Alat kawalan permainan video

Sebuah alat kawalan permainan video (disebut dalam bahasa Inggeris sebagai Game Controller) ialah sejenis peranti masukan yang digunakan untuk mengawal sebuah permainan video. Sebuah alat kawalan permainan video seringkali disambungkan kepada sebuah konsol permainan video atau komputer peribadi. Alat ini boleh juga berperanan sebagai papan kekunci, tetikus, kayu ria, paddle atau apa-apa alatan yang direka khas untuk penggunaan alat permainan video yang boleh menerima input. Alatan khas permainan video, misalnya seperti stereng untuk tujuan memandu menerusi paparan visual permainan video dan pistol ringan yang digunakan dalam judul permainan video menembak, juga wujud untuk sesebuah platform. Sesetengah alatan, seperti papan kekunci dan tetikus, sebenarnya merupakan alatan input generik dan penggunaan mereka adalah tidak terhad sebagai alatan kawalan permainan video sahaja.

Pautan luar sunting