Akrilonitril ialah sebatian organik dengan formula kimia CH2CHCN. Sebatian ini terdiri daripada kumpulan vinil (etilena tanpa satu ikatan hidrogen) dengan nitril. Sebatian ini ialah cecair tak berwarna yang meruwap, tetapi boleh menjadi kekuningan akibat kehadiran bendasing. Akrilonitril merupakan bahan yang reaktif dan beracun meskipun dalam dos yang rendah. Sebatian ini digunakan sebagai monomer bagi pelbagai jenis plastik seperti poliakrilonitril.

Akrilonitril
Nama
Nama IUPAC pilihan
Prop-2-enanitril
Nama lain
Akrilonitril
2-Propenanitril
Sianoetena
Vinil sianida (VCN)
Sianoetilena
Propenanitril[1]
Pengecam
Imej model 3D Jmol
ChEBI
ChEMBL
ChemSpider
ECHA InfoCard 100.003.152
Nombor EC
  • 608-003-00-4
KEGG
Nombor RTECS
  • AT5250000
UNII
Nombor PBB 1093
  • InChI=1S/C3H3N/c1-2-3-4/h2H,1H2 ☑Y
    Key: NLHHRLWOUZZQLW-UHFFFAOYSA-N ☑Y
  • InChI=1/C3H3N/c1-2-3-4/h2H,1H2
    Key: NLHHRLWOUZZQLW-UHFFFAOYAG
  • N#CC=C
  • C=CC#N
Sifat
C3H3N
Jisim molar 53.06 g·mol−1
Rupa bentuk Cecair tidak berwarna
Ketumpatan 0.81 g/cm3
Takat lebur −84 °C (−119 °F; 189 K)
Takat didih 77 °C (171 °F; 350 K)
70 g/L
log P 0.19[2]
Tekanan wap 83 mmHg[1]
Bahaya
Bahaya-bahaya utama Mudah terbakar,
reaktf,
toksik,
karsinogen mungkin[1]
MSDS ICSC 0092
NFPA 704 (berlian api)
NFPA 704 berlian 4 warnaKemudahbakaran kod 3: Cecair dan pepejal yang boleh dinyalakan di bawah hampir semua keadaan suhu ambien. takat kilat di antara 23 dan 38 ° C (73 dan 100 ° F). Contohnya, petrol)Kesihatan kod 4: Pendedahan yang singkat mungkin menyebabkan kematian atau kecederaan sisa utama. Cth, gas VXKereaktifan kod 2: Mengalami perubahan kimia ganas pada suhu dan tekanan yang tinggi, bertindak balas ganas dengan air, atau boleh membentuk campuran letupan dengan air. Cth, fosforusBahaya khas (putih): tiada kod
3
4
2
Takat kilat −1 °C; 30 °F; 272 K
471 °C (880 °F; 744 K)
Had letupan 3–17%
Dos maut (LD) atau kepekatan dos maut (LC)
500 ppm (tikus, 4 jam)[3]
260 ppm (arnab, 4 jam)
575 ppm (tikus belanda, 4 jam)
636 ppm (tikus, 4 jam)
452 ppm (manusia, 1 jam)[3]
NIOSH (Had pendedahan kesihatan AS):
TWA 2 ppm C 10 ppm [15 minit] [kulit][1]
REL (Disyorkan)
Ca TWA 1 ppm C 10 ppm [15 minit] [kulit][1]
85 ppm[1]
Sebatian berkaitan
Sebatian berkaitan
Asid akrilik
Akrolein
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 ☑Y pengesahan (apa yang perlu☑Y/N?)
Rujukan kotak info

Penghasilan sunting

Akrilonitril dihasilkan melalui proses pengammoksidaan propilena dengan udara sebagai mangkin, di mana ammonia dan udara bertindak balas dengan propilena untuk menghasilkan akrilonitril. Tindak balas ini dilakukan dalam industri pada suhu 400–510 °C dan tekanan 50–200 kPag. Proses ini juga dipanggil sebagai proses Sohio.

 

Tindak balas ini sering mengeluarkan hidrogen sianida dan asetonitril sebagai bahan sampingan yang biasanya dikumpul dan dipasarkan.[4]

Tindak balas sunting

Akrilonitril boleh menjalankan tindak balas Michael bersama pelbagai nukleofil, yakni dalam proses pensianoetilan. Dalam tindak balas di bawah, kuprum(II) asetat digunakan sebagai mangkin, dan Nu ialah nukleofil.[5]

 

Kesan kesihatan sunting

Akrilonitril merupakan sebatian reaktif dan meruwap pada dos yang rendah.[4] Sebatian ini menjalani pempolimeran dengan risiko letupan.

Akrilonitril juga berbahaya kepada kehidupan akuatik.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g NIOSH Pocket Guide to Chemical Hazards. "#0014" (dalam bahasa Inggeris). National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH).
  2. ^ "Acrylonitrile_msds".
  3. ^ a b "Acrylonitrile". Immediately Dangerous to Life or Health Concentrations (IDLH). Institut Kebangsaan untuk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH).
  4. ^ a b James F. Brazdil (2005), "Acrylonitrile", Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry (dalam bahasa Inggeris), Weinheim: Wiley-VCH, doi:10.1002/14356007.a01_177.pub3
  5. ^ Shuji Tomoda, "Pensianoetilan", "Sekai Daihyakka Jiken", versi CD-ROM, Heibonsha, 1999.
  6. ^ "CDC - ACRYLONITRILE - International Chemical Safety Cards - NIOSH". www.cdc.gov. Dicapai pada 2015-07-31.