Aken adalah sejenis buah kering yang dihasilkan oleh banyak spesies tumbuhan berbunga. Aken adalah pembentukan monokarpel ("monocarpellate") iaitu dihasilkan daripada karpel tunggal. Aken tidak terbuka apabila sudah matang. Aken mempunyai satu biji benih yang memenuhi hampir keseluruhan perikarp (dinding buah yang terhasil daripada dinding ovari), atetpi tidak melekat kepada dinding perikarp tersebut. Contoh aken adalah benih pokok-pokok buttercup, gandum kuda dan paliman.

aken

Aken paling menjadi kebiasaan adalah buah daripada pokok Strawberi, di mana “biji” buah tersebut adalah aken (mengikut kajian botani biji ini adalah “buah”) dan apa yang kita makan sebenarnya adalah sebenarnya buah aksesori (accessory fruit).

Buah pokok rusiga (sedge) kadangkala dianggap sebagai aken kerana mempunyai satu lokul (ruang atau sel pada satu ovari, buah atau anter) ovari majmuk. Mengikut takrifan yang sama, buah pokok daripada kumpuakn tumbuhan Asteraceae juga biasanya dianggap sebagai aken. Biji pokok bunga matahari di dalam sabut sebenarnya bukan biji tetapi adalah aken. Sabut berwarna putih-kelabu itu sebenarnya adalah dinding buah pokok ini.

Bijirin, sejenis buah yang seakan-akan aken, berbeza kerana perikarpnya telah bergabung (berpadu) dengan lapisan kulit nipis buah tersebut. Aken yang mempunyai “sayap” seperti aken pokok maple dipanggil samara.