Alan Graham Johnston (lahir pada 17 Mei, 1962) adalah seorang wartawan British yang bekerja untuk syarikat penyiaran BBC. Beliau ialah wartawan bebas BBC di Uzbek , Afghanistan dan di Semenanjung Gaza. Pada 12 Mac 2007 ketika membuat laporan di Gaza, beliau telah diculik oleh kumpulan yang menamakan mereka sebagai 'Tentera Islam'. Beliau akhirnya berjaya dibebaskan 4 bulan kemudian iaitu pada 4 Julai 2007.

Alan Johnston
Kelahiran (1962-05-17) 17 Mei 1962 (umur 61)
PendidikanMA in English and politics, University of Dundee.
Diploma in journalism studies Cardiff University.
PekerjaanWartawan
Ibu bapaGraham dan Margaret Johnston

Biografi sunting

Johnston dilahirkan di Lindi, Tanganyika (sekarang Tanzania), benua Afrika. Anak kepada Graham dan Margaret Johnston .Kemudian menyambung pelajaran di Akademi Dollar di Scotland. Seterusnya belajar di Universiti Dundee dalam jurusan Bahasa Inggeris dan Politik. Johnston juga memiliki diploma dalam Kajian Kewartawanan dari Universiti Wales di Cardiff, Britain.

Kewartawanan sunting

Jonhston menyertai BBC pada tahun 1991 dan menjadi wartawan BBC selama 8 tahun termasuk di Kabul, Afghanistan yang ketika itu ditadbir oleh Taliban.

Kemudian menjadi wartawan sepenuh masa bagi BBC dan bertugas di Gaza, Palestin mulai 1 April 2007. Malangnya beliau diculik . Sebelum itu beliau mebuat liputan di Gaza untuk BBC termasuk membuat liputan tentang Pelan Perlucutan Senjata Israel pada 2005. Parti Hamas menang dalam pilihan raya legislatif Palestin 2006 dan Konflik Israel-Gaza 2006 dan kegiatan keganasan di Palestin dari 2006-2007.

Rakan setugas beliau ialah Paul Adam. Katanya Johnston seorang yang bertungkus-lumus memberi liputan setiap hari tentang apa yang berlaku di Gaza dan Palestin. Mustafa Barghusi selaku Menteri Penerangan Palestin menganggap Johnston sebagai 'rakan kepada semua orang'. Marwan Barghusi iaitu pemimpin Fatah yang telah dipenjarakan juga menganggap Johnston sebagai 'kawan penduduk Palestin'.

Apabila tidak bertugas sebagai wartawan , Johnston telah mengeluarkan laporan radio tentang Taliban dan pernah mendapat hadiah gangsa daripada Sony Radio Academy Award. Johnston juga pernah bekerja di The World Today .

Kelab Akhbar London telah menganugerah 'Tokoh Kewartawanan British 2007 pada 10 Mei, 2007. Beliau diculik selama 60 hari.

Sehari selepas beliau dibebaskan, Amnesty International telah menghargai jasa-jasa laporan radio tentang hak asasi manusia di Gaza.

Penculikan sunting

Pada 12 Mac, 2007 kereta Johnston dijumpai terbiar di satu lorong tidak lama selepas beliau mendapat rawatan gigi. Sekeping kad perniagaan kepunyaan Johnston telah dijumpai di tempat kejadian. BBC melaporkan Johsnton hilang setelah beberapa panggilan telefon tidak berjawab.

Kes penculikan ini mendapat banyak bantahan dari pelbagai kumpulan di Palestin. Kerajaan British telah berunding dengan Hamas . Pada 15 April 2007, Johnston dilaporakan telah dibunuh. Rakaman video telah ditayangkan di BBC pada 24 Jun dan ini menunjukkan beliau masih hidup. Pihak Hamas telah menguasai sepenuhnya kawasan Gaza . Sebelum itu Gaza dikuasai oleh Fatah, Pihak Hamas telah melakukan serbuan dari rumah ke rumah bagi mengesan kedudukan Alan Johnston.

Pada 4 Julai 2007 , Johnston telah dibebaskan setelah Hamas berusaha keras . Tidak ada wang tebusan dibayar. Alan Johnstons telah dibawa menemui Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.Kemudian diterbangkan ke Britain.

Peranan Dr Sulaiman Dayah sunting

Fail:Sulaiman dayah.jpg
Dr Sulaiman Dayah

Menurut sumber Islamonline, Alan Johnston diculik oleh satu keluarga Daghmasy di Gaza. Dr Sulaiman Dayah selaku dekan syariah Islamiah, Fakulti Syariah dan Undang-Undang , Universiti Islam Gaza, Palestin telah mengeluarkan hukum / fatwa menyatakan tindakan penculikan bertentangan dengan ajaran Islam. Beliau dihormati oleh pengikut Parti Hamas.