Alat penimbang, penimbang [berat], neraca (Jawi: نراچ, pinjaman Sanskrit: नाराची nārāci),[1] dacing (Jawi: داچيڠ‎, pinjaman bahasa Min Selatan 檯秤 tâi-chhèng), teraju[2] dan mizan (Jawi: ميزان‎, pinjaman bahasa Arab mīzān bentuk ism وَزَنَwazana "menimbang [berat]")[3][4] adalah alatan yang berfungsi untuk menimbang berat atau mengukur jisim.

Ilustrasi pelbagai jenis alat penimbang di buku Dictionnaire encyclopédique de l'épicerie et des industries annexes (Albert Seigneurie, 1904).

Aspek fizik sunting

 
Skala dapur digital, sejenis tolok skala terikan

Persamaan matematik suatu neraca berpegas dinyatakan dalam:

 

dengan

  = pemalar dalam pegas
  = penyesongan / defleksi
  = jisim
  = graviti

Neraca/timbangan dengan bandul pemberat (seperti yang terdapat di pasar ikan/sayur) menimbang jisim dengan suatu pemberat banding (atau "pembanding") yang lebih kecil dengan tuas yang panjang lalu mengikuti hukum tuas (persamaan momen).

 

dengan

  = jisim benda pertama, jisim benda kedua
  = panjang tuas pertama, panjang tuas kedua
  = graviti

Neraca pegas menunjukkan angka yang berbeza di bumi dan bulan, atau di bahagian gravitin berbeza. Timbangan bandul menunjukkan angka yang sama di mana pun, asal masih ada graviti untuk menggerakkan timbangan.

Jenis yang wujud sunting

Berpegas sunting

Alat penimbang jenis ini berfungsi melalui penyeimbangan daya yang terhasil oleh tarikan graviti dengan daya yang dikenakan pada neraca, manakala imbangan atau sepasang skala menggunakan balok imbang untuk menyeimbang berat yang disebabkan oleh jisim satu objek yang berlawanan berat bagi suatu jisim yang diketahui.

Penimbang berat boleh dikaliberasi atau diselaraskan dengan bacaan dalam unit newton atau dalam unit jisim seperti kilogram, namun imbangan atau sepasang skala yang menggunakan balok imbang tradisional akan memberikan bacaan yang tepat walaupun penimbang itu dipindahkan ke kawasan yang mempunyai daya tarikan graviti yang berbeza - yakni bukan sifar - namun bacaan hanya akan tepat sekiranya unitnya dalam newton), manakala neraca sprng akan memberikan bacaan yang tepat dalam bentuk daya pada daya graviti yang berbeza (bacaan menjadi tidak tepat sekiranya unitnya dalam bentuk jisim)

Rujukan sunting

  1. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 537. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 125–126.
  2. ^ http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=alat+penimbang
  3. ^ "mizan". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  4. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 383. ISBN 967-65-7321-3.

Pautan luar sunting