Ltd.)
PengasasKikunae Ikeda Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatChūō, Tokyo, Jepun
Kawasan perkhidmatan35 negara
Tokoh pentingTakaaki Nishii (Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif)
KeluaranPerasa, minyak masak, makanan beku, pemanis, asid amino dan farmaseutikal
Hasil ¥1,150 bilion (FY 2017)[1]
Pendapatan kendalian ¥83 bilion (FY 2017)[1]
Pendapatan bersih ¥69 bilion (FY 2017)[1]
Jumlah aset ¥1,426 bilion (FY 2017)[1]
Jumlah ekuiti ¥721 billon (FY 2017)[1]
Bilangan kakitangan32,734 (2017)[1]
Anak syarikatAjinomoto (United States), PT Ajinomoto Indonesia Sunting ini di Wikidata
Tapak webAjinomoto Group
Facebook: SaboresAjinomoto Twitter: ajinomoto Instagram: worldumamirecipes Youtube: UCyWC4Xto8WjzoF4pUKawWvw Youtube: ajinomoto Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ajinomoto kini mengeluarkan sekitar 33% daripada MSG di dunia, dengan hasil tahunan sebanyak AS$9.84 bilion. Syarikat ini aktif di 23 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, dan menggaji sekitar 24,861 orang pada tahun 2004.

Perasa monosodium glutamat (MSG), keluaran pengenalan syarikat Ajinomoto, pada asalnya dipasarkan di Jepun pada tahun 1909 selepas ditemui dan dipaten oleh Kikunae Ikeda. Syarikat itu dengan pantas berkembang ke negara-negara yang lain, dengan Ajinomoto USA, Inc. ditubuhkan pada tahun 1956. Sejak dari itu, Ajinomoto telah menjadi sebuah konglomerat yang meluas ke kawasan-kawasan yang lain, walaupun khususnya dalam industri makanan. Ajinomoto kini merupakan sepatah nama generik untuk MSG di sebilangan negara Asia.

Perbalahan sunting

Pada awal tahun 2001, Ajinomoto terbabit dalam sebuah skandal di Indonesia yang mempunyai sebahagian besar orang Islam apabila syarikat itu didapati menggunakan sejenis enzim berasaskan daging babi untuk pengeluaran MSG.[2][3] pengiklanan syarikat di sesetengah negara yang berbunyi: "Daripada bahan apakah Ajinomoto diperbuat?" Pada tahun 1917, sebuah khabar angin mengatakan bahawa Ajinomoto diperbuat daripada ular, tetapi ini ternyata tidak benar. Kini syarikat itu telah menukar menggunakan enzim yang dihasilkan dari kacang soya.

Pengkomplotan penetapan harga lisina sunting

Ajinomoto merupakan salah satu ahli kartel penetapan harga lisina pada pertengahan dekad 1990-an. Bersama-sama dengan Kyowa Hakko Kogyo, dan Sewon America Inc., Ajinomoto menyelesaikan perkara ini dengan Bahagian Antitrust Jabatan Keadilan Amerika Syarikat pada September 1996. Setiap syarikat dan seorang eksekutif daripada syarikat masing-masing mengaku salah sebagai sebahagian persetujuan rayuan untuk membantu penyiasatan lanjut. Kerjasama mereka menghasilkan penyelesaian dengan Archer Daniels Midland pada Oktober 1996 sebanyak AS$100 juta yang merupakan denda antitrust yang tertinggi ketika itu.[4] Kartel tersebut dapat meningkatkan harga lisina sebanyak 70% dalam tempoh kerjasama sembilan bulan yang pertama.[5]

Anak syarikat sunting

  • Ajinomoto USA, Inc. ialah sebuah anak syarikat milik penuh Ajinomoto Co., Inc.
    • Ajinomoto AminoScience LLC ialah sebahagian anak syarikat Ajinomoto USA, Inc. yang membekalkan keluaran asid amino dan perkhidmatan kepada sebilangan industri pengeluaran dan penyelidikan.[6]

Di United Kingdom, perasa monosodium glutamat Ajinomoto dikeluarkan melalui Britannia Pharmaceuticals Limited, sebuah anak syarikatnya di United Kingdom.

Di Ajinomoto syarikat di Filipina mempunyai enam jenama.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f "Financial Report for the fiscal year ended March 31, 2018" (PDF). Ajinomoto Group. Dicapai pada 2018-03-31.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-12. Dicapai pada 2007-05-07.
  3. ^ [1] Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine Ini memberikan keertian yang ironik kepada cogan kata
  4. ^ Meredith E. B. Bell dan Elena Laskin, Pencabulan Antitrust, 36 Am. Crim. L. Rev. 357
  5. ^ James M. Griffin, Timbalan Penolong Peguam Negara, Bahagian Antitrust, Jabatan Keadilan: Rancangan Kelonggaran Moden Selepas Sepuluh Tahun: Gambaran Keseluruhan Ringkas tentang Rancangan Penguatkuasaan Jenayah Bahagian Antitrust, 12 Ogos 2003
  6. ^ Laman web Ajinomoto AminoScience, Dicapai pada 18 November 2005.

Pautan luar sunting